Aidilfitri,

Juadah Popular Di Pagi Hari Raya Mana Yang Korang Suka

7:00 PG Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pejam celik pejam celik kita dah menghampiri penghujung bulan Ramadan. Maghrib malam ni akan mula sibuk untuk meneropong anak bulan adakah esok puasa atau betul jatuh pada hari Rabu. Macam mana kalau katakan esok puasa dah siap sedia ker semua keperluan untuk beraya. Dah masak ker juadah untuk disajikan kepada tetamu pagi raya nanti.


Jangan risau kalau tak tahu apa nak buat untuk juadah pagi raya Maha senaraikan beberapa resipi istimewa untuk pagi raya. Selalu orang akan masak rendang, lemang, ketupat dan macam-macam lagi lah. So sini ada 5 resipi juadah istimewa pagi raya yang boleh korang ikut. Mudah, cepat dan Insha Allah sedap kalau ikut betul-betul sebab memang Maha dan buat resipi ni semua. Jom kita tengok.

1) Kuah Kacang


Ini paling ramai orang buat kerana sangat mudah dan senang nak sediakan. Pulak tu boleh makan denga pelbagai juadah pagi raya selalu orang akan makan Kuah Kacang ni dengan Nasi Impit atau dengan Ketupat. Banyak version Kuah Kacang ni juga ada setengah orang akan campurkan dengan ayam atau daging. Apa pun ia menjadi tradisi untuk hapir setiap rumah masak Kuah Kacang kalau tak pun beli yang segera jer wakakaka. Korang boleh tengok Resipi Kuah Kacang yang Maha pernah buat ini tapi versi orang bujang punya hehehe.

2) Rendang Tok


Resipi rendang pun sangat popular di kalangan orang Melayu bila tiba hari raya. Tapi ini Rendang Tok Perak yang begitu sinonim dengan negeri tersebut. Cara nak masak rendang ini pun memerlukan masa yang lama sehingga berejam-rejam juga nak bagi daging empuk dan rempah ratus serap. Tapi sekarang dah ada peralatan moden semua boleh buat dengan mudah dan cepat. Korang bolah ikut resipi yang Maha sediakan kat situ ok. 

3) Lontong a.k.a Kuah Lodeh


Selalu resipi Lontong ini tak silap Maha orang Johor yang suka masak betul tak. Kat sana mereka panggil Lontong kalau sesetengah negeri akan panggil Kuah Lodeh. Tapi lebih kurang jer cara masaknya tak jauh beza. Mungkin setengah orang akan letakkan dalam tu Tempe, Tauhu dan juga pelbagai jenis sayur-sayuran. Makanan ni lagi sedap kalau campur dengan sedikit sambal dalam tu lagi urmmmm.

4) Rendang Ayam


Tadi Rendang Tok guna daging ini pula rendang menggunakan ayam. Family Maha suka masak Rendang Ayam ini kerana ayah tak makan daging. Rendang ini pun mudah jer nak buat dan ada macam-macam cara nak memasak. Ada sesetengah tu rendang mereka lebih gelap dan pekat ada juga yang akan masak rendang ayam warna kuning dan juga sedikit berkuah. Kalau yang rendang kuning dan pedas tu popular kat Negori Sembilan kerana campur cili padi kan. 

5) Sambal Goreng Jawa


Juadah ini juga begitu popular tak silap Maha kat Johor dan Selangor kerana kat sana banyak masyarakat Jawa. Sambal Goreng Jawa ini pun ada banyak version ada yang sedikit berkuah menggunakan santan dan juga asam jawa. Tapi yang Maha buat ini kering menggunkan kicap sahaja dan dipedaskan lagi dengan cili kering. Selalu kalau sambal jawa orang makan dengan Nasi Impit dan Ketupat juga kan.

Mungkin ada banyak lagi juadah istimewa pagi raya seperti Soto, Mee Sup, kalau orang Utara popular dengan Laksa, manakala orang Kelantan dan Terengganu dengan Nasi Dagang atau Nasi Kerabu mereka hidang bersama dengan Kuah Percik pagi raya. Malaysia ni memang kaya dengan pelbagai jenis makan tapi cuma satu jer makan ikut keperluan dan jangan membazir. Ini kerana setiap hari kita membazir lebih kurang 3,000 tan makan dan ia berganda apabila tiba hari raya. Fikir sendirilah ok. Selamat Hari Raya semua.








0 Pandangan: