Champion Meal,

Semarak Sukan Sea Ke 29 Dengan Champion Meal Di Restoran Kenny Rogers Roasters

Selasa, Ogos 22, 2017 Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bahang masih terasa lagi dengan semangat Sukan Sea ke 29 yang masih berlangsung di negara kita. Begitu semangat atlet untuk terus pungutkan pingat begitu juga kita rakyat Malaysia semangat untuk memberi sokongan kepada semua atlet negara.


Kadang-kadang kesibukan kita seharian tak sempat nak pergi ke stadium atau juga nak pergi ker lokasi perlawanan berlangsung untuk bagi sokongan. Kali ini dengan makanan juga kita tetap boleh semarakan semangat kejayaan kepada atlet kita. Order sekarang di mana-mana cawangan Kenny Rogers Roasters dengan hidangan terbaru ini.


Sempena dengan semangat Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 ini KRR Malaysia memperkenalkan Champion Meal yang lain daripada lain. Set ayam panggang kali ini datang dengan 2 rasa baru iaitu Honey BBQ dan juga Spicy BBQ. Set meal ini hanya berharga RM16.90 bersama dengan minuman 100plus.


Maha sempat rasa kedua-dua ini dan pasti yang paling sedap pilihan Maha adalah Spicy BBQ dan ia sangat pedas. Tak sesuai untuk kanak-kanak kot kalau ambil yang ni tapi yang Honey BBQ mungkin sesuai ia lebih manis dan lite-lite jer. 


Tambah hebat lagi meal ini dengan hanya tambahan RM5 korang boleh dapat dua site menu pilihan iaitu pilihan 1 Garlic Toasties + Country-style Chicken Chop dan pilihan 2 Kenny Home-made Muffin + Single Happiness. Rasa cukup tak semua ni.


Tak cukup lagi KRR Malaysia menyediakan pula 3 variasi sos pilihan yang baru bagi menambah kenakan kepada makanan ayam panggang korang. Tiga jenis sos baru yang datang dalam botol ini iaitu Honey BBQ, Spicy Gilerrr... dan Smoked BBQ. Kalau korang rasa tak cukup dengan sos yang diberi boleh tambah dengan sos ini bagi meriah sikit.


Tapi tak semua cawangan yang ada buat sementara ini hanya restoran ini sahaja yang menyediakan sos-sos ini :- 

1) Restoran KRR Mid Valley
2) Restoran KRR AEON Rawang
3) Restoran KRR Nu Sentral
4) Restoran KRR AEON Bukit Tinggi
5) Restoran KRR AEON Shah Alam
6) Restoran KRR IOI Mall
7) Restoran KRR Sunway Putra Mall
8) Restoran KRR Berjaya Time Square 
9) Restoran KRR IOI City Mall
10) Restoran KRR Cheras Leisure Mall 

Tunggu apa lagi mai ramai-ramai bawa keluarga dan sanak sedara makan kat Restoran Kenny Rogers Roasters selagi tawaran masih ada untuk masa terhad sahaja. Tunjuk tanda sokongan anda kepada atlet negara dengan meal ini pasti kita juga rasa semangat seperti atlet. Selamat menjamu selera semua.






13 ulasan:

  1. Tak mahal sangat. Boleh try :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak mahal sangat sesuai untuk makan dengan family...

      Padam
  2. Kenny Rogers! Sedapnya. Suka rasa ayam dan muffin dia. Eh ada nasi jagung.
    Tapi, cawangan di Batu Pahat dah tutup. Tak dapatlah nak merasa tawaran ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lah tak apa boleh pergi cawangan lain tengah promosi ni.. Kita suka muffin pisang dia hehehe...

      Padam
  3. Aduhhh terus lapar bila baca entri ni. Nak kena pergi jugak ni ajak Feeq sekali :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh tung lah ada orang boleh belanja heheheh nanti ada lagi Buy 1 free 1..

      Padam
  4. Banyk portion dia, mkn sorang tak abis ni.. anyway nice info

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti lah kena dengan harga hehehe..

      Padam
  5. Masuk sini je penuh gambaq makan yg bila tgok je trus lapor tau...huhuhu
    Sat lg nk cr lah kenny rogers lama lak tak makan

    BalasPadam
  6. Menarik. Penang tak de ke?

    BalasPadam
  7. ala dah 28 Ogos.. lambat tau pasal nie.. kalau x dapat Buy 1 Free 1 T-T

    BalasPadam
  8. ahhhhhh, perasan dah ritu masa kenny roger ada promo yang ni,tapi tak sempat lagi nak try,hihi

    BalasPadam