Across Culture One Future,
Cinemove X Sulam International Podcast “Across Culture One Future” : Filming In Malaysia Online Webinar 2026
(SHAH ALAM) Universiti Teknologi MARA (UiTM), menerusi Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) dan Cinemove Club telah menganjurkan program eksklusif CINEMOVE X CINEMOVE X SULAM INTERNATIONAL PODCAST “ACROSS CULTURE ONE FUTURE” : FILMING IN MALAYSIA ONLINE WEBINAR 2026 pada 15 hingga 17 Januari 2026 yang lalu bertempat di Podcast Studio FiTA, UiTM Kampus Puncak Perdana.
Berdasarkan tema Cultural Exchange, inisiatif ini bertujuan menyatukan elemen mempromosikan penggambaran di Malaysia supaya dapat menarik minat para produksi dari luar negara khususnya di Asia Tenggara.
Program ini telah dianjurkan sepenuhnya oleh 65 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (CAFF 236) dan Pengurusan Produksi Filem (CAFF 237) sebagai sebahagian daripada Projek Akhir kursus Risk & Crisis Management in Film Production dan Business Strategy For Arts Entrepreneur. Program ini bukan sekadar tugasan akademik, tetapi medan latihan sebenar di dalam pengurusan acara secara maya bertaraf profesional dan antarabangsa. Cinemove Club pula menjadi tunjang utama di dalam penganjuran ini di mana sebelum ini, kelab pelajar ini terkenal dengan tayangan filem komuniti Wayang Pacak moden, kini tampil dengan sebuah podcast yang inovatif. Ini adalah satu usaha kolektif yang mencerminkan aspirasi untuk memperkasa masa depan industri kreatif negara melalui SULAM (Service Learning Malaysia University for Society).
CINEMOVE X CINEMOVE X SULAM INTERNATIONAL PODCAST “ACROSS CULTURE ONE FUTURE” : FILMING IN MALAYSIA ONLINE WEBINAR 2026 menampilkan beberapa program yang memberikan pengetahuan umum kepada para pelajar dan komuniti filem Asia Tenggara khususnya negara Indonesia dan Thailand. Program-program tersebut termasuklah FIMI Explained: Incentives Behind International Films Shot in Malaysia, Promoting Malaysia 2026: Tourism Strategies in The Digital Age dan Celebrating Culture, Shaping The Future of Southeast Asia’s Creative Industry.
Dengan sokongan padu daripada pihak FINAS, FIMI, UiTM dan rakan-rakan industri, program ini berperanan sebagai jambatan ilmu di antara Universiti dan masyarakat antarabangsa. Ianya sekaligus boleh memperkukuhkan semangat patriotism, daya saing serta nilai kepimpinan di dalam kalangan para pelajar.
Menurut Dr. Hazlin Anita Zainal Abidin, Koordinator Pra Siswazah Pengurusan Industri Kreatif, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), program ini menyumbang kepada pembangunan, sahsiah dan pemikiran pelajar melalui penglibatan aktif bersama komuniti luar negara, khususnya pembikin filem di Asia Tenggara. Ia bukan sahaja memperluaskan ruang komunikasi dan pemahaman tentang penggambaran di Malaysia, tetapi turut membina hubungan berasaskan pendidikan dan kepercayaan, seterusnya memperkukuhkan jalinan di antara pelajar FiTA dan komuniti antarabangsa secara berpanjangan dan bermakna.
Sementara itu, Encik Azlan Syah Rashid, Penasihat Kelab Cinemove dan Pensyarah Program Pengurusan Industri Kreatif, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) menyatakan bahawa pemilihan tema yang berimpak ini membuka ruang kepada industri filem dari luar negara untuk mendapat pengetahuan dan ilmu tentang insentif penggambaran di dalam Malaysia, sekaligus meningkatkan kesedaran dan kepekaan terhadap Eco-Tourism Malaysia. Perkara ini membolehkan ekonomi industri perfileman dan pelancongan di Malaysia berkembang dengan lebih pesat.
Untuk maklumat lanjut berkenaan CINEMOVE X CINEMOVE X SULAM INTERNATIONAL PODCAST “ACROSS CULTURE ONE FUTURE” : FILMING IN MALAYSIA ONLINE WEBINAR 2026 boleh layari:
Instagram - @fita.cinemove.club @kitahouse.official @kitahousefilm_
Tiktok - @fita.cinemove.club @kitahouse.official @kitahousefilm_





0 Pandangan: