Burger,

Terbaru Dari Marrybrown 'Fortune Burger' Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Khamis, Januari 23, 2020 Mahamahu 3 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha suka pergi makan kat Marrybrown ini sebab apa kerana mereka sentiasa membawa pembaharuan dalam menu-menu mereka apabila tiba musim perayaan. Macam sekarang ini untuk Tahun Baru Cina yang tak lama lagi ni mereka memperkenalkan 'Fortune Burger'.

Kunjungan Maha ke cawangan Marrybrown di IOI Mall Puchong baru-baru ini semata-mata hanya untuk nikmati burger ini sahaja. Kali ini ada dua jenis burger baru yang Maha cuba iaitu bersos Cheese dan satu lagi sos Black Pepper


Siapa yang suka cheese leleh boleh cuba yang Burger Fortune Cheese tu. Rasa yang kaya dengan keju, berkrim dan pudina jeruk. Patty nya adalah isi ayam yang digoreng garing juga diapit dengan roti berbijan dan juga ada salad segar dalamnya. Bagi Maha yang ini sesuai untuk semua peringkat usia rasa sempurna dan menyelerakan.


Satu lagi pula Burger Fortune Black Pepper. Pattynya juga dari daging ayam garing bersama dengan dilimpahi sos lada hitam juga ada hirisan cendawan yang banyak dalamnya. Cuma mungkin bagi sesetengah orang ia agak pedas kerana rasa lada hitam yang kuat tapi bagi Maha ok jer boleh lagi habis.


Harga pula sangat berpatutan iaitu bermula dari RM14.60 dan mampulah nak belanja keluarga atau kawan-kawan kata dah dapat e-tunai rakyat hehehe. Fortune Burger ini juga datang dengan kombo Golden Fortune Fries dan minuman Minute Maid Refresh Orange. So cuti tak lama lagi ini Maha nak bawa family makan kat Marrybrown kerana ada lebih 500 cawangan di 16 buah negara seluruh dunia tau. Juga restoran Marrybrown mempunyai sijil Halal JAKIM jadi korang makan tanpa was-was.

Info lanjut boleh layari :
Youtube: MarrybrownTV





3 ulasan:

  1. geram nau tengok. jadi nya lunch hour jumaat memang kena tekan minyak selamat 45 minit jugak lah pi beli. hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow gigih tak apa sebab kejap jer promo ni sampai 23 Feb boleh pergi sekarang heheh kita suka yang Black Pepper tu...

      Padam
  2. I am upbeat to locate your recognized method for composing the post. Presently you make it simple for me to comprehend and execute the idea. Much obliged to you for the post. Want to find out the net worth of your favorite entrepreneurs, athletes, actors, celebrities? See more in Celebrity net worth.

    BalasPadam