Buffet,

Bufet Makan Malam Citarasa Santapan Di Gobo Chit Chat Traders Hotel Kuala Lumpur

Jumaat, April 28, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa plan nak dinner mewah tapi banyak makanan bersama keluarga atau dengan yang istimewa? Maha cadang boleh cuba pergi ker sebuah restoran bernama Gobo Chit Chat yang terletak dalam sebuah hotel mewah berhampiran KLCC iaitu Traders Hotel Kuala Lumpur.



Walaupun terletak dalam hotel bertaraf 5 bintang tapi bagi korang yang plan nak dinner mewah dengan harga berpatutan sini adalah pilihan yang baik. Restoran ni di tingkat 5 hotel ni dan ruangannya sangat selesa, cantik dan mewah. Jadi tak nampak lah kedekut sangat nak belanja insan tersayang hehehehe. 



Kalau datang ker hotel ni boleh naik LRT jer turun kat stesen KLCC pastu jalan kaki sikit ker arah KL Convention Center yang ada Aquaria tu. Hotel tu betul-betul kat depan taman KLCC. Kalau Maha datang naik public jer hehehehe parking agak mahal juga sini.



Bufet dinner kat sini bertemakan Citarasa Santapan yang menyediakan hidangan warisan tradisional dan juga makanan international. Paling unik di sediakan oleh Executive Chef mereka iaitu Nasi Briyani Buluh dimana nasi yang disumbat dalam buluh dan dimasak lama untuk mendapatkan aroma menarik beras basmati bersama rempah ratus.






Lain-lain menu yang juga menarik untuk dinner kat sini adalah seperti Lemang Pulut Hitam, Ketupat, Serunding Daging, Kerabu Kaki Ayam, Sengkuang Calit, Sup Gearbox, Roti Canai, Murtabak, Otak-otak, Satay, Popia Basah dan macam-macam lagi lah. 








Selain itu juga ada masakan tradisional yang menjadi signature di beberapa buah negeri seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Sambal Udang Petai, Masak Lemak Kerang, Daging Masak Dendeng dan banyak lagi. Semua ni pasti buat korang rasa puas hati nak makan dengan bayaran yang dikenakan.







Sempena dengan Ramadan yang akan datang tak lama lagi di Citarasa Santapan bufet makan malam ini berharga hanya RM125 nett bagi dewasa untuk minggu 1 & minggu ke-2 (26 Mei - 9 Jun 2017). Manakala RM135 nett bagi dewasa untuk minggu ke-3 & minggu ke-4 (10 Jun-24 Jun 2017). Special promosi bagi yang datang secara berkumpulan 6 orang akan dapat satu orang percuma. Ini sesuai untuk satu pejabat lah.



Restoran ini boleh menampung sehingga 215 tetamu dalam satu-satu masa. Ia dibuka setiap hari untuk makan malam dari pukul 6:30 petang hingga 11:00 malam. Manakala bagi hari-hari biasa ia menawarkan bufet sarapan dari pukul 6:3 0pagi hingga 10:30 pagi. Manakala bufet makan tengah hari pula dari 12.00 tenga hari hingga 2:30 petang. 




So sebelum Ramadan ini boleh lah datang untuk makan malam kat sini dan bila bulan Ramadan boleh lah buka puasa kat sini juga. Harga berpatutan dan juga makanan yang banyak ada lagi menu-menu antarabangsa yang tak dicite kat sini tapi puas hati lah. Datang cuba sendiri baru tahu ok selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 603 2332 9888
Facebook : www.facebook.com/TradersHotelKualaLumpur
Email : foodandbeverage.thkl@tradershotels.com

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5






0 Pandangan: