Alam Impian,

Seafood Alfresco Alam Impian Pesta Makan-makan Sabtu Pertama Setiap Bulan

Khamis, Jun 15, 2017 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Cite pasal makan jer sekarang ni kan tapi setiap hujung minggu mana korang cari tempat makan yang best. Maha ada satu lokasi yang sangat unik dan menarik jarang-jarang kita dapat pergi tempat macam ni.


Terletak di Alam Impian Sales Gallery pesta makan-makan ini bukan selalu diadakan hanya hari Sabtu pertama setiap bulan sahaja. Bagi bulan puasa punya sesi mereka telah buat pada 20 Mei yang lalu jadi tunggu lepas bulan puasa mereka akan adakan semua pesta makan-makan ini. Yang bestnya pesta makan ini ada konsep tersendiri iaitu menampilkan koleksi makanan laut.



Sebab tu pesta ni dipanggil Seafood Alfresco Alam Impian. Nak cari lokasi ni senang sahaja korang Google Maps nama Alam Impian Sales Gallery mesti jumpa punya dan kalau dari KL hanya ambil masa 15 minit sahaja. Cuma nak datang sini kena lalu banyak tol. Mereka adakan pesta ni bagi meraikan pelanggan setia mereka setiap bulan.



Pesta ini bukan sahaja untuk pembeli projek mereka tapi ia terbuka kepada semua peminat makanan yang nak cari konsep santai dan relax dalam kawasan taman. Pesta ni telah bermula bulan Mac tahun ni lagi. Paling best bila masuk ke kawasan ni memang korang rasa ia sangat santai dan banyak pilihan makanan.



Keutamaan kat sini adalah makanan laut daripada pengusaha Food Truck yang popular. Ada yang menjual makanan seperti Seafood Tabur ala selalu kita panggil Shell Out tu. Maha cuba juga ni kerana ia adalah menu utama kat sini Maha ambil set A yang ada Ketam dalamnya. Kemudian ada juga #TheTokyoBurger yang Maha order ni iaitu Soft Shell Crab Burger comel jer saiznya tapi rasa mengancam.


 



Lagi ada juga Food Truck yang dibawa khas jauh daripada Kuala Langat Selangor iaitu Sotong Bakar Morib. Korang boleh pilih nak sotong bakar yang macam-macam saiz ada. Tu baru yang seafood lah ada juga makanan lain seperti Ayam Goreng Uncle Bob, sapa tak kenal kan cukup popular.



Kalau untuk pencuci mulut lak kat sini korang kena cuba Kuih Keria Montok. Tengok rupa comel jer tapi rasa sedap nak mampus. Order satu kotak tak cukup kena order lebih boleh bawa balik. Kemudian untuk minuman pula kat sini ada Raja Teh Ais. Ada banyak jenis teh ais ada yang Madu, ada yang Laici dan ada yang Green Tea pilih lah semua kaw-kaw punya.





Pesta ni selalu start pukul 3.00 petang sampai 10.30 malam jadi korang boleh santai sampai malam. Jangan risau kalau nak solat mereka ada sediakan kemudaha bilik air dan ruang solat untuk muslim. Jadi lepas tu boleh sambung makan balik sampai malam. Bertuahnya mereka juga adakan sesi sabutan bertuah kerana setiap pengunjung yang datang akan mendaftar dan boleh peluang untuk dapat hadiah cabutan bertuah.



Tak kan makan jer kan tak kat sini semua tetamu yang datang akan dihiburkan oleh persembahan daripada kumpulan Busker jemputan. Jadi ada makanan dan hiburan so tak bosanlah. Sesiapa yang plan nak datang sini tunggu bulan 7 ni akan ada lagi sekali tapi date Maha tak pasti bila nanti mereka akan update kat Instagram. So kepada orang Shah Alam dan yang sewaktu dengannya boleh lah datang nak rasa kelainan di sini. Selamat berpuasa dan selamat menjamu selera masa berbuka semua.

Pertanyaan dan promosi :
Tel : 013-6064578





4 ulasan:

  1. menarik..cukup menarik..

    yang paling penting tempat solat disediakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu boss mana2 tempat kalau makanan sedap tak ada kemudahan susah juga orang nak datang..

      Padam
  2. Balasan
    1. Memang sedap kat sini tapi sayang sebulan sekali jer mereka buat pesta ni.

      Padam