BBQ,

Panas Terik Tak Menghalang Untuk Nikmati Makanan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah

Khamis, Julai 19, 2018 Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Lokasi makan kali ini sebenarnya dah cukup tular dan mendapat perhatian ramai orang sejak ia mula diperkenalkan. Konsep makan sambil menikmati aliran air sungai semulajadi yang sejuk dan menyegarkan. Ini lah BBQ Lamb KL Kemensah yang terletak dilaluan belakang Zoo Negara.




Maha pertama kali dapat pergi makan kat sini memang sangat teruja kerana selalu nampak orang update jer tak pernah cuba. Mula-mula nak sampai ke kawasan ini memang akan lalui jalan yang sangat sempit dan kalau berselisih kereta kena berhati-hati. Tapi jiwa ini rasa tenang kerana dikelilingi hutan dan juga ketengangn hijau bumi Tuhan.



Sampai jer kat sana isu pertama adalah parking kalau korang sampai lewat dalam pukul 12 memang dah penuh jadi kena hati-hati nak parking takut terparking kawasan larangan dan mungkin akan diblock. Dalam jiwa ni dah bergelora sebab dah dengar deruan air sungai dan juga melihat kejernihan sungainya membuat rasa sangat teruja nak masuk dan makan.




Kat sini mereka buka setiap hari kecuali Isnin tutup dan hari biasa ia beroperasi dari pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam. Hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja akan buka 2 sesi iaitu pukul 12.00 tengahari hingga 4.00 petang dan sesi kedua pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam. Paling senang kat sini meraka sediakan set menu BBQ yang mengandungi pelbagai jenis daging yang dipanggang. Daging yang terdapat dalam set tu seperti daging lembu, daging ayam, daging itik dan juga daging kambing semua dipanggang panas.





Menu ni datang dengan 3 jenis sos yang sesuai dan menambah rasa kepada BBQ yang disediakan. Kemudian ada sup, coslow salad dan juga nasi berempah yang berwarna kuning. Satu set harga makanan RM140.00 untuk 4 orang makan. Jadi kalau korang datang ramai kena booking banyak set. Minuman pula mereka sediakan air Teh Lemon yang disediakan di ruang tepi sungai boleh tambah ikut suka. Meraka ada menu ala-carte tapi lambat nak tunggu, kalau makan malam sesuai lah sebab tak ramai orang.


Makan dalam sungai ini adalah satu pengalaman yang Maha tak dapat nak gambarkan memang menarik dan seronok. Jangan risau air sungai ni tak dalam pun tapi hati-hati banyak batu dalamnya. Cuma kalau korang dapat bahagian yang tiada bumbung dedaun akan disimbah kepanasan mentari tengahari, tapi kerana lapar punya pasal tak kisah berpeluh sambil makan. 


Ada beberapa tips yang Maha dapat waktu datang makan kat sini jadi kongsi dengan korang mana tahu ada yang pertama kali nak datang makan :-

1) Kalau datang ramai harap dapat kongsi kenderaan kerana kawasan parking yang terhad dan juga jalan yang agak sempit. 

2) Datang dengan pakaian yang sesuai kalau korang pakai kasut tumit tinggi atau juga kasut mahal lupakan lah. Paling sesuai pakai selipa sahaja atau crocs lagi mudah nak masuk sungai kalau tidak terpaksa berkaki ayam dalam tu dan agak banyak batu dalam sungai tu.

3) Korang kena booking awal untuk makan kat sini agar mudah dan tidak balik dengan kelaparan sebab terpaksa tunggu lama. Kalau nak makan dalam sungai pastikan juga korang booking kawasan yang lebih redup jangan pilih yang panas walaupun sungai tu sejuk tapi bahang matahari tengahari sangat terasa dan boleh berpeluh satu badan dibuatnya.

4) Dilarang untuk membuang tisu, sisa makanan atau sampah sarap dalam sungai kerana kita sama-sama kena jaga kebersihan sungai tu. Nanti orang lain nak makan kat situ jadi sama-sama kita menjaganya betul tak.



Bagi Maha pengalaman makan kat sini memang sangat menarik dan tiada kat tempat lain. Konsep makan dalam sungai ini satu yang perlu diperkenalkan kepada masyarakat luar sana. Bestnya hari tu Maha makan bukan sahaja dengan kawan blogger tapi juga dengan bintang popular sapa lagi kalau bukan Aiman Tino dan juga ayah dan maknya. Aiman Tino dah makan kat sini korang bila lagi. In Sha Allah kalau ada masa nanti Maha datang lagi makan kat sini memang menarik dan best.

Tempahan dan promosi layari :-
Tel : 012-211 4100




20 ulasan:

  1. nmpk panas tu tp dpt main air sungai sejuk skit la kn..ke tk juga hehe..pernh mkn sini ms bln puasa aritu..sedap2..nanti nk p mkn kt sungai plak la

    BalasPadam
  2. Bestnyer boleh makan kat sini. Sambil makan, sambil kaki kita main air. Tempat yang sangat unik ni untuk makan2 dengan keluarga. Kalau anak2 tu kena bawa baju lebih la sebab sure mandi2 basah2 ni. Food pun nampak yummy!.

    BalasPadam
  3. Bestnya konsepnya... saya suka!

    BalasPadam
  4. Tengok tempat ni di banyak blog. Teringin nak pegi sebab unik dan menarik konsep dia. Menu dia pun macam sedap je.

    BalasPadam
  5. Seronok kan sambil makan sambil dengar deruan air..amboi bukan main lagi korang eh..makan sekali ngan Aiman Tino..ruginya x dapat join masa ni...

    BalasPadam
  6. Walawey..uniknya makan dalam air sungai macam tu..makan lak bbq kambing..lagi la syok..tapi mencabar gak ye nak ke sana.

    BalasPadam
  7. best giler..sambil makan sambil main air..heyy nak datang jugala..dah dekat dengan rumah kita..haritu makan sini masa puasa..sedap makanan dia..nak datang lagi la

    BalasPadam
  8. Jeles kita wak..tak pernah lagi makan kat sini. Dengar kat best suasana dia n makanan dia pun sedap. Bila awk nak bwk kita ni?

    BalasPadam
  9. wow. tak pernah lagi tengok tempat makan macam ni. sangat2 unik dan bbq tu nampak sedap. apatah lagi kalau kambing.

    BalasPadam
  10. Memang sangat disarankan untuk menikmati hidangan bbq di sini. Mmg sedap sangat !! Dah kedua kali dtg ke sini. Sangat puas hati. Mana nk dpt experience makan dlm air kt tmpt lain di malaysia nie kan

    BalasPadam
  11. this is such a unique kind of dining experience.... eat bbq lamb like this.. must be super duper wonderful experience...

    BalasPadam
  12. bestnya.. makan-makan sambil main air..huhu.. kain tenggelam kat air.. tak sejuk ke Maha? Nampak menu2 dia tu nyum2.. adoi.. tak sah kalau tak berbunyi perut kalau singgah blog maha ni.. dengan gambar dia yanggg adoii.. tak mau cakap apa-apa lagi.. huhu.. kemensah ni dekat dengan umah teman.. tapi nak kesana kena masuk dalam sikit kan maha?

    BalasPadam
  13. Memang best tengok makanan kat situ, walau panas lit lit gitu, kesejukan duduk dalam air sambil makan tu tak jadi hal lah kan Maha..hehe

    BalasPadam
  14. Betul2 menikmati ni kalau makan kt sini.. Tp klo tme hujan deras..xleh mkn sini kan takut kepala air.. Tp unikla makan sini.. Sllu lalu sini sbb g uma abg kt area2 situ.. Tp xsmpt nk menyinggah..

    BalasPadam
  15. bestnya kalau dapat pergi sini. Tengok makanan tu dah kecur air liur ni haha. Lebih2 lagi lamb

    BalasPadam
  16. It looks fun by having your buffet on the river. Enjoying the tender and juicy meat while enjoying the cooling river.

    BalasPadam
  17. Lia x boleh dengar kambing sebab makanan paling favorite . Ramai betul update makanan kat bbq Lamb kl kemensah ni. Kalau turun kl lia nak juga merasa menu kambing kat sini

    BalasPadam
  18. Dah lama teringin nak makan kat sini. Sampai sekarag tak sampai-sampai lagi. Dengar kata asyik penuh je, tu macam ralat sikit nak pergi.

    Bestnya tengok makanan dia. Makan dalam sungai pulak tu. Memang lain dari yang lain

    BalasPadam
  19. tempat ni mcm dah viralka..sebab makanan dia sedap2..dan tempat dia cantek. nanti nak try datang makan kat sini la

    BalasPadam
  20. Bestnya tmpt ni...tgok tmpt pun rasa aman tenang je...harga pun not bad utk 4 org mkn kan

    BalasPadam