Food Review,

Hana Japanese Dining Pertama di Lembah Klang Menyajikan Sushi Wagyu Premium

7:00 PG Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah makan tak sushi yang disajikan menggunakan daging lembu? Pulak tu daging lembu Wagyu yang premium. Selalu kita tengok susi mesti saingnya adalah seafood seperti salmon dan juga oktopos. Pertama kali kot Maha makan daging bukan yang calang-calang ni di Hana Japanese Dining.

Restoran ini Maha pernah datang dulu cuba makananya tapi kali ini mereka memperkenalkan menu baru dalam koleksi makanan mereka dan juga buku menu terbaru. Sebab itu Maha datang lagi restoran yang terletak di aras Ground flour IPC Shopping Centre ini. Satu lagi cawangan restoran ini berada di Sunway Pyramid




Macam Maha bagi tahu mula-mula tadi kat sini pertama kalinya Maha makan sushi daging lembu premium. Mereke menggunakan daging Wagyu A5 dimana kalau ikutkan number tu melambangkan tahap lemak yang ada pada daging ini. Kalau ikutkan daging A5 ni berada pada tahap pertengahan tidak banyak dan just nice lemaknya masih seimbang. Kalau korang tengok daging tu masih nampak putih-putih yang menandakan lemak pada daging tu.



Sushi daging ini pula ada yang dimakan mentah dan juga ada yang dilayang dengan pembakar. Firstime makan daging mentah betul bersama dengan isi sushi. Korang boleh tengok dalam pinggan tu ada Uniku, Nikura, Ninniku Aburi, Negi Aburi, Nama (Raw) with ginger flower dan Nama (Raw) with truffle. Itu nama-nama sushi yang diberikan di sini.


Bila Maha gigit memang terasa dagingnya tidak bergitu tebal dan juga dipotong nipis cuma tak boleh nak makan banyak lah sikit-sikit boleh lah hehehe. Tapi yang Maha suka adalah Premium Loin Aburi (Roasted) dimana daging yang dihidangkan ini akan dibakar dengan torch depan korang secara live. Lepas tu terus makan panas-panas memang terbaik nipis saja daging nya. 

Lagi yang terbaru di sini adalah Tama Go iaitu menu yang hanya menggunakan Onzen Eggs. Ini adalah telur dari ayam organik yang bebas antibiotic, bebas hormone dan hanya makan bahan semulajadi yang mengandungi astaxanthin. Paling menarik telur ni bukan import tapi daripada ladang ayam tempatan dan ia adalah produk tempatan. 


Banyaklah kebaikan kalau makan telur ayam ni ia dapat menjada kesihatan mata, sistem imunisasi badan, anti-aging dan banyak lagi lah. Kat sini pun mereka ada menyediakan beberapa menu berasas telur ini seperti Fuwa Fuwa Omelette dan Eel Maki Top with Scramble Egg. Kalau korang pernah tengok video dimana telur yang digoreng dan dipotong tengahnya kemudian meleleh cair isi yang separuh masak itu lah dia Fuwa Fuwa Omelette. Kena makan panas-panas baru sedap.

Bagi yang kurang sikit makan sushi ni jangan bimbang pemilik restoran ini masih memberi pilihan kepada pelanggan mereka yang bermacam latar belakang. Sebab itu ada menu baru diperkenalkan di sini yang menggabungkan Timur dan Barat. Ini unik tiada juga kat restoran Jepun lain hanya kat Hana Japanese Dining sahaja. 


Kat sini korang boleh dapat macam yang Maha cuba hari tu iaitu Nyonya Curry Udon dan Curry Soba. Bayangkan kita selalu makan mee kari sahaja tapi kat sini kuah mee kari tapi menggunakan mee Udon dan juga Soba korang boleh pilih. Ditambah lagi kesedapan dengan adanya Tempura Prawn dan juga Crunchy Bean Sprout. Ala macam tauhu goreng tapi bentuk segitiga dan rangup bila makan dengan kuah kari tu. Nyonya kari tu agak sedikit pedas bagi mereka yang kurang suka pedas. Tak Malaysialah kalau tak makan pedas betul tak wakakaka.


Juga kat sini ada menu set untuk korang yang nak mudah ada banyak pilihan dipanggil Business Course Meal. Dalam satu harga korang akan dapat satu mangkuk Salad segar yang disediakan boleh ambil sendiri tapi hanya sekali ambil sahaja nak banyak mana ikut suka. Kemudian ada 2 hidangan utama bersama pilihan nasi atau mee serta minuman.





Dua hidangan utama tu korang boleh pilih ada banyak macam yang Maha pilih hari tu Chicken Karaage dan Assorted Nigiri atau juga Tempura Moriawase dan Salmon Teriyaki. Mee tu pula ada pilihan Udon atau Soba manakala minuman ada pilihan daripada Green Tea atau Ice Lemon Tea. Korang boleh mix and match ikut selera. Set ini adalah pada harga hanya RM15 sahaja ok. 





Walaupun nampak kecil saiznya tapi bila dah makan rasa cukup kenyang puas hati. Harga pun tak lah mahal sangat masih dalam lingkungan kemampuan korang. Mana tahu korang nak ubah angin cuba makanan Jepun lak boleh cuba kat sini atau juga cawangan satu lagi. Restoran ini konsep 'Fine Dining' dibuka setiap hari dari pukul 10.00pagi hingga 10.00malam. Nanti kalau korang dah cuba boleh tinggalkan komen kat sini macam mana rasanya menu baru mereka. Selamat menjamu selera semua ok. 

Info lanjut tentang menu, harga dan juga nak booking boleh layari :
Laman web: www.hanadining.com







13 ulasan:

  1. Siapa suka makanan Jepun mesti suka.
    Nampak sedap tu kan. Sis kurang makan menu Jepun tp kli teppanyaki ok jer!

    BalasPadam
  2. suka tengok design restoran jepun ni nampak simple tapi cantik. daging mentah tu memang tolak tepi tapi makanan yg lain nampak sedap, harga pun boleh tahan :)

    BalasPadam
  3. wah nampak menyelerakan..halal status dia camne eh? Teringin la sebab suka gila Japanese food

    BalasPadam
  4. Nmpak sedap la nyonya kari udon tue..tp klu nk mkn dging mntah tue rasanya xleh nasuk tekak nd..btw smua nmpk mnyelerakan..boleh try la nnt..thanks maha share port mkan Japanese kali nie..

    BalasPadam
  5. Sedapnya tengok MM makan. Bila MM nak ajak makan sekali nie? Asyik makan seorang je. Kita tengok dari kejauhan nie menjejeh liur tengok tau

    BalasPadam
  6. Kalini Japanese pulak ya. Seriously semua makanan nampak menyelerakan. Nampak macam eat clean pun ada, biasa orang Jepun kan gitu. Setiap hidangan ada khasiat disebalik dan tidak terlalu berlemak. Ada rezeki nak cuba

    BalasPadam
  7. I've tried Hana Dining before once in Puchong the food is not too bad service also okay.

    BalasPadam
  8. Daging waghyu ni daging yg mahal dan berkualiti tu kan? Bukan kaleng2 dpt rasa tu mahamahu

    BalasPadam
  9. Sedappppnyaa, tetambah daging waghyu. Indah selalu kalau makan sushi, beli dekat kedai yg memang jual sushi je dan wajib add on cheese mesti lagi umpphhhhh. Banyak juga menu lain selain sushi, kena pergi ni bawak family ❤️

    BalasPadam
  10. Bukan main ye Wagyu dibuat sushi. Harga pun standard la RM15 je. Boleh sis cuba nanti. Awak ni asik makan sedap aje. Sonok la makan2 aje.

    BalasPadam
  11. Menariknya makanan jepun ni. Tak pernah makan makanan jepun macam ni

    BalasPadam
  12. Sedapnya makanan2 kt sini. Teringin jugak nak makan makanan jepun dkt tempat2 mcm ni. Mesti sedap! :)

    BalasPadam
  13. Biasa makan sushi salmon jer. tp yg ni nampak lain mcm sedap tu.

    BalasPadam