Dapur,

Dibalik Tabir Video Resipi Rendang Ayam Pokka

7:00 PG Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdullillah tak lama lagi dah nak kita sambut raya macam mana dengan persiapan raya korang. Mesti baju dan kuih raya semua dah beli betul tak. Maha cuma teringat lah masa kecil-kecil dulu bila time dan nak penghujung Ramadan ini mula sibuk mencari keperluan untuk masak juadah di pagi raya.

Kalau korang pagi raya suka masak apa? Family Maha kalau pagi raya juadah yang wajib ada adalah Rendang Ayam dan juga Ketupat Daun Kelapa sebab ayah memang expert dalam menganyam ketupat ini. Tapi sekarang dah ada ketupat segera lebih mudah dan senang kerana anak-anak beliau pun tak pandai nak mengayam ketupat lagi hehehe.

Maha cuma nak kongsi ngan korang kisah pengalaman disebalik tabir rakaman untuk video Resipi Rendang Ayam Pokka. Ala Pokka minuman yang pelbagai perisa dan sangat sedap. Tahun lepas Maha pernah menang peraduan membuat Resipi Kuih Lapis dengan menggunakan produk Pokka. Jadi tahun ini mereka pelawa pula untuk buat satu video resipi memasak rendang menggunakan produk Pokka. Cuma kali ini melibatkan crew yang profesional.

Resipi ni pun Maha ambil daripada resipi mak Maha sendiri dan sedikit diolah untuk sesuai menggunakan Susu Pokka. Kalau korang rasa nak cuba resipi yang sihat dan juga lebih tahan lama ini boleh cuba dengan bahan-bahan seperti di bawah.

Bahan-bahan Utama:
1 ekor ayam 
3 helai daun limau purut
1 sudu kecil cili kering kisar 
2 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit
250ml Susu dan Mangga Pokka 
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar:
3 biji bawang Besar
3 ulas bawang Putih
15 tangkai cili padi 
3 batang serai
1 inci halia
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup

Cara-cara nak memasak korang boleh tonton video yang telah siap dihasilkan oleh team ini.


Korang boleh juga tonton video ini kat laman Facebook rasmi Pokka Malaysia. Proses rakaman video ini diadakan dirumah Maha dan juga semua step memasak ini Maha yang buat. Cuma gambar muka tak nampak lah dalam video ini hehehe lega kalau tidak malu juga. Semua peralatan untuk shooting dibawa oleh team crew dari Demojo Communication Sdn Bhd yang sangat profesional. 


Mereka ini lengkap dengan semua peralatan yang canggih. Selalu video yang Maha buat kat Channel Youtube Mahamahu tu menggunakan kamera telefon sahaja jauh bezakan. Proses nak hasilkan video yang hanya satu minit ini pun makan masa lama juga lebih kurang tiga jam baru siap shoot. Mereka semua profesional dengan story board dan juga perbincangan dulu sebelum semua kerja rakaman dimulakan. Jadi semua berjalan dengan lancar dan mudah. Bayangkanlah macam mana orang yang shooting drama dan filem tu kan mesti penat betul tak.


Tapi ia satu pengalaman yang menyeronokkan dan paling gembira bila tengok hasil yang begitu bagus sekali. Terima kasih kepada Pokka kerana bagi peluang bermakna ini kepada Maha. Juga kepada team crew yang bertungkus lumus untuk menjayakan semua ini. Kalau korang rasa nak cuba resipi ini di Hari Raya nanti boleh lah dan jangan lupa tinggal komen kat bawah ni ok ker tidak yer. Selamat mencuba semua.






19 ulasan:

  1. Thank you for sharing. I really like rendang. Will try your recipe soon.

    BalasPadam
  2. Wow. Siap ada krew rakaman datang ke rumah.
    So, bila nak jemput Rawlins datang ke rumah?
    Rawlins nak posing kat balkoni cantik tu.

    BalasPadam
  3. Nampak sedap pula, nanti Naim nak try masak hehe

    BalasPadam
  4. Kita tak reti buat ketupat. Fail! hahaha. Fewitt ambik video dah macam pro chef celebrity dah ni. Hehe. Leh lawan kahirulaming plak pasni haha

    BalasPadam
  5. Kita Bab ketupat memang fail balut. Tapi Bab rendang Kita confidentla. Tak pernah buat rendang guna Susu polka ni. Tapi macam healthy je. Awak sangat creative.

    BalasPadam
  6. ini rare tapi boleh jugak cuba , susu mangga tu dah kira macam ganti santan ataupun yogurtlah kan...nanti nak cubalahh...harap kenalah dengan selera

    BalasPadam
  7. Wow! Terbaiklah Maha! Congrats for the video! Boleh try ni resepi Maha . Nampak sangat menarik rendang tu. Dahlah cx ni peminat rendang heheh thank you for sharing!

    BalasPadam
  8. fuyoooo, chef maha beraksi laaaaa... curlasss tau. Ini la blogger Mega yang kita cari. Ehemm, nanti jangan lupa ye masaakkan rendang untuk kami pulak.. mesti sodapppp.. hehe

    BalasPadam
  9. Bestnya maha pandai masak. Tak kekok..
    kita kalau la disuruh masak, siap nak merakam lagi, mesti gugup kot. hihihi
    nanti nak try la menu maha bagi tu..

    BalasPadam
  10. Tak sangka bole masak rendang ayam pakai pokka. Memang kreatif la maha ni. Tapi bila la dapat merasa menu air tangan Maha ni. Mungkin kena masak sendiri ikuti resepi ni la rasanya kalau nak makan.

    BalasPadam
  11. Buat rendang ayam pakai susu mangga pokka? Rasa mangga ke rendang tu? Kreatif sungguh maha, nak cuba jugak lah buat cam ni nanti..nak tahu sedap ke idok

    BalasPadam
  12. Selalunya susu mangga Pokka ni sis buat minum je. Tak tahu pula boleh letak dalam rendang. Tak tahu apa rasa. Tapi harap sangat rasa mangga tu tak timbul dalam rendang.

    BalasPadam
  13. OMG! This looks so good and it's so creative of you to use mango milk for the rendang ayam, I still have some in the fridge perhaps I should give this a go too.

    BalasPadam
  14. wahhh ! ini betyul-betul blogger megaa nie ! hebat lah Maha. sangat bangga dengan kamu. semoga lepas nie tak sombong untuk diajak selfie bersama. tiberrrr

    BalasPadam
  15. Wah nampak sedap je rendang nie.. AM pun nak cuba la.. Guna produk Pokka nie.. Mesti sedap kan? Tapi kalu time raya nnti maha masak la yea resepi nie.. Leh la AM rasa air tangan maha masak sendiri nnti.. 😍😍😍

    BalasPadam
  16. Sedapnya rendang air tangan awak. Teringin nak rasa. Thanks share resepi. Balik nnti nk try la. Mana tahu jadi. hehehe

    BalasPadam
  17. wahhh pandainya MM masakkk!
    nisa kena belajar dengan MM la niii. selalu duduk rumah bujang mmg jarang laa nak masak masak ni ahhaha

    BalasPadam
  18. Wah femes femes la Chef Maha ni! bila u buat open house i pasti nak pergi semua masakan mesti sedap kan.

    BalasPadam
  19. Wahhh dah lama Tak shooting mcm ni. Nak buat blog resepi pun takda Masa. Wuwuwuw. Sekarang semua dah video kan. Itu pun Tak sempat. Hahahaha. Teruskan berkongsi resepi k maha

    BalasPadam