Aiskrim,

Haagen-Dazs Melancarkan Gabungan Latte Dan Beberapa Perisa Aiskrim Yang Popular

Selasa, November 17, 2015 Mahamahu 0 Comments

Haagen-Dazs Melancarkan Gabungan Latte Dan Beberapa Perisa Aiskrim Yang Popular - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa tak kenal kalau sebut jer jenama aiskrim Haagen-Dazs. Cukup popular dan juga menjadi ikonik kepada aiskrim2 yang ada di Malaysia. Sebelum ni mereka ada perkenalkan aiskrim Banana Chocolate Brownie, kini telah kembali lagi dengan terbaru dan terbaik gabungan antara kopi lattes dan juga aiskrim popular mereka.


Buat pecinta kopi dan juga pecinta aiskrim ia adalah satu gabungan yang paling berjaya membuatkan korang tersenyum lebar untuk menikmatinya. Seperti mana yang Maha di maklumkan bahawa ada 6 gabungan baru yang terhasil daripada penyelidikan aiskrim yang mereka lakukan. Korang mesti tak sabar nak tahu sebab semuanya menarik dan sedap2 belaka. Paling menarik hati Maha adalah Macadamia Nut Latte.

Macadamia Nut Latte

Kombinasi antara kacang Macadamia yang sinonim dengan aiskrim pasti memberangsangkan aroma kesedapan ditambah pula dengan kopi Illy ternyata benar rasa dan baunya. Maha suka gabungan ini kerana ia tidak terlalu berat kepada rasa kopi dan juga kepada rasa kacangnya seimbang. Ia di panggil Macadamia Nut Latte dan boleh di nikmati di Haagen-Dazs.

Vanilla & Cream Latte

Kedua pula Maha suka adalah Vanilla & Cream Latte iaitu kombinasi sangat elegent dan licin yang diperbuat daripada campuran Madagascan Vanilla & krim ais krim serta premiun illy kopi. Mesti merangsang kenikmatan rasa kopi dan vanilla yang terbaik di bawakan kepada peminatnya.

Chocolate Latte

Ketiga pula yang Maha boleh nikmati denga nyaman dan tenang adalah Chocolate Latte. Semua orang cuka coklat dan menggemarinya kerana ia adalah makanan yang memberi ketengangan kepada si pecintanya. Ia adalah gabungan klasik rasa cokolat Belgium yang terbaik di dunia bersama dengan Illy Coffee. 

Cookies & Vanilla Cream Latte

Kemudian Maha juga menggemari Cookies & Vanilla Cream Latte. Ia adalah gabungan biskut yang popular apa lagi kalau bukan Oreo memang sedaplah di tambah lak dengan vanilla dan juga kopi premium illy pasti ia menarik pecinta biskut dan kopi. 

Strawberry Latte

Yang ini tidak di nafikan lagi ramai orang suka akan rasa buah strawberry dan pasti suka perisanya sekali. Strawberry Latte gabungan rasa strawberry dan kopi tidak asing lagi dan ini adalah kopi terbaik dunia iaitu Illy premium kopi. 

Green Tea Latte

Terakhir dan juga menarik untuk anda cuba adalah Green Tea Latte. Buat pecinta teh hijau di Malaysia ini adalah pilihan terbaik anda. Menarik wangi diperbuat daripada teh hijau Jepun yang terbaik. Jadi gabungan ini adalah yang menjadi pilihan kepada penggemarnya.


Itu tadi 6 jenis kombinasi baru buat pecinta kopi dan juga aiskrim di Malaysia. Haagen-Dazs sahaja yang mampu untuk menghasilkan gabungan ini dengan menggunakan kopi berkualiti dari Itali iaitu Illy kopi. Kalau sapa tahu kopi ni mesti terjua nak menikmatinya. Jadi ia telah pun berada di semua cawangan Haagen-Dazs di Malaysia dan minuman ini boleh di nikmati panas dengan harga RM 14.00 atau sejuk dengan harga RM 14.50 sahaja. Jadi tunggu apa lagi jom terjah sekarang.










0 Pandangan: