Tak Perlu Ke New Zealand Untuk Nikmati Produk Mereka Pergi Pasaraya AEON Semua Ada

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang suka buah Kiwi, sayur Beetroot, coklat Whittakers, produk tenusu seperti Anmum, Fernleaf, Anlene dan banyak lagi tak perlu terbang jauh ke New Zealand. Sekarang dah boleh dapat di semua 7 cawangan AEON seluruh Malaysia.


Walaupun produk ni ada yang memang dah biasa masuk ke Malaysia tapi tak semuanya kita tahu dan kita pernah cuba. Kali ini sempena dengan Taste New Zealand Food Fair yang melanda semua cawangan AEON korang boleh dapatkan promosi produk keluaran negara sejuk ini dengan mudah. 



Kempen ini dianjurkan oleh New Zealand Trade and Enterprise (NZTE). Mereka akan buka booth di semua cawangan bermula 30 November hingga 10 Disember 2017 dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam dengan lebih daripada 150 produk segar dan terbaik. Korang nak rasa, nak makan atau nak beli dengan harga hebat serta memenangi hadiah lumayan datang ke booth mereka dan selfie.



Maha juga suka produk New Zealand antara yang pernah Maha cuba adalah Chocolate Whittakers dan juga Pure South New Zealand iaitu daging mentah yang empuk. Tapi kali ini lain sikit Maha di bawa untuk memasak menggunakan produk khas dari negara motis filem 'Loard Of The Ring' ni. Nak kena masak lagi hehehe tak apa yang penting ilmu itu.



Kali ni lagi rasa macam student betul-betul masuk kuliah dimana kami dibawa ke Berjaya University Collage. Masuk mereka punya dapur student untuk memasak yang kami sendiri tak tahu apa dia. Hari tu kami diberikan tunjuk ajar oleh seorang pengajar chef dari kolej ini. Tapi bukan masak-masak biasa yer kami dalam konsep pertandingan nak tengok siapa paling expert masak makanan barat.


Sebab hari tu kami di ajar untuk memasak 2 resipi pilihan iaitu menggunakan mussels and juga daging daripada ladang daging terbesar di sana. Alhamdulillah hari tu memang Maha dapat banyak sangat ilmu dimana kami diajar bagaimana nak memasak sesuatu bahan mentah itu menjadi hidangan yang enak dan mahal.


Hari tu kami kena berkumpulan jadi Maha pilih Kak Dhia dia otai memasak dan Maha memang mengaku tak pandai pun nak masak steak apatah lagi kupang tu. Chef masa tu ajar kami 3 resipi yang memang best juga lah belajar tengok chef buat laju jer tapi banyak juga ilmu yang masuk. Selepas chef mengajar giliran kami pula untuk memasak dan akan dinilaikan oleh juri profesional.


Maha dan kak Dhia dah set nak masak Mussel memang wajib dan juga Daging Goreng tu jer sebab tak reti nak buat steak. Rupanya nak masak Kupang tu sangatlah mudah dan senang sebenarnya. Paling penting tips pertama kena rasa dulu kupang tu masin atau tidak agar kita tidak terlebih meletakkan garam. Kalau ada masa Maha akan share resipi ni ok.


Kemudian resipi kedua daging goreng yang ni pun mudah jer macam masak daging biasa daging goreng black paper satu tips daging ni tak boleh masak terlalu lama atas dapur nanti ia liat. Masa diberikan 30minit sahaja untuk dua resipi ni korang rasa boleh siap. Tapi sebab tunjuk ajar chef ni maka kami semua dapat siapkan resipi. Adat pertandingan ada menang ada kalah dan tak ada rezeki kami nak menang hehehe.



Apa pun pengalaman memasak menggunakan produk daripada New Zealand ini memang memerlukan pengatahuan. Tapi kalau kita pandai mengolahnya ia juga mampu jadi sangat mudah. So tunggu apa lagi boleh lah cuba produk mereka yang banyak kat pasaraya AEON seluruh Malaysia. Kalau tak tahu nak masak apa boleh tengok resipi kat Youtube Channel Mahamahu harap ia dapat membantu korang semua ok. Selamat mencuba semua.







{ 10 comments.. read them below or add one }

Ana Suhana Ana Suhana 06 December, 2017
wah boleh terjah aeon je lah lps ni kalau nak merasa produk nz ye. senang sgt dah tu.

nampak sedap sgt masakan maha dgn kak dhia tu. share tau nanti resipi tu kot2 senang boleh lah try.
Fadzi Razak Fadzi Razak 06 December, 2017
Hahahha hi team depan. Tahun depan kite bertanding masak lagi okay hahahah. Tapi serius la korang punya beef lagi sedap hari tu
Fieza Sani Fieza Sani 06 December, 2017
Menang kalah adat pertandingan..dah semua nak menang,sapa pulak nak kalah,kan..hehe..yg penting dpt pengalaman dari chef utk tips memasak terutama resipi yg kita tak pernah try.
Amanda Suria Amanda Suria 06 December, 2017
Maha ni....throwback plak...terus rasa nak menang lagi...ehhh...hahahahaha....
✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ 06 December, 2017
Alamak !! Terliur tengok food presentation ni . Rasa macam nak cuba semua
JMR JMR 07 December, 2017
nak tanya ni, macam mana cara nak rasa mussel tu masin ke idok? kena test makan ke? .. syoknyer AEON dah ada semua ni..dekat sket dengan rumah
iffah hussin iffah hussin 07 December, 2017
mussel tu nampak menyelerakan sekali untuk dqapat peluang belajar masak dengan chef terkenal
Ika Sani Ika Sani 07 December, 2017
wah bestnya mahmahu dapat banyak peluang untuk memasak bersama chef.betul AEON sudah banyak makanan dari oversea. senang nak beli dan try
Bro Framestone Bro Framestone 08 December, 2017
If ada pertandingan Masterchef nanti.. maha join la.. dah patut ada title chef dekat depan dah nie