Avenue K,

Feebay.Co Konsep Grab And Go Tapi Masih Ada Menu Tradisional Melayu

7:00 PG Mahamahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalunya makanan yang terdapat kat kafe mesti makanan yang simple dan mudah untuk dinikmati hanya perlu pergi kaunter bayar dan makan. Itulah cara hidup warga kota terutamanya kat Kuala Lumpur ini. Tapi ada ker kalau kafe macam ni menyediakan juadah makanan tradisi Melayu seperti nasi dan lauk pauk.


Kalau ada pun mungkin sandwich atau juga makanan ringan seperti kuih muih betul tak. Tapi percaya atau tidak sekarang ni ada sebuah kafe yang menyajikan hidangan Melayu klasik untuk konsep Grab and Go ni. Lebih senang macam konsep layanan tingkap di mana pelanggan akan membuat pesanan, bayaran, dan mengambil makanan tanpa perlu masuk ke dalam kafe.




Itu lah yang menariknya di Feebay.Co yang terletak di dalam Avenue K. Kafe ini baru sahaja beroperasi di sini. Nama Feebay.Co adalah daripada olahan perkataan Coffee Bay. Dekorasi luaran kafe ini penuh gaya modern dan lebih segar. Selain daripada boleh beli dan bayar untuk mereka yang nak cepat, di sini juga ada sediakan ruang dinning di tingkat atas.


Kalau korang datang kat sini boleh tengok susunan anak tangga untuk naik ke tingkat atas kafe ini. Style konsep macam kat dalam stadium boleh duduk kat tangga ni untuk nikmati makan atau boleh makan diruang atas yang luas dan selesa. Ini semua adalah idea pemilik kafe ini yang direalisasikan oleh jurureka dalaman 6ix Design Office yang berpengalaman di Melbourne, Australia


Tu baru saja Maha cite pasal konsep kafe ini tapi tak masuk lagi makanan. Macam Maha cakap tadi yang kafe ini bukan sahaja ada makanan simple tapi juga makanan yang mengabungkan ciri-ciri tradisional dan barat serta fusion. Kalau korang tak percaya boleh datang sini ada lebih daripada 25 menu yang menarik. Paling mengejutkan Maha bahawa kat kafe ini ada menghidangkan Nasi Ikan Patin Temerloh.

Nasi Ikan Patin Temerloh - RM23.00

Ikan Patin ini mereka dapatkan daripada supplier di Temerloh. Maha sendiri orang Pahang boleh terima masakan Ikan Patin Tempoyak mereka ini kerana ia sangat cukup rasa daripada tempoyak cuma kepedasan itu telah dikurangkan untuk memenuhi kehendak pelanggan mereka dari pelbagai bangsa di sini. Selain itu juga kat sini ada Ikan Patin Goreng dan juga Paih Ikan Patin

Nasi Lemak Ayam Rempah - RM19.00

Kalau yang tak makan ikan sungai macam ni boleh cuba mereka punya signature dish iaitu Nasi Lemak Ayam Rempah. Bagi Maha nasi lemak ini sangat cukup rasa santannya dan juga sambal seperti makan nasi lemak di kampung-kampung. Kalau yang suka nak Grab and Go mereka sediakan Nasi Lemak Bungkus boleh sambil lalu nak pergi pejabat beli jer dan boleh makan kat pejabat. 

 Chicken Mariposa - RM22.00

Chao Praya - RM20.00

Pelanggan mereka selalu juga makan tengah hari kat sini dengan makanan barat fusion seperti Chao Praya, Chicken Mariposa dan Shell Pesto Pasta With Grilled Chicken. Menu ini semua adalah ilham daripada pengalaman chef mereka bertahun-tahun mengembara luar negara dan menghasilkan semua hidangan unik ini. Bagi Maha ia kena cuba kerana lain daripada lain dan tiada kat tempat lain hanya di sini sahaja.

Shell Pesto Pasta With Grilled Chicken - RM24.00

Ada juga makanan finger food yang mudah tapi juga kesedapan terasa seperti Briyani Chicken Wings dan juga Gyoza Enoki. Korang pernah bayang yang kepak ayam diperap dengan rempah briyani dan kemudian digoreng rangup dan dicicahkan dengan sos briyani. Kemudian yang gyoza tu adalah kulit dumpling yang digunakan dan intinya adalah cendawan dan juga tauhu bersama sos hoisin. Nak tahu macam mana rasa kena cuba sendiri memang menjilat jari punya.

Gyoza Enoki - RM14.00

Briyani Chicken Wings - RM13.00

Kalau minuman kat kafe ini ada Barista mereka sendiri yang memang terlatih untuk menghasilkan beberapa minuman seperti Nitro, Coklat, Kopi, Teh Hijau dan juga jus segar. Selain itu juga minuman seperti mocktail dan soda berperisa juga terdapat di sini. 

Raspberry Thrill - RM13.00

Feebay.Co ini juga ada dua lagi cawangan lain iaitu HQ mereka di Sunway Nexus, cawangan kedua di Publika dan yang ketiga ini di Avenue K ini. Kafe ini beroperasi seawal jam 8.30 pagi untuk pelanggan yang bekerja sekitar menikmati sarapan pagi dan kopi panas. Sambil lalu untuk ke pejabat dan beli makanan di sini terus masuk kerja sangat cepat. 

Macchiato - RM9.00

Burnt Cheesecake

Kafe ini di bahagian atas ada ruang dinning yang bukan sahaja boleh makan tapi boleh lepak-lepak bersama kawan-kawan atau layan internet dan main game. Korang boleh order minuman dan makanan sambil tu boleh sembang-sembang bersama. Mereka juga ada sediakan ruang exclusive yang tertutup untuk siapa-siapa nak buat private event seperti harijadi, majlis koporate, launch produk dan banyak lagi. 



Maha sampai sana pun sendiri kagum dengan kafe ini kerana membawa kelainan daripada segi dekorasi tapi masa sama masih membawakan makanan tempatan yang pelbagai rasa dan keunikannya. Nanti kalau korang datang beli-belah kat mall yang ada kafe ini boleh lah datang singgah dan cuba semua makanan mereka. Maha dah pergi dan korang bila lagi. Selamat menjamu selera semua ok.

Promosi dan juga senarai menu boleh layari :-

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4.5/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5





   

11 ulasan:

  1. Wow! Tak tersangka ada juga Ikan Patin Temerloh kat sini. And yes, deco dia sangat menarik dan very modern. Ehem. Bila nak ajak Rawlins sekali?

    BalasPadam
  2. Ikan Patin Temerloh tu yang buat ngences tak habis-habis hahaaaa!

    BalasPadam
  3. Suka sangat deco kafe ni. Lain dari yang lain . Tak semua orang ada masa nak makan di cafe. ada yang suka take away kan. Memang menariklah cafe ni buat macam tu.

    Makanan dia pun ada pelbagai konsep. Kadang-kadang selera kita lain-lain kan. Ada yang nak nasi, ada yang nak ala-ala western gitu.

    BalasPadam
  4. Konsep dia menariklah. Makanan pon wow sangat bila menggabungkan makanan² yg selalu kita makan iaitu traditional dan barat fushion. Mmg wow sangat! Hala hala hala. Cx dahlah suka makan nasi ikan patin! Fuh! Marvelous sungguh! Nasi lemak ayam berempah pon favorite cx. Haha semualah suka! Haha

    BalasPadam
  5. Wow sangat wow. Nampak macam restoran western tapi ada cik mak. Boleh try ni. Harga pun boleh tahan. Besok weekend boleh pergi ni. hehehe

    BalasPadam
  6. sukalah dengan konsen cafe ni...interior design cafe pun sgt cozy..boleh lepak2 n makan2..x nak makan boleh terus order n pergi ofis terus..wow..senang sgt..mmudahkan pelanggan..

    BalasPadam
  7. Cantiknye kedai die. Nampak simple sangat. Makanan dia pun nampak portion banyak. Mesti sedap ni. Kalau nak lepak lepak ngan kawan sesuai sangat tempat macam ni

    BalasPadam
  8. Nasi lemak sangat relevan ya walau di mana pon berada. Ia tetap menjadi satu simbol rakyat Malaysia. Walaupun di tempat modern sebegini ia masih dimasukkan dalam list menu. Menarik ! Nanti nak singgah lah. Nampak sedap

    BalasPadam
  9. Nasi Lemak dua nampak meriah dan Sedap betul. Harga pun not bad, takde lah mahal nelampau. Rasanya sangat berbaloi dengan portion yang dapat tu. Nak pi try la nanti, jom!

    BalasPadam
  10. aku suka tengok tempat ni..nampak macam esklusif giler...paling best..tenang jer kalau nak makan dengan tempat yang luas dan selesa..ada makanan melayu pulak tu lagilah best

    BalasPadam
  11. Hey ikan patin temerloh pon ada. Favourite kita tu sis. Tengok menu dia semuanya menyelerakan. Bawak kita ke sini nanti please

    BalasPadam