BIFE Charcoal Steakhouse,

BIFE Charcoal Steakhouse Menyajikan Steak Daging Premium Terbaik Di Kuala Lumpur

7:00 PG Mahamahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramai sini yang suka makan steak kan tambah pula steak yang dagingnya bukan kalang-kalang yang premium digunakan. Cuma nak cari yang diyakini Halal tu agak susah tambahan pula restoran dari luar negara. Tapi sekarang ini Maha dah jumpa satu restoran berkonsep dari negara Portugal dengan cara masakan dan juga penyediaannya.

Restoran yang Maha maksudkan adalah BIFE Charcoal Steakhouse yang terletak di The Linc KL bersebelah dengan Jalan Tun Razak. Pasti korang kena sebut betul-betul nama restoran ini 'Bi' 'Fee' ada dua suku kata di situ. BIFE ini adalah dari perkataan PORTUGAL yang membawa maksud daging. Sebab orang sana memang suka makan daging erutama yang di panggang panas dan segar. 



Terbaiknya kat sini adalah mereke menggunakan daging premium yang terbaik untuk memberi kepuasan kepada pecinta daging ketika menikmatinya. Kalau korang memang suka makan daging tahu mana yang Wagyu, Sirlion, Shank dan juga Ribs. Maha tak pandai sangat tahu sikit-sikit jer. Tapi pemilik restoran ini memang cukup arif tentang bahagian daging ini. Restoran ini adalah kerjasama empat orang sahabat yang memang pecinta makanan.



Hari tu Maha dan kawan-kawan berkesempatan di majlis perasmian pembukaan restoran ini yang pertama di Malaysia. Rupanya restoran ini telah beroperasi sejak bulan Oktober lalu lagi dan telah diketahui ramai orang. Cuma pada tanggal 19 Disember 2019 baru-baru ini diadakan perasmian secara besar-besaran. Dimana turut hadir adalah barisan artis popular tanah air seperti Dato Seri Siti Nurhaliza dan Dato K, Farah Dhiya, Rabecca Nur Al Islam, Wak Doyok, Chef Zam dan ramai lagi.  


Malam tu turut diacarakan oleh pengacara yang tak asing lagi Farah Fauzana. Pada malam tu tema mood Latin/salsa serta alunan muzik latin membawa semua tetamu menghayati suasana dan makanan dari sana. Malam itu juga kami semua dihidangkan dengan semua jenis juadah yang ada kat restoran ini. Kat sini konsepnya bufet tapi korang tak perlu nak bebaris untuk dapatkan makanan kerana makanan itu akan datang kepada korang. Ada pelayan restoran akan membawa semua jenis daging dan juga makanan yang dimasak panas daripada dapur api terus kepada pelanggan.



Mereka ada lebih daripada 13 jenis masakan panggang seperti daging lembu, kambing, turkey ham, chicken wing, itik, sosej, juga ada makanan laut seperti ikan dory, sotong dan udang. Kemudian ada pula nanas yang dipanggang. Ketika inilah korang akan dapat saksikan daging di potong penuh berjus dan aroma wap daging yang mengeluarkan rasa daging sebenar yang sangat menyelerakan.





Di sini terdapat juga hidangan secara ala-carte dari pelbagai pilihan menu-menu dengan harga yang sangat berpatutan. Buffet untuk makan tengahari hanya berharga RM39.90++ dan manakala untuk bufet malam pula pada harga RM89.90++. Itu yang korang akan dapat hidangan datang ke meja tu. Puas hati lah untuk datang beberlanja makan kat sini memang berbaloi dengan apa yang korang dapat. 




Restoran ini beroperasi setiap hari dari pukul 12.00 tengah hari hingga lah 10.00 malam. Nak cari restoran ini pun tak susah cuma cari menara Tabung Haji Jalan Tun Razak dan restoran tu berapa seberang jalan tu sahaja. Tempat selesa dan luas serta parking yang banyak memang mengundang untuk datang selalu ke sini. Kalau korang dah cuba makan di sii nanti tinggal komen korang yang bagus-bagus kat sini ok. Selamt mencuba dan selamat menjamu selera semua.

Sebarang promosi dan juga info lanjut boleh layari :








11 ulasan:

  1. Drooling tengah malam tengok ni adoiyaiii

    BalasPadam
  2. Wah banyak nya makanan mesti Maha rnjoy dan kenyang sangat tu. Nampak sedap.

    BalasPadam
  3. Sedapnye makanan dia. Harga ok jugaklah. Tak pernah makan wagyu. Sekarang orang duk sibuk sebut pasal wagyu ni

    BalasPadam
  4. BIFE ni nampak sedap juga ye.. Daging semua jenis premium yang confirm sedap tu. InsyaAllah kalau berkesempatan nanti nak singgah sini

    BalasPadam
  5. macam-macam jenis daging, kalau ada kesempatan bolehlah singgah

    BalasPadam
  6. Mak aihhh daging perium.. Rib, ape lagi.. Huishh.. Memang kita suka makan steak.. Tgk nampak lembut.. Boleh cuba ni

    BalasPadam
  7. Ooo all the meat all look so yummy! All also i want la!

    BalasPadam
  8. Wow dari Portugal ye. Bestnya sebab ada buffet. Memang berbaloi sangatlah datang makan. Jom Maha makan sampai lebam kat sini. Mengidam la nak makan stik.

    BalasPadam
  9. Nampak selera betul makanan dekat sini. Iols nie dah lah peminat daging tegar. Nanti nak pergi singgah makan sini

    BalasPadam
  10. Sedap nye makanan yang ada dkt sini. Tgk healthy3 je. Makin sado la mahamahu lepas ni

    BalasPadam
  11. Oh dear I can't resist the work charcoal steak... One of my most favorite food

    BalasPadam