Versus 1001 Rasa Baba's Kembali Untuk Musim Kedua Lebih Sengit Dan Hangit

7:00 PG Maha Mahu 10 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa kat sini yang tonton program Versus 1001 Rasa Baba's musim pertama tahun lepas. Mesti korang perasan Maha dalam tu jadi salah seorang juri jemputan program tersebut. Terima kasih kepada pihak Baba's kerana percaya kepada bakat yang ada dalam diri ini.


Tahun ini program yang mendapat sambutan hebat ini kembali lagi untuk musim kedua. Menggunakan format yang sama dengan membariskan peserta yang jauh lebih hebat dan lebih kreatif dalam memasak. Juga membariskan mentor iaitu chef profesional yang cukup banyak memenangi anugerah dan mempunyai latar belakang kulinari yang terlalu hebat.



Dengar cerita tahun ini semasa sesi ujibakat lagi team Baba's telah membuat penapisan ketat dalam memastikan peserta tahun ini lebih berkualiti. Hanya 26 orang peserta yang terpilih daripada ujibakat itu untuk peringkat saingan di pentas Baba's. 




Peluang Menjadi Juri Untuk Kali Kedua


Terima kasih sekali lagi Maha ucapkan kepada pihak Baba's kerana masih mempercayai keupayaan diri ini untuk menjadi juri jemputan bagi musim kedua. Teruja sangat semasa sesi rakaman program ini yang berlangsung bulan Januari lalu melihat kehebatan peserta dan juga semangat mereka untuk menang. Menu yang mereka kena sediakan juga lebih mantap dan hasil masakan mereka juga sangat inovatif.




Maha cerita pun korang semua tak dapat rasa tapi kalau nak tahu kehangatan pertandingan ini korang kena tonton sendiri. Rancangan musim kedua akan memulakan siaran pada 22 Mac 2018 setiap hari Khamis jam 6.00petang di TV3. Manakala siaran ulangan pula pada hari Isnin berikutnya jam 5.35petang di TV3. Jadi sempat lah semua orang nak pulang sampai kerumah dan menonton rancangan ini.




Kalau korang yang ikuti musim pertama mesti tahu siapa yang telah menjadi juara utama program ini. Tahniah kepada saudara Mohd Khairul Fazly bin Ismail dari Langkawi yang berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM10,000. Manakala tempat kedua milik Mohd Yusri bin Mohd Yusof yang membawa pulang wang tunai RM3,000.

Mohd Khairul Fazly bin Ismail Juara Musim Pertama


Dalam program ini dimana juara setiap minggu yang korang tonton dalam tv itu akan bersaing pula dalam pusingan sosial media. Dalam peringkat ini menu menarik mereka akan di update dalam Facebook Baba's dan 4 resipi yang mendapat undian tertinggi dari pembaca dan penonton akan bersaing pula pada peringkat akhir merebut hadiah Grand Prix.

Pengacara Chef Kamarul dan Chef Adu

Tahun ini juga ada episod istimewa iaitu episod Festive yang memaparkan selebriti tempatan juga akan merasai bagaimana peserta bersaing memasak dipentas keramat ini. Kali ini bermula perayaan Gawai / Keamatan Special pada 30 Mei, Khas Hari Raya pada 21 Jun dan Khas Merdeka pada 31 Ogos



Korang yang menjadi penonton dirumah juga jangan risau boleh menang hadiah istimewa seperti mana peraduan tahun lepas. Jadi terus setia bersama dengan Facebook BABASNU setiap kali program disiarkan. Jangan lupa juga untuk tonton episod Maha jadi juri tau iaitu 29 Mac dan minggu-minggu berikutnya. Selamat menonton semua.







Anda juga suka post ini...

10 ulasan:

  1. Tahniah maha diberi peluang utk jd juri kali kedua. Ana sempat tgk musim pertama masa maha jd juri. Masa tu Chef Jo yg plg garang. Hehe. Nk tgk juga lah musim kedua ni. Suka tgk rancangan masak2. Boleh bg idea nak masak apa.

    BalasPadam
  2. Cayalah bang! Tahniah!! Tumpang bangga ya. Review2 abang pun memang power. Bolehlah nanti tengok rancangan ni demi abang. Hihi

    BalasPadam
  3. Tahniah Maha masih menjadi juri untuk rancangan yang best ni. Tak sabar nak tengok musim kedua ni. Suka dengan rancangan masakan.

    BalasPadam
  4. Bestnya Maha jadi juri..bila tayang ni musim kedua..hihi..akk ni main tanya je macam la akak tgok tv

    BalasPadam
  5. Glamour.maha ms musim pertama.. tahniah sebab masih lagi.menjadi juri utk musin kedua.. boleh la pass serbuk kari sebungkus dua tauuu hihihi

    BalasPadam
  6. Wah! Dah masuk musim kedua dah ya. Siapa pemenang musim pertama? Aku tak berapa tengok. yang pasti episod kau jadi epngadil aku tengok..hahaha
    Season 2 ni kau masih jadi pengadil ke?

    BalasPadam
  7. Suka la tengok rancangan memasak ni kita pun ikut sama nervous
    Paling best tengok kalau makanan tu nampak sedap diri sendiri pun lapar

    BalasPadam
  8. Tahniah maha jadi juri lgi...
    Akak kalau rempah kari mmg suka babas sebab rsa dia lebih umphhh n warna dia pun menarik

    BalasPadam
  9. kite nk tgok juri nye yg dl tu jee.. hehehe

    BalasPadam
  10. oh my.. this is the most fun program i love to watch this.. janji masak makan semua suka.. hahaha...
    so nice....

    BalasPadam