Dessert,

17 Menu Baru Di Hui Lau Shan Masih Mengekalkan Health, Leisure Dan Style

Ahad, Disember 10, 2017 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masa untuk nikmati minuman yang segar dan sihat pastinya daripada Hui Lau Shan Dessert Healthy. Kali ini mereka memperkenalkan produk minuman baru yang lebih berinspirasi kepada dunia kehidupan yang mementingkan kesihatan dan keaslian.



Memperkenalkan 17 minuman baru mereka yang terdiri daripada siri Fruitpucino Coconut Milk, Coconut Milk Blocha dan Misteri Gotcha. Maha mula-mula tak tahu juga apa itu semua tapi bila dah pergi rasa sendiri kat cawangan mereka baru tahu sedapnya. Kena cuba sendiri sebab kalau Maha cerite kat sini tak dapat nak bayangkan betapa rasa kesegaran dan kehalusan minuman dalam setiap tegukkan itu wow.



Dalam banyak-banyak ni Maha paling suka adalah siri Misteri Gotcha. Ia terdiri daripada 4 jenis minuman baru yang menyihatkan ala-ala macam detox punya rasa. Dalam siri ini pula terdapat minuman seperti Goji Gotcha, Endeavour Gotcha, Rosemary Garden Gotcha dan Butterfly Pea Gotcha. Cuba korang teka mana yang Maha paling suka.

 Endeavour Gotcha, Rosemary Garden Gotcha, Butterfly Pea Gotcha dan Goji Gotcha


Mestilah Goji Gotcha ini kerana ia mengandungi air Teh Hijau Jasmine sebagai asasnya, ditambah pula dengan biji Goji Hitam dan pelbagai buah-buahan segar seperti Mangga, Tembikai Merah, Passion Fruit, limau dan strawberi. Tengok dalam minuman ni penuh dengan buah dan rasa sangat seimbang menyegarkan.


Minuman yang agak unik dan menarik selalunya kita tahu kalau minum Cendol ada Santan dalamnya betul tak. Tapi dalam siri yang baru ini mereka memperkenalkan 4 lagi minuman mengandungi santan juga. Empat minuman tersebut iaitu Mango Mint Fruitpucino Coconut Milk, Matcha Pineapple Fruitpucino Coconut Milk, Dragon Fruit Fruitpucino Coconut Milk dan Watermelon Fruitpucino Coconut Milk.

Mango Mint Fruitpucino Coconut Milk, Dragon Fruit Fruitpucino Coconut Milk, Watermelon Fruitpucino Coconut Milk dan Matcha Pineapple Fruitpucino Coconut Milk


Yang paling disyorkan dalam keempat-empat ini adalah Mango Mint Fruitpucino Coconut Milk. Ia dibuat dengan mangga berkualiti tinggi segar dimana mangga dicampur sempurna dengan santan tebal. Nak minum pun ada caranya tau kena tuang 45° kecondongan cawan tu agar dapat rasa semua serentak dalam mulut. Best kena cuba sendiri tau.



Kemudian siri yang juga terbaru daripada Hui Lau Shan ini adalah Coconut Milk Blocha. Ini juga didatangkan dengan empat pilihan, iaitu Coconut Milk Peach Blocha, Coconut Milk Earl Grey Blocha, Coconut Milk Jasmine Blocha dan Coconut Milk Rose Vanilla Blocha. Ni pun sama kena minum dengan cara seperti yang Maha bagitahu tadi agar korang dapat rasa campuran kedua-dua rasa.


Coconut Milk Peach Blocha, Coconut Milk Earl Grey Blocha, Coconut Milk Jasmine Blocha dan Coconut Milk Rose Vanilla Blocha



Selain daripada minuman tu mereka juga ada pencuci mulut yang baru untuk anda semua pecinta buah-buahan dan manisan. 5 jenis yang boleh dapat melalui on-the-go sahaja iaitu Mango Chewy Ball, Sago Duet, Mango Sago, Mango Coconut Ribbon dan Red Bean Puppy Love. Kalau tanya mana Maha suka untuk pencuci mulut ini maaf tiada jawapan kerana semua Maha suka ok wakakakaka.

Mango Sago, Sago Duet, Mango Chewy Ball, Red Bean Puppy Love dan Mango Coconut Ribbon





Jangan risau kalau korang tanya minuman ini selamat ker atau Halal yer mereka mempunyai sijil Halal JAKIM yang diakui. Jadi tak perlu rasa was-was untuk minum atau makan kat semua cawangan yang ada. Kat Malaysia ini sahaja ada lebih kurang 18 cawangan seperti di 1 Utama Shopping Centre, Berjaya Time Square, Pavillion, Sunway Pyramid, The Garden, Suria KLCC, IOI City Mall, Setapak Sentral, Empire Shopping Gallery, Penang, Alor Star, Melaka, Johor Baharu, Kuching dan Sri petaling.


Promosi Istimewa! Sempena bulan Disember ini, HLS akan mengadakan promosi "Butterfly Pea Gotcha" khas di outlet HLS terpilih setiap hari Khamis. Korang hanya perlu click like di laman Facebook rasmi HLS dan Mango Cottage kemudian tunjukan di outlet terpilih pada masa dan tarikh yang dinyatakan untuk mendapatkan 1 cawan percuma. Terhad kepada 100 pelanggan pertama hari itu, manakala diskaun 50% akan diberikan kepada 101 cawan dan seterusnya. Jangan ketinggalan peluang keemasan ini.



Tarikh dan outlet terlibat untuk Butterfly Pea Gotcha Promotion :

Hui Lau Shan Official Fan Page
www.facebook.com/huilaushanmalaysia
Dec 7 Sunway Pyramid, KL (3pm hingga 8pm)
Dec 14 Queensbay Mall, Penang (3pm hingga 8pm)
Dec 21 Aeon Tebrau City, JB (3pm hingga 8pm)

Mango Cottage by Hui Lau Shan Official Fan Page
www.facebook.com/mangocottagehls
Dec 28 Mango Cottage by Hui Lau Shan, Sri Petaling (6pm hingga 10pm)

Sebarang promosi dan maklumat lanjut layari:-
Facebook: www.facebook.com/huilaushanmalaysia
Instagram: www.instagram.com/huilaushanmalaysia







4 ulasan:

  1. Mcam menarik minum ni , rasa macam CCL ada kat sana nak rasa semua jenis minumann tue ..haaa tamak tak ..heheh

    BalasPadam
  2. hehe.. yang penting dah jumpa ayat Halal Jakim tu.. hee. baru lah excited nak rasa semua diatas ni berkali ganda excited. yeahhh.. hehe

    BalasPadam
  3. OK paling dekat dgn Umh Kat klcc. Apa shja berasaskan coconut mmg ayu suka. Tapi tergoda la tgk air mangga tu..aduhhhaii

    BalasPadam
  4. first time ana tau pasal hui lau shan ni. boleh cuba lah nanti. ade kiosk yg dekat dengan rumah ni. yg pasti nak cuba rasa mango mint fruitpucino coconut milk tu. nampak sedap sgt.

    BalasPadam