Arabian Food,

Mencari Kesempurnaan Kebab Ala Turki Hanya Ada Di Jawda Kebab @ TTDI

Khamis, April 27, 2017 Mahamahu 2 Comments

 SUDAH TUTUP

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekali sekala berubah angin nak makan ala Turki kat mana yang paling senang korang nak cari. Cari punya cari hari tu rupanya ada satu restoran ni dekat jer ngan office Maha menjual kebab ala Turki. Nama pun dah unik dan menarik Jawda Kebab.


Jawda ini mengikut kata pemilik restoran ini En Amsyar dan abangnya ia adalah dari bahasa Turki yang membawa maksud kesempurnaan. Sebab tu moto kepada restoran ini adalah "Kebab Perfection".
Restoran ni teletak di Jalan Datuk Sulaiman Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur. Nak cari tak susah Google Maps jer boleh jumpa terus tapi restoran ni agak tersorok dan signboard pun tak besar kecil jer.



Konsep kat restoran ini bukan fine dining tapi ia lebih kepada 'Grab & Go' punya konsep. Maklumlah kebab ni orang akan beli dan makan sambil jalan atau dalam kereta. Tapi pada yang datang nak makan kat restoran ni pun boleh juga cuma hiasan dalamnya cukup simple.



Kebab kat sini adalah disediakan sendiri oleh pemilik restoran ni daripada segi bahan mentah kepada resepi dan juga memasak. Daging yang mereka gunakan adalah daging import New Zealand manakala daging ayam dalam ni adalah local punya. Ada dua jer jenis daging kat sini iaitu daging lembu dan juga daging ayam yang dimasak dengan cara dipanggang perlahan. Kemudian daging tu akan digoreng kering untuk mendapatkan tekstur yang rangup diluar.




Kalau untuk kebab ini pelbagai saiz yang Maha makan hari tu adalah Kebab Daging saiz besar. Manakala ada juga kat situ Kebab Ayam yang bersaiz medium. Juga satu menu baru mereka perkenalkan iaitu Tempura Kebab iaitu kebab daging ikan. Pertama kali Maha cuba makan kebab daging ikan yang digoreng garing memang menarik.

Kebab Daging (Large size)

Kebab Ayam (Medium size)

Tempura Kebab (Small Size)

Kebab kat sini ada pelbagai sos yang mereka gunakan untuk memberikan rasa yang lebih pelbagai. Ada sos pedas, sos masam dan juga sos mayonis. Tapi sos sini unik dan mereka hasilkan sendiri ok antara yang ada iaitu Honey Mustard, Sesame Sauce, Wasabi Sauce, Green Chili, Garlic Sauce, Tatar Sauce dan Salad Cheese. So korang tahu lah mana yang pedas dan yang tidak. Itu keunikan kebab sini sebab mereka sediakan sos untuk makan bersama kebab.


Selain dari kebab mereka juga ada beberapa menu sampingan seperti Fried Oyster Mushroom dimana cendawan goreng yang sangat rangup. Kalau korang makan satu kotak tu tak akan puas memang sedap mengunyahnya yer tak tipu. Kemudian ada Fries juga yang terbaru Kibbeh Lamb. Iai berbentuk bujur hampir bulat digoreng garing dan dalamnya ada daging kambing. Sedap kalau makan dengan Garlic Sauce ni.

Fried Oyster Mushroom

Fries

Kibbeh Lamb

Sepecial tak kebab kat sini rasa macam nak pergi bungkus sekarang juga kan. Kalau yang makan nak makan kat restoran tu mereka juga ada menyediakan beberapa minuman seperti yang terbaru Mojito Mango Mocktail. Ni rasa macam detox dan sesuai korang minum setelah kenyang makan kebab ada clear perut korang hehehe. Juga ada minuman kotak diimport terus daripada negara Timur Tengah.

Mojito Mango Mocktail

Mango Jus and Mixed Fruit Jus

Restoran ini buka hari-hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam cuma hari Jumaat mereka buka lewat iaitu dari pukul 3.00 petang hingga malam. Lepas ni Maha lalu balik daripada Masjid TTDI tu ke office boleh singgah bungkus kebab sini special. Kalau korang nak order online pun ada cari kat Food Panda nanti boleh mereka hantar kebab terus kepada korang.


Jadi Maha bagi markah lebih lah kat kebab sini sebab sangat lain daripada kebab yang biasa kita makan kat luar sana. Walaupun menurut kata pemilik restoran ini ia baru sahaja 3 bulan beroperasi tapi kualiti dan ciri penyediaan dititik beratkan untuk memastikan kebab mereka setiasa terbaik. Ok lah sapa-sapa nak belanjar Maha nanti roger ok. Selamat mencuba semua.

Sebarang promosi dan pertanyaan hubungi :
Tel : 012-207 8994 (Amsyar)
        03-7731 6609
Email : jawdakebab@gmail.com

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5






2 ulasan:

  1. Jarang jumpa kedai makan Turkish kat area KlangValley ni. Kebab plak tu!! great idea to try out one day :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang jarang dan yang ni istimewa kerana pertama kali ada kebab ikan kena cuba.

      Padam