Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kebangsaan,

Jom Terokai Dunia Makanan Dari Ladang Dan Lautan Ke Meja Hidangan Di HPPNK 2017

Sabtu, September 16, 2017 Mahamahu 10 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Cuba korang fahamkan apa makna 'Terokai Dunia Makanan Dari Ladang & Lautan ke Meja Hidangan' yang Maha maksudkan. Sebenarnya ia bagaikan syurga makanan untuk korang nikmati tanpa henti  hanya di bawah satu bumbung.


Ini sebenarnya kelainan yang cuba ditampilkan dalam HPPNK 2017 tahun ini. Kalau orang sebut Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan mesti bosan ada pameran dan jualan produk sahaja tapi kali ini mereka tampil satu program khas untuk makan sampai puas.


Dipanggil 'Malaysia Food Fistival' seperti mana yang dimaklumkan oleh datuk sendiri bahawa satu dewan utama di MAEPS Serdang akan dijadikan bagai sebuah restoran terbesar penuh dengan pelbagai jenis makanan. Masa tu semua pengunjung akan diperkenalkan dengan masakan yang dibahagi dengan pelbagai segment dan juga juadah dalam serta luar negara.



Maha tak dapat nak bayangkan apa yang dimaksudkan oleh datuk tu kalau nak tahu kena datang sendiri dan rasainya semasa program ini berlangsung nanti. Sebenarnya baru-baru ini 12 September 2017 telah diadakan sidang media HPPNK 2017 bertempat di dewan D MAEPS Serdang. Turut hadir adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Ahmad Shabery Cheek yang juga turut memperkenalkan barisan penaja utama.


Masa tu lah Maha dapat tahu lebih jelas tujuan sebenarnya HPPNK ini dianjurkan sejak daripada tahun 1975 lagi. Sesetengah orang panggil HPPNK ini sebagai 'Mini MAHA' kerana ia berskala kecil tapi menjanjikan lebih menarik dan lain daripada lain. Dijangkakan setengah juta pengunjung akan membanjiri tapak MAEPS ini dan pasti sangat meriah.


17 keistimewaan ini yang bakal korang dapat jika datang ker HPPNK 2017 kalau korang tak datang memang melepas la. 

1) Festival makanan dan pertanian terbesar di Malaysia yang mempunyai 600 gerai.
2) Menyediakan gerai & food truck di Empayar Makanan yang menyajikan 401 menu makanan.
3) Terdapat 50 gerai jualan buah-buahan, sayuran dan bunga-bungaan segar.
4) Ada KenDurian raja buah.
5) Pameran dari laut segar, unik dan terkini seperti Satay Tuna, Lemang Sushi, Kuro Prawn dan macam-macam lagi.
6) Pameran karang laut, ikan yu dan penyu.
7) Pameran ternakan dan haiwan hidup seperti kambing, bebiri, arnab dan banyak lagi.
8) Nimati daging unta dan kambing segar dari ladang House of Kambing.
9) Demontrasi masakan daripada chef profesional Chef Zam.
10) Makanan untuk kesihatan seperti Madu Kelulut, Rumpai Laut, Sarang Burung, Durian Belanda dan sebagainya.
11) Jualan dan pameran 30 usahawan asa tani seluruh Malaysia.
12) Malaysia Food Festival.
13) Pameran teknologi dan inovasi terhadap pertanian, perladangan dan nelayan.
14) Kehadiran selebriti popular seperti Farah Fauzana, Aiman Tino, Mat Dan dan juga Yabang Khalifah.
15) Tawaran pakej-pakej destinasi agropelancongan untuk kaki travel.
16) Karnival kerjaya yang menawarkan 2,000 peluang pekerjaan di 40 syarikat agromakanan.
17) Perkhidmatan agensi kerajaan seperti MOA, JPJ, YAPIEM, KKM dan banyak lagi. 


Korang rasa 17 perkara yang Maha nyatakan ni cukup kuat tak untuk korang datang ker HPPNK 2017 nanti. Jadi rugi sangat kalau tak pergi peluang sekali jer setahun ni nak rasai semua yang tidak ada kat tempat lain. Pasti tak pulang dengan tangan kosong ok banyak yang korang boleh dapat di sana.


Macam mana nak datang ker HPPNK 2017 ini paling senang datang naik Uber atau Grab car. Tapi kalau datang naik kenderaan sendiri tak perlu risau kerana terdapat kawasan parking yang sangat banyak di MAEPS Serdang tu. Kemudahan lain semua ada seperti tandas awam, surau dan parking tak perlu risau.


Jangan lupa temu janji kita bermula 28 Sept hingga 1 Oktober 2017 selama 4 hari. Maha pasti akan ke sana juga cuma tak tahu tarikh yang mana rasa nak pergi setiap hari jer. Nak dapatkan maklumat lanjut dan promosi lagi boleh layari laman Facebook, Instagram dan Twitter HPPNK seperti di bawah.

Hashtag : #HPPNK2017 #MFF2017 #MOA #OurFoodOurFuture







10 ulasan:

  1. okeh.

    memang jadi lapar dibuatnya tengok gambar ni semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe nak kenyang kena datang ker sana ok..

      Padam
  2. wah bestnya. mesti banyak makanan sedap sedap tapi jauh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe boleh datang hari minggu ada byk hotel dekat situ boleh menginap...

      Padam
  3. wah best kali acaranya , bila ada waktu nak coba makanan di sini :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome to Malaysia but this event only takes place 28 Sept - 1 Okt 2017

      Padam
  4. wahh bestnyaaa. tringinnya nak pergi. tp jauh. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh datang tido sana banyak hotel..

      Padam