Minuman,

Lima Resipi Minuman Berbuka Puasa Ramadan Paling Menyegarkan Dan Mudah Disediakan

Isnin, Februari 16, 2026 Mahamahu 0 Comments

Bulan Ramadan sememangnya dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Saat paling menggembirakan tentunya ketika berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Selain juadah yang enak, minuman berbuka puasa yang menyegarkan sangat penting untuk menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa.



Jika korang sedang mencari resipi minuman Ramadan viral, mudah dan sedap, berikut lima pilihan terbaik yang boleh dicuba di rumah! No lima paling disukai ramai dan susah didapati.

1. Coconut Rose Menggunakan Sirap Menyirap




Gabungan rasa kelapa dan Menyirap Rose tanpa gula memberikan aroma wangi serta rasa manis yang sihat. Minuman ini bukan sahaja cantik dipandang, malah sangat menyegarkan. Minuman ini sesuai dijadikan idea “air viral bazar Ramadan” kerana warnanya yang menarik dan rasanya yang unik.

Bahan-bahan Utama:
* 2 sudu besar Sirap Menyirap perisa Rose
* 1 cawan Air Kelapa Muda
* 1 cawan Isi Kelapa Muda
* Ais secukupnya

Cara penyediaan:
1. Campurkan sirap ros bersama air sejuk dan kacau rata.
2. Masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
3. Tambah ais dan biji selasih untuk tekstur lebih menarik.

2. Lychee Lemongrass Menggunakan Kordial Laici Munif Hijjaz




Gabungan laici dan serai memberi rasa segar serta aroma yang menenangkan. Sangat sesuai untuk menghidrasi badan selepas berpuasa. Minuman ini sesuai untuk mereka yang mencari resepi air laici untuk berbuka puasa yang lebih moden dan berbeza menggunakan Kordial Lychee Munif Hijjaz.

Bahan-bahan Utama
* 3 sudu besar kordial Laici Munif Hijjaz
* 2 batang serai (dititik)
* 1 cawan air sejuk
* Isi laici dalam tin
* Ais secukupnya

Cara penyediaan:
1. Rendam serai dalam air panas selama 5 minit untuk keluarkan aroma.
2. Masukkan kordial laici dan kacau rata.
3. Tambahkan isi laici dan ais sebelum dihidang.

3. Air Soya Cincau Dari Serbuk Air Soya MamaG




Air soya dan cincau adalah kombinasi klasik rakyat Malaysia. Lebih mudah disediakan menggunakan Serbuk Air Soya MamaG Food. Resipi ini sesuai untuk carian seperti cara buat air soya cincau sedap dan mudah.

Bahan-bahan Utama:
* 3 sudu besar Serbuk Air Soya MamaG
* 1 cawan air suam
* Cincau dipotong memanjang
* Biji Selasih Yang direndam
* Ais secukupnya

Cara penyediaan:
1. Bancuh serbuk air soya dengan air suam hingga larut.
2. Masukkan cincau dan kacau perlahan.
3. Tambah ais sebelum dihidangkan.

4. Mix Berry Float Drink Menggunakan Produk Ding Fong




Minuman ini sangat sesuai untuk semua yang suka membili minuman di bazar Ramadan dan penggemar minuman manis berkrim. Minuman ini boleh menjadi pilihan resepi air soda float viral Ramadan yang mudah dijual atau dihidangkan kepada tetamu.

Bahan-bahan utama:
* 1 cawan air masak
* 1 scoop aiskrim vanila
* 1 mangkuk Nata De Coco
* Ais secukupnya

Cara penyediaan:
1. Campurkan sirap mix berry dengan air masak.
2. Masukkan ais dan tuangkan ke dalam gelas tinggi.
3. Letakkan aiskrim vanila di atas sebagai “float”.

5. Minuman Teh Arab Chia Karak dari Arab Saudi


Teh Arab terkenal di Timur Tengah dengan rasa berempah dan berkrim. Ia adalah produk diimport terus dari Arab Saudi untuk manfaat kesihatan tambahan dan tenaga. Minuman ini sesuai untuk mereka yang mencari kesegaran Teh Arab Asli waktu Moreh malam selepas Tarawih.



Menyediakan minuman berbuka puasa Ramadan yang menyegarkan tidak semestinya rumit. Dengan bahan yang mudah diperoleh dan langkah penyediaan yang ringkas, anda boleh menghasilkan pelbagai jenis air viral ala bazar Ramadan di rumah.

Daripada Coconut Rose yang wangi, Lychee Lemongrass yang menyegarkan, Air Soya Cincau klasik, Mix Berry Float yang ceria, hingga Teh Arab Chia Karak yang berempah – semuanya sesuai untuk dinikmati bersama keluarga.

Semoga perkongsian lima resipi minuman berbuka puasa mudah dan sedap ini memberi inspirasi untuk Ramadan nanti.









0 Pandangan: