Bandar Sunway,

DIY Teppanyaki Pertama di Malaysia Kuro Teppanyaki Bandar Sunway

Selasa, Jun 25, 2019 Mahamahu 3 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah tak mencuba untuk memasak Teppanyaki sendiri sebelum korang makan. Jarang selalu kita tengok banyak restoran mereka tolong masakan untuk kita. Tapi kali ini Maha nak bawa korang merasai sendiri pengalaman pertama di Malaysia iaitu memasak Teppanyaki sendiri.

Restoran yang Maha maksudkan adalah Kuro Teppanyaki D.I.Y yang terletak di Bandar Sunway. Kalau korang berjalan area sini boleh lah singgah untuk makan tengah hari atau dinner dengan konsep menarik ini. Sini korang boleh pilih untuk makan Set atau juga dengan cara bufet.


Hari tu masa Maha pergi makan mencuba bufet mereka di mana korang boleh makan dan tambah selagi mampu. Dalam bufet ini korang boleh tambah tanpa limit koleksi daging yang ada antara Chicken Thigh, Chicken Streaky, Cuttlefish, Dory Fish, Australian Premium Cube Steak, Australian Premium Beef Karubi Slice dan Australian Lamb Cube


Semua daging dan juga makanan laut yang di berikan ini tiada rasa memang mentah semata-mata. Jadi korang kena masak ikut citarasa yang korang suka. Ini kerana diatas meja tersedia perasa seperti garam, serbuk Lada Hitam, Soya Sauce dan juga minyak untuk memasak. Korang tengok tengah meja tu ada dapur besar yang sangat selesa untuk memasak. Korang boleh masak ikut cara yang disediakan iaitu medium atau well done.



Pastu dalam bufet tu juga korang boleh ambil bahan-bahan makanan yang disediakan di bahagian Kuro Bar. Kat situ lah ada sayur-sayuran segar, telur dan macam-macam lagi lah. Ini semua korang boleh ambil seberapa banyak yang boleh tapi harap tidak membazir ok. Juga korang boleh ambil nasi putih, Miso Soup dan juga minuman. 


Paling best makanan yang viral ODEN pun ada juga kat sini yer mesti korang sukakan. Maha sendiri pun cuba semuanya puasa hati. Harga pun boleh tahan hanya RM47.90 sahaja untuk seorang makan. Jadi makan boleh tambah termasuk juga daging tadi tanpa had. Kalau korang nak tambah Haagen-Dazs Aiskrim kena tambah harga RM12.00 sahaja. Boleh makan puas-puas aiskrim mahal ni hehehe.


Restoran ini buka setiap hari jadi korang boleh datang bila-bila tapi ada waktu operasi. Kalau makan tengah hari bermula dari pukul 11.30 pagi hingga 3.30 petang. Kemudian untuk dinner pula korang boleh datang waktu 6.00 petang hingga pukul 11.00 malam. Sini parking banyak tak ada isu masa Maha datang hujung minggu lepas lah. Kalau time waktu kerja mungkin penuh kot ramai orang. 

Restoran ini adalah pork free dan juga semua sumber bahan yang diambil adalah daripada pembekal yang ada sijil Halal. Sebab tu Maha yakin untuk datang makan kat sini. Kalau korang nak rasa kelainan bufet Teppanyaki sini lah lokasinya. Kalau rasa tak pandai nak masak boleh minta pekerja mereka tolong ajarkan sangat membantu. Selamat mencuba ok semua.

Pertanyaan dan promosi layari :






3 ulasan:

  1. Took me time to read all the comments, but I really enjoyed the article. It proved to be Very helpful to me and I am sure to all the commenters here! There are so many fun and exciting things to do and experience around the world that I thought I'd put together a list of my favourite Things to do for all travelers ...

    BalasPadam
  2. The amazing innovation is Kuro Teppanyaki's DIY experience in Malaysia. The interactive cooking method ups the ante on style and interaction. On the other hand, providing sufficient direction for novices could improve the experience. The taste of authenticity is provided by the excellent quality and variety of ingredients. Positive contributions are made by efficient service and a warm atmosphere. In conclusion, Kuro Teppanyaki at Bandar Sunway is a promising endeavor for fans of teppanyaki, while there is potential for a little enhancement in terms of patron assistance for the best possible experience.<a href ="https://srislawyer.com/abogado-impuestos-sucesorios-virginia-abogado-impuestos-sobre-donaciones>abogado de sucesorios y impuestos</a>

    BalasPadam
  3. Discover the incredible ingenuity of Kuro Teppanyaki's do-it-yourself concept in Malaysia, where interactive cooking takes centre stage and raises the bar on style and engagement for dining out. The outstanding quality and diversity of ingredients showcase the flavour of authenticity, while the experience may benefit from more explicit advice for novices. For those who enjoy teppanyaki, Kuro Teppanyaki in Bandar Sunway offers a great experience complemented by prompt service and a friendly ambiance. This project has the potential to be even more remarkable with a bit more attention paid to helping customers.abogado conducción imprudente prince edward va

    BalasPadam