Barang Memasak,

Resipi Bulan Puasa Roti John Sardin Cheese Menggunakan Produk Dari Pasaraya Segi Fresh

7:00 PG Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bulan puasa ni memang kalau buat apa sahaja masakkan tetap nampak sedap dan menyelerakan. Kali ini Maha nak sediakan satu resipi yang selalunya begitu popular kat Bazar Ramadan mana-mana pergi mesti ada. Resipi Roti John Sardin Cheese ramai orang suka tapi tak ramai yang nak buat mudah jer.

Tapi sebelum tu kena beli dulu barang-barang untuk memasak. Hari tu kan Maha ada pernah beli barang basah kat Pasaraya Segi Fresh kan, tapi kali ini Maha beli lagi barang-barang keperluang dapur yang lain. Kat Segi ni pun ada juga barang Segi House Brand keluaran mereka seperti jenama Crown's Choice, Trader's Choice dan banyak lagi. 

Jenama ni dijamin lagi murah dan barang berkualiti untuk korang memasak. Kalau korang beli satu troli tu confirm boleh penuh. Sangat untung terutama kepada perniaga Bazar Ramadan nak cari barang mentah atau stock untuk jualan kerana sini mereka jual harga borong. Juga pada yang buat business katering dan juga restoran semua lengkap sebab tu Maha suka shopping sini.

Ok kita tengok apa bahan-bahan yang Maha gunakan untuk membuat resipi Roti John Sardin Cheese ni.

Bahan-bahan 
2 ketul Isi Ikan Sardin Trader's Choice (Hancurkan)
1 sudu Susu Krimer Sejat Trader's Choice
1 biji Bawag Besar (Potong Dadu)
3 biji Cili Padi (Potong kecil)
2 biji telur
2 ketul Roti Sosej
2 keping Cheese
1/2 biji Lobak Merah (Potong Halus)
2 sudu Berkat Sos Cili
Sikit minyak masak

Cara nak membuat resipi ni pun sangat mudah dan cepat korang ikut step dalam video yang Maha sediakan ini ok. Kena tonton sampai habis baru tahu.


Jadi rasa korang boleh tak kalau Maha nak buat business kat bazar Ramadan juga hehehehe. Mana tahu lepas ni semangat nak meniaga sempena bulan mulia ini. Macam-macam lagi korang boleh masak dengan beli barang yang murah dan mudah di Segi Fresh Market. Ok selamat mencuba semua dan selamat berpuasa.

Maklumat lanjut dan promosi menarik boleh layari :-
Laman web : www.segifresh.com







20 ulasan:

  1. hah aku memang tak reti nak masak roti john ni sebab takut isi tak melekat kat roti, bila dah tengok tutorial ko ni boleh lah praktis nanti kan. tak pun ko masakkan untuk aku jelah kan senang hehehhe

    BalasPadam
  2. Kelazzz rotijohn sardin die. Meleleh air peluh kite taw. Bile boleh dapat rasa ni. hehehhe

    BalasPadam
  3. this is realy one of my favorite food to have in my Kampung... now i can learn to do this based on your recipe.. thanks a lot!!

    BalasPadam
  4. wahhh dah mjula memasak dan share resipi. 30 hari bersama chef maha , macam tu ? senang je rupanya nak buat roti john nie yer. okay nanti nak cuba buat

    BalasPadam
  5. woww terliur laaa dengan roti john sardin cheese niii! nk buat pon bahan2 mmg senang je tak banyak kan mudah dpt carik jugak tu, then cara2 pon tgk mcm senang jee nnt bolehlaa try buat sendiri kat rumah pulak 😍

    BalasPadam
  6. roti john mahal weh kat bazar ramadhan, elokla buat sendiri. kebersihan terjamin dan bolehla makan puas-puas letak bahan semewahnya

    BalasPadam
  7. Wah maha boleh buat business roti john lah. Rupanya simple je cara buat. Boleh je buat kat rumah. lagi puas makan kan.

    BalasPadam
  8. hahahaha boleh ni meniaga dekat bazaar, letak harga rendah sikit dari peniaga lain. Roti John dah jadi makanan orang kaya dah sekarang ni.

    BalasPadam
  9. Buat sendiri puas hati. Boleh isi banyak isi.. Hhaha.. Pastu letak sayur lebih.. Senng je nak buat dia sebenrnya kan.. Tapi tu la kadg mals.. Hahaha.. Takpe nnti kita cuba

    BalasPadam
  10. Bila masak sendiri lebih puas hati sedap dan terjamin kebersihan. Terima kasih bagi tutorial cara nak buat roti john yang sedap.

    BalasPadam
  11. Senang je nak buat rupanya. Baik buat sendri kan daripada beli dekat luar. Murah buat sendiri. Kalau dekat luar macam mahal sikit

    BalasPadam
  12. Wahh x tau pun Segi ada house brand dia sendiri jugak. Roti John & bulan puasa mmg x dapat dipisahkan. Nampak sedap betul ni. Boleh la try nanti.

    BalasPadam
  13. Nak buat jugalah roti john tu, macam sedap jer he he he bolehlah beli bahan-bahan dekat segi house nak balik kg ada lalu segi hu hu hu

    BalasPadam
  14. la senang sangat nak buat, jimat rm7-8 kalu beli kat bazar ramadan tu. buat sendiri lagi puas hati boleh letak isi roti john tu banyak amat. hahaha nak leleh sikit cairkan cheese banyak. wak maha semua barang beli kat segi fresh ke tu?

    BalasPadam
  15. Babe sedapnya. inilah baru puas hatikan kalau buat sendiri. kalau beli kat kedai kadang2 ada je tak kena. silap2 daging pon xde. haha

    BalasPadam
  16. Memang favorite ktia gak menu ni bukan puasa. Kalau beli memang tak puas baik bikin sendiri. Alahai... Sedapnya! Buatkan seketul tuk kita boleh? Hehee

    BalasPadam
  17. Lepas ni sis nak try buat roti john ikut resepi ni. Memang tak pernah buat, takut tak menjadi. Sekarang zaman2 gawat ni..haa memang kalau teringin nak makan apa2, kena le buat sendiri, beli barang pun beli kat tempat yang murah tapi berkualiti

    BalasPadam
  18. Wah. Meletups resipi dia. Rawlins nak try gak la. Tapi nak pakai daging cincang dan pakai roti burger je. Haha. Pernah dulu try tapi tak berapa menjadi, almaklum kita tak pandai masak.

    BalasPadam
  19. Amboiiii pandai nyer Chef Maha masak, roti john yang simple pun nampak berseri seri, time ni lapar pulak. Nanti nak pergi param beli roti john la.

    BalasPadam
  20. menyelerakan... boleh try ni...

    BalasPadam