Baju Raya,

Hadiah Yang Korang Boleh Beli Untuk Insan Tersayang Di Hari Lebaran

7:00 PG Mahamahu 13 Comments

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita nak menyambuat Hari Raya. Tahun ni memang ramai orang merancang perbelanjaan, yer lah dalam ekonomi yang masih tidak menentu perlu menjadi pembeli yang bijak. Tapi persiapan untuk raya tetap perlu ada juga kerana meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Cuba hari raya yang akan datang ni apa kata kita buat tradisi yang lain sikit dengan memberikan hadiah kepada insan tersayang. Mungkin bagi anak yang berjauhan diperantauan nak bagi hadiah pada ibu bapa tersayang, atau pada rakan nak bagi hadiah pada sahabat baik mereka. Tak kisah hadiah sekecil mana pun yang penting ikhlas dari pemberian kita sendiri dan juga orang yang menerima akan menghargainya.

Maha adalah beberapa cadangan hadiah yang boleh korang pilih untuk berikan di Hari Raya nanti. Jom tengok mana tahu ia boleh bagi sedikit idea dan juga bersesuaian dengan bajet korang. 

Manis Bertudung Sopan Di Hari Raya


Tahu orang perempuan memang suka ada koleksi tudung yang banyak kalau boleh penuh satu almari pun tak apa. Senang nak dipadankan dengan koleksi baju yang mereka ada. Jadi apa kata di hari mulia yang akan datang ini korang hadiahkan koleksi tudung yang cantik dan terkini yang korang boleh beli di Shopee.

Almaklumlah nak pergi kedai tiada masa sibuk dengan kerja dan juga tugasan harian jadi beli online sahaja. Sekarang ini pulak mereka tengah buat promosi sempena dengan musim perayaan yang akan tiba untuk beberapa jenis koleksi tudung serta Telekung yang selesa dan menarik. Korang juga boleh dapatkan diskaun untuk pembelian yang lebih berhemah di bulan mulia ini dengan Shopee Promo Code.

Jadi untuk ibu tersayang korang hadiahkan lah Telekung baru seperti jenama Siti Khadijah, Zaahara atau juga Zara Awliyah ada jugal kat situ. Maha tak pandai jenama telekung ni tapi bila tengok kat Shopee semua ada. Kalau untuk kekasih hati korang hadiahkan pula tudung mesti mereka akan hargai dan makin sayang hehehe.

Masa Itu Emas


Orang lelaki susah sikit nak beli hadiah yang sesuai dengan mereka. Almaklumlah orang lelaki nak sesuatu yang exclusive dan juga nampak maskulin bila digayakan dipagi raya. Kalau Maha rasa yang paling sesuai untuk diberikan hadiah kepada golongan adam ni adalah jam tangan. Korang boleh berikan kepada ayah atau juga kawan baik korang mesti mereka akan suka.

Jam tangan ni boleh dipakai bila-bila masa dan juga nampak begitu elegan. Orang lelaki ni lebih selalu sibuk dengan kerja dan kadang-kadang kurang masa untuk dibahagikan dengan keluarga. Mungkin hadiah istimewa ini boleh membuat mereka lebih mengingati anda. Tak kisah apa jenama jam tangan yang penting ia adalah dibeli dari hati yang ikhlas.

Photobook Menyimpan Memori Indah


Hari Raya kita suka akan bergambar almaklumlah hari tu jer dapat berpakain baru dan sedondon. Jadi memang setiap masa akan ambil gambar beramai-ramai. Kadang-kadang masa tu lah juga kita mengunjung rumah sedara-mara dan mengambil gambar kenang-kenangan. Bila dah gambar banyak sangat tak tahu nak simpan mana bukan.

Jadi apa kata hadiahkan kepada keluarga anda atau beli sahaja Photobook. Kat sini korang boleh buat koleksi memori yang dipahat selalu dan boleh diimbau sampai bila-bila. Seronok bila masa berjauhan menatap gambar-gambar indah bersama insan tersayang sangat mengusik jiwa. Mana nak dapatkan Photobook yang mudah online sahaja kerana di Lazada tengah ada promo hebat korang hanya gunakan Lazada Voucher.

Kuih Dan Muih Beraneka Macam


Hari Raya paling sinonim orang akan hadiahkan kepada jiran atau sanak saudara bila berkunjung ke rumah mereka adalah Kuih Raya. Selalu kita masak kuih raya banyak sikit jadi kita boleh hadiahkan kepada jiran-jiran. Tak perlu pun untuk yang mahal-mahal cukup sekadar bertukar juadah pagi raya dah mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tips untuk bagi kuih raya korang letak dalam bekas plastis yang kedap udara dan tidak mudah dimasuki udara untuk tahan lama. Kalau nak cantik beli yang dah siap dalam bentuk hamper lagi mudah dan juga nampak exclusive. Mak Maha suka juga bagi kuih raya ni kat sedara mara memang itu budaya kita rakyat Malaysia.

Jadi korang rasa ada tak senarai hadiah yang Maha berikan ini sesuai untuk korang berikan kepada insan tersayang di Hari Raya nanti. Jadi tak salah kita jadikan ia budaya kerana ia menadakan kita saling ingat mengingati walaupun jarang bertemu. Malaysiakan kaya dengan budaya yang murni dan selalu bersedekah mungkin ini juga boleh dijadikan salah satu sedekah. Kalau korang ada idea lain untuk berikan hadiah, apa kata kongsikan dengan tinggalkan komen di post ini ok. Selamat Hari Raya semua.







13 ulasan:

  1. betul kata maha tu..jom kali ni kita cuba bagi something untuk keluarga kita..tentu meriah dan penerima pun seronok kan..barulah bertambah2 kasih sayang antara satu sama lain..eh tudung butterfly tu cun lah nak sambar jugak kat shopee hhehe

    BalasPadam
  2. Biasanya tahun2 lepas kita belikan telekung atau tudung atau baju/handbag/kasut kat mak. Kat ayah pun beli kasut/seluar/kain pelikat/baju...tapi tahun ni macam tak beli pape kot, lari bajet sebab semua bajet pergi kat persiapan wedding. Rasa sedih pulak. Takpelah, raya haji nanti baru belikan hadiah utk mak ayah.

    BalasPadam
  3. Bagus jugak idea macam ni. Selain dari bagi duit bagi hadia pun menarik jugak. Mesti lebih bermakna raya nanti.

    BalasPadam
  4. Saban tahun kita bagi kuih raya je gan keluarga. Untuk anak, tanggungjawab bagi keperluan raya untuk diaorg. Nak bagi mak ayah pulak..diorg dah tak ada, yang tersayang..lagi le nan hado..hahaha

    BalasPadam
  5. TB takde belikan apa-apa untuk mak n abah sebab mak n abah cekap sangat.. semua dah ready berapa bulan sebelum raya dah...so tb akan bawak balik apa yang patut je.. mak ada nak pesan apa tb akan carikan.. itu je cara buat emak n abah happy.. insyaAllah

    BalasPadam
  6. Pemberian hadiah sememangnya lebih bermakna. Hadiah pun tanda ingatan. Biasa nya bagi baju Raya, kuih muih, biskut raya. Tudung tudung tuu lawa laaa plak. Excited nak shopping

    BalasPadam
  7. tak pernah lagi bagi hadiah masa hari raya ni, photobook dengan telekung tu nampak macam sesuai nak bagi. Kalau lari bajet boleh pilih kuih raya kot, senang nak dapat. murah pulak tu jual. Tak perlu tunggu lama sangat

    BalasPadam
  8. Hanya mampu berkhidmat pada kedua ibu bapa . Itulah hadiah yang 'spesel. pada diri naim sendiri. hehe

    BalasPadam
  9. Rawlins sejenis yang membeli makanan untuk keluarga angkat setiap kali balik kampung ke kampung keluarga angkat.
    Thanks sebab sharing sebegini - insyaAllah ramai yang akan mendapat manfaatnya.

    BalasPadam
  10. Eiza pula sponser biskut raya untuk keluarga setiap tahun. Jaranglah nak beli sebab memang dah terbiasa buat sendiri. Lagipun mana lengkap raya kalau tak buat biskut raya kan. Lagi-lagi bila terbau jiran sebelah bakar biskut. Kita pun terus rasa nak buat biskut juga. Hahaha...

    BalasPadam
  11. antara hadiah ni..kit apaling suka jam tangan...memang berharga snagat sebab masa itu emas kan...bila nak dapat free kohkohkoh

    BalasPadam
  12. Love your wishlist, so practical and pretty at the same time, the receiver will be very happy

    BalasPadam