Narathiwat Selatan Thailand Terpelihara Nilai Seni Budaya - Thailand FAM Trip Growth Triangle

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok nak sambung semula pengembaraan Maha dengan rakan media lain ke selatan Thailand bulan lepas. Sebelum ni Maha ada cerita pasal Betong dalam daerah Yala yang semakin maju dan berkembang. Kini kita ke satu lagi kawasan paling selatan Thai iaitu Narathiwat


Seperti biasa perjalanan dalam bas satu yang memenatkan untuk jarak yang jauh tapi kerana teruja tak terasa bagaikan cepat masa berlalu. Pada hari kedua tu kami bermalam di Hotel Genting. Pagi selepas sarapan kami bergerak bersama dengan pegawai untuk ke sepadan Su-ngai Golok Thailand melihat bagaimana kawalan keluar masuk dilakukan.

Pintu Masuk Su-ngai Kolok 


Di sini mereka menceritakan bagaimana pengurusan keluar masuk rakyat Thai dan Malaysia serta pelancong menggunakan jalan darat. Bagi penduduk Thai yang tinggal berhampiran sempadan mereka ada pasport sementara yang membolehkan mereka keluar masuk untuk urusan kerja sehingga dalam negeri Kelantan. 



Kalau orang biasa masuk dari Malaysia melalui Rantau Panjang ke sini mereka ada sediakan pekhidmatan motor khas untuk membawa orang Malaysia dan pelancong sehingga ke bandar Su-ngai Golok dengan harga 40 bath. Tak jauh pun tapi kalau jalan kaki berpeluh juga lah. Kat bandar ni ada jualan pasar pagi yang ramai orang selalu singgah untuk beli keperluan.



 


Selepas habis beberama minit kami meninjau kawasan sempadan tersebut kami terus bergerak ke kawasan kampung yang mempunyai industri kraft mereka sendiri. Kat selatan Thai ni kerajaan dan menerapkan satu kampung mesti ada satu hasil kraft untuk di majukan sebagai sumber pendapatan dan pelancongan.



Pertama kami pergi melihat bagaimana anyaman membuat tikar dan bakul menggunkan sejenis daun. Kampung ini namanya Baan Thorn Aman dan perusahaan krat tangan ini di bangunkan oleh golongan wanita kampung tersebut. Kami dapat tengok daripada mula daun tu dijemur, diwarnakan dan dianyam menjadi hasil yang sangat cantik.



Sapa datang sini boleh beli terus bawa pulang dan harga sangat murah kerana beli terus dari pengusahan. Kata mereka produk ini akan dibawa ke bandar untuk dijual dan harga jauh lagi mahal. Ada produk bakul, tikar, kotak, beg dan macam-macam lagi orang perempuan paling suka lah membeli.




Lepas tu kami ke satu lagi perusahaan orang kampung tu iaitu membuat pertukangan sampan dan perahu. Kat kedai ini pemilik kedai menghasilkan perhiasan daripada pertukangan menjadi sebuah perahu dan sampan yang sangat cantik. Kerena kerja yang halus dan berseni harga agak boleh tahan tapi kalau nak buat kenangan sagan sesuai untuk bawa balik tak ada kat Malaysia.



Tengok perhiasan dinding dalam frame tu semua bentuk kapal dan perahu. Manakal yang daun tu pula adalah dipanggil Daun Emas yang dikeringkan dan disusun menjadi bentuk cantik. Replika rumah atau perahu ni pun boleh beli tak ada masalah.

Perkembangan Islam Di Selatan Thai


Sesudah tu kami teruskan perjalan tenghari ke sebuah sekolah agama yang paling besar di daerah Narathiwat ini. Ini lah dia Attarkiah Islamiah Institute sebuah sekolah swasta yang sangat besar dan lengkap. Kesemua pelajar mereka beragama Islam dan untuk memasuki sekolah ini perlu melalui satu ujian apabila lulus baru layak untuk masuk ke sekolah ini.



Sekolah ini dibangunkan kerajaan untuk membantu pelajar Islam di selatan mendapat pedindikan sempurna. Turut sama mendapat sumbangan daripada swata dan orang perserorangan luar negara. Di sekolah ni kami dihiburkan oleh persembahan koir dan silat daripada pelajar-pelajar mereka. Di sekolah ni kami dijamu dengan makan tenghari yang sedap-sedap Alhamdulillah sebelum teruskan perjalanan.


 

 


Kami pergi pula satu lagi tinggal sejarah yang sangat berharga dalam daerah ini iaitu Masjid yang dibina tanpa menggunakan sebiji paku. Masjid diberi nama Wadi Al-Husein dibina tahun 1624 untuk tujuan ibadah dan aktiviti masyarakat pada masa itu. menurut kata imam di sini ia dibina dengan gabungan konsep Jawa dan Arab pada ukiran dan bentuk luar.



Masjid ni sampai sekarang masih aktif melakukan aktiviti harian masyarakat setempat. Kami sempat solat kat sini. Betapa negara bukan Islam masih mengekalkan kebebasan beragama bagi masyarakat mereka. Kalau datang sini memang kena singgah dan ambil gambar luar dan dalam.


 


Lepas tu kami terus bergerak ke satu lagi daerah lain pulak iaitu Pattani. Yang ni Maha akan sambung next post panjang sangat nak cerita kat sini korang bosan lak. Apa pun Selatan Thai ini masih banyak yang kita boleh terokai dan nikmati. Ini juga dapat membantu ekonomi masyarakat mereka. Nanti ada masa datang Narathiwat ok. Selamat bercuti semua.






6 comments.. read them below or add one

Bro Framestone Bro Framestone 16 November, 2017
Macam menarik je... terasa macam nak turun sana la pula... nk cari supplier
Amanda Suria Amanda Suria 16 November, 2017
Maha selalu pi jalan x ajak akak tau..jeles...Budaya masyarakat di Narathiwat buat akak teruja...bukan sebab senang nak nikah kat sana ye...hahahaha...well..kraftangan diorang pun bermutu tinggi...
Viral Social Media Viral Social Media 16 November, 2017
hahahha... macam pesta utk kekalkan budaya melayuu.. bagus2.. teringin juga nak pergi...
Shafyqah Azry Shafyqah Azry 16 November, 2017
cantik cantik gambar ni, guna phone ke dslr? bestnya dapat ke negara orang. seronok tengok kraftangan tu cantik cantik
Mrs Puex Mrs Puex 17 November, 2017
seronokkan dapat join famtrip macam ni ade yang nak ajak sistur join famtrip takkkk??? #offerdiri hahahaha..
Nuha Nawawi Nuha Nawawi 17 November, 2017
Hasil kerjatangan yang menarik, suka lihat hasil anyaman dan beg dan bakul-bakul. Mereka juga sangat kreatif dalam pembungkusan. Minat sangat produk-produk mandian dari negara jiran ni.