Lava Salted Egg Cheese Tart Rangup Di luar Cair Di Dalam Hanya di Donutes Coffee & Cake Baking

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Cuba korang bayangkan apabila cheese meleleh bersatu dengan telur masin yang merah kepekatan masuk dalam mulut korang. Apa yang korang dapat bayangkan mesti sedap menarik tetarik dan rasa nak berkali-kali betul tak. Ini yang terbaru bulan mei ni daripada Donutes Coffee & Cake Baking cawangan Puchong Jaya.

Lava Salted Egg Cheese Tart

Maha suka gila telur masin tak kisah masak apa, pulak tu tambah dengan cheese lagi lah tak terkata. Ini pertama kali Maha dapat makan sendiri Lava Salted Egg Cheese Tart yang rangup di luar dan cair di dalamnya. Pertama kali makan ni memang terasa sangat teruja dan juga rasa nak makan berbiji-biji lagi tak puas.



Kenapa ia Lava kerana korang tengok kat luar tart ini nampak garing dengan crust yang lembut tidak hancur bila dipegang. Kemudian gigit sekali dalam mulut terpacul kecairan lava daripada gabungan cheese dan juga telur masin. Kena makan time panas-panas ok memang menggiurkan. 


Akan mula dijual 6 Mei ini di Donutes Coffee & Cake Baking cawangan Puchong Jaya sahaja pada harga RM6.90 satu. Tapi pasti korang tak akan beli satu korang akan dapatkan satu dozen baru puas. Kalau korang bawa balik tart ini masih boleh cair kat mulut ok korang hanya perlu panas semula dalam oven selama 2-3 minit dengan suhu 150°C lepas tu terus makan.



Kesedapan ini semua adalah kerana restoran ini telah berada dalam industri baking selama lebih 25 tahun bermula dari Taiwan. Pada tahun 2013 cawangan Puchong Jaya menjadi branch pertama di Malaysia bagi memberi keniknamatan bakery di sini. Selain daripada tart yang baru diperkenalkan tu mereka juga telah ada beberapa menu yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

Danish Polo Bun

Taiwan Rosong

Paling hot item dan menjadi no.1 pilihan rakyat Malaysia di sini adalah Danish Polo Bun yang menjadi bun terjual 1 million dalam masa 365 hari setahun. Cuba korang bayangkan betapa lakunya bun ni yang terjual kat sini. Manakala pilihan kedua rakyat Malaysia di restoran ini pula adalah Taiwan Rosong yang terjual 450,000 dalam tempoh yang sama juga.

Golden Liu Sha Mini Croissant


Memang semua ini kalau datang cuba tak rugi rasa nak lagi sebab Maha pun dah cuba memang terbaik. Pilihan ke.3 rakyat Malaysia pula adalah Golden Liu Sha Mini Croissant yang terjual sebanyak 350,000 dalam masa tempoh itu juga. Semua yang Maha dah makan kat sini adalah yang terbaik dan telaris jadi korang kena datang sini dan cuba semua yang Maha nyatakan ini.





Selain daripada apa yang Maha cite tadi kat restoran ini adalah lebih daripada 100 jenis bakery yang memang boleh buat rambang mata nak pilih mana. Harga juga berpatutan dan sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang. Kalau beli roti mereka korang boleh beli juga minuman kat sini so lengkap hidangan korang.



Minuman yang menarik Maha dah cuba kat sini adalah Nectar Fruit Tea dalamnya ada rasa teh bersama campuran jeli buah-buahan. Ada rasa masam dan manisnya tapi untuk tegupan pertama korang akan dapat rasa kicknya. Lepas tu baru korang boleh habiskan minuman ini. Bagi pecinta kopi dan smoothies sini pun ada banyak nak list tak muat kat sini hehehe.




Nak cari restoran ni korang leh waze jer Donutes Coffe & Cake Baking Puchong Jaya. Kawasan ni agak senang nak cari tapi agak susah nak parking kalau naik LRT boleh tutun kat stesen  IOI Puchong Jaya tapi kena menapak sikit lah. So tunggu apa lagi 6 Mei boleh pergi cuba menu baru mereka ini Maha dah cuba korang bila pulak. Selamat mencuba semua.

Promosi dan pertanyaan hubungi :
Alamat : Donutes Coffee & Cake Baking Puchong
               No 7, Jalan Kenari 6,
               Bandar Puchong Jaya
Tel : 03-5880 7038

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





{ 14 comments.. read them below or add one }

Uncle Zuan Uncle Zuan 03 May, 2017
perghhh terliur habis tengok ni.
Maha Mahu Maha Mahu 03 May, 2017
Hehehehe nanti uncle belanja kita ok..
Syireen Halim Syireen Halim 03 May, 2017
Sedap sangat nampak tu maha
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 03 May, 2017
Maha kejam..buat akak tertelan telan ayak lioq kat umah ni.
Tak lehh jadik ni...nak kena gi sana jugak..nak rasa semua..hehehe
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz 03 May, 2017
wow.. meleleh cheese dia...
Maha Mahu Maha Mahu 08 May, 2017
Hehehe kena cuba ok..
Maha Mahu Maha Mahu 08 May, 2017
Sedap lah kalau tak sedap tak cite kat korang..
Maha Mahu Maha Mahu 08 May, 2017
Hehehehe kena pergi akak bawa saya sekali ok wakakaka..
Maha Mahu Maha Mahu 08 May, 2017
Ia bukan cheese sahaja tapi ada juga salted egg dalam tu campuran sempurna...