Bilik Luas Dan Harga Berpatutan Beristirahat Bersama Keluarga Di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur

7:00 PG Maha Mahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau dekat KL ni nak mencari hotel yang boleh muat untuk keluarga yang ramai dengan harga yang berpatutan agak tidak banyak. Mungkin kadang-kadang terpaksa book untuk 2 bilik dan kos akan berganda. Tapi sebenarnya ada sebuah hotel di KL ni yang berkonsepkan residence sangat luas sesuai untuk yang datang dengan keluarga ramai.


Maha hujung minggu lepas dah menginap dekat hotel yang Maha ceritakan tadi iaitu Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur. Firstime dengar pasal hotel ni tapi ingat macam hotel biasa yang Maha pernah pergi tapi rupanya ia jauh berbeza dan lain daripada apa yang Maha fikirkan. Sebab bilik yang Maha duduk tu bukan setakat ada bilik tidur, ia siap ada ruang tamu serta juga ruang dapur untuk memasak. Ruang-ruang ini bukan berada dalam satu bilik tau tapi ia diasingkan antara bilik tidur, ruang tamu dan bilik air.




Kalau korang nak tengok video penuh rupa bilik ini boleh tengok dekat Instagram Mahamahu ada up dekat situ. Memang sangat luas dan besar bilik ini Maha yang datang seorang tu pun rasa takut sebab besar sangat terpaksa tidur buka lampu di ruang tamu tu hehehe. Ruang tamu ini ada sofa, meja makan, TV besar dan dekat dalam bilik tidur pun ada TV lagi tau.





Korang boleh tengok sendiri dekat ruang dapur tu dah ada kabinet sendiri dan juga ada induction serta dapur hub lagi untuk memasak. Selalu hotel ini bagi mini fridge jer tapi dekat sini siap ada peti ais dua pintu tau memang boleh simpan makanan basah dan beku untuk memasak. Lepas tu disediakan pula microwave, rice cooker dan juga toaster. So lengkap kalau korang datang menginap dengan keluarga pasti untuk masak sendiri boleh berjimat.






Bilik yang Maha menginap tu dikenali sebagai One Bedroom Deluxe Apartment dimana dalamnya ada satu bilik tidur. Tapi mereka ada juga Double Bedroom Deluxe Apartment yang mempunyai dua bilik tidur dan berkongsi ruang tamu dan juga dapur. Ni lagi besar memang boleh lah datang menginap untuk keluarga yang ramai bilik mak ayah dan bilik untuk anak-anak boleh diasingkan.







Bilik air pun best besar tau kerana di dalam bilik air tu ada shower serta tab mandi. Siapa yang suka berendam memang bestlah pilihan yang tepat. Pulak tu dalam bilik air tu semua kelengkapan lain untuk toiletries ada lengkap tidak perlu risau kalau terlupa bawa. Maha hari tu memang habiskan masa satengah hari berendam dalam tab memang best.




Untungnya menginap di sini bukan sahaja harga yang dibayar untuk bilik tapi juga disediakan sarapan untuk dua orang. Sarapan disediakan di Treat Restaurant & Bar yang terletak di level lobby hotel berhadapan dengan swimming pool. Jadi korang boleh nikmati sarapan sambil mengadap kolam renang yang luas. Lepas sahaja sarapan korang boleh terus pergi Gym yang ada bersebelahan restoran tu. Maha sendiri sempat lah juga bersenam sekejap dalam gym tu main treadmill jer. Lepas dah berpeluh bersenam terus terjun dalam pool hehehe memang segar sangat lepas tu.





Maha kalau datang hotel mesti nak yang ada wifi percuma dan sini memang ada serta sangat laju puas hati lah. Kalau korang rasa nak menginap di hotel ni bawa kereta sendiri mereka ada sediakan parking percuma dekat bawah hotel. Lepas tu kalau korang sekeluarga nak pergi ker tempat-tempat menarik yang berhampiran hotel ni mereka ada sediakan shuttle van.



Perkhidmatan shuttle ini disediakan untuk korang yang nak jalan-jalan bawa keluarga pergi KLCC atau ke Pavilion dan yang berhampiran dengannya. Jadi situ sangat menjimatkan korang untuk berjalan-jalan tanpa bawa kereta sendirikan. Hotel ni sebenarnya tidak jauh pun dengan tempat-tempat menarik yang ada area KL ni. Kalau yang datang naik LRT boleh turun di station Ampang Park dan ambil cab jer ker hotel ini tak jauh pun.


Oakwood Hotel & Residence ini terletak di Jalan Ampang yang merupakan jalan utama untuk ke bandaraya KL. Masa Maha duduk semalaman dekat hotel ni nak cari makan tengah malam pun senang kerana betul-betul depan hotel ni ada Domino Pizza dan juga 7Eleven. Kalau korang gerak sikit dalam 3 minit naik kereta akan jumpa kawasan makan yang meriah dan popular waktu malam iaitu TAPAK Urban Street Dining.



Hotel ni pun meriah tau kalau hujung minggu ramai juga yang menginap di sini mungkin kerana faktor bilik yang sangat besar serta juga harga yang sangat berpatutan. Bagi Maha mungkin kalau family datang KL atas urusan keluarga Maha akan sarankan menginap di hotel ini. Kalau yang datang atas urusan kerja pun boleh menginap di sini kerana meraka ada juga bilik Delux Room untuk seorang. So mungkin korang boleh cuba menginap sini nak rasai sendiri apa yang Maha dah ceritakan. Takut korang kata Maha tipu jer. Kalau dah menginap sini nanti kongsi pengalaman korang ok. Selamat istirahat semua.

Tempahan dan juga pertanyaan layari :
Tel : +60-3-2720 3888 
Fax : +60-3-2720 3999
Laman web : https://www.oakwoodasia.com/serviced-apartments/malaysia
Facebook : https://www.facebook.com/OakwoodKualaLumpur
Instagram : https://www.instagram.com/oakwoodkualalumpur









Anda juga suka post ini...

8 ulasan:

  1. Uish. Nice lah Maha. Luas gila bilik dia. Banyak pulak fasiliti yang ada. Serius arr dekat dalam bilik pun dah banyak equipments. Boleh masak lagi tu dalam bilik. Tak payah membazir makan kat luar.

    BalasPadam
  2. Best sangat-sangat. Qiss tengah cari hotel yang sesuai untuk gi bercuti dengan keluarga. Nanti boleh tengok-tengok harga kat sini. Nampak menarik sebab boleh masak sekali. Memang bestlah

    BalasPadam
  3. Nak stay bilik kecik ajelah. Ada ke? Hehe.Tengok kelengkapan bilik semua pun ada. Sonok juga sekali sekala melepak hotel.Kat rumah dah serabut kepala. haha.

    BalasPadam
  4. Akak pernah menginap kat sini masa dia jenamakan semula hotel dengan nama nama oakwood ni..best..buffet pun best tau

    BalasPadam
  5. Never knew this place exsist, the hotel looks really comfortable, clean and spacious, it's perfect for families as well, will intro to those who are visiting KL!

    BalasPadam
  6. Bestnya maha hotel ni. Besar dan luas serta selesa untuk seisi keluarga. Paling best ad free ride tu pusing kl. Mmg nk suggest family ke sini nampaknya ☺️

    BalasPadam
  7. Dapur dia nampak complete sangat. Sesuai untuk family yang nak menginap, boleh masak je dekat bilik kan. Barangan dia pun nampak baru semua. Ada bath tub and swimming pool tu yang paling best heheh.

    BalasPadam