Breastfeeding,

5 Kuasa Susu Ibu Yang Perlu Di Ketahui Oleh Ibu Yang Melahirkan Anak

Rabu, Februari 22, 2017 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Walaupun Maha belum lagi menjadi bapa tapi impian dan harap itu ada agar dapat menjadi seorang ibubapa yang mampu memberi terbaik kepada anaknya. Bermula daripada kandungan lagi sehingga kepada kelahiran dan penjagaan faktor kesihatan itu penting.


Tapi bagaimana seorang ibu itu menjaga kesihatan bayi dari sejak kelahiran mereka. Memberi pelindungan dari dalam dan luar. Lindungan luar kita tahu tapi pelindungan dalam bagaimana pula. Lindungan dalam bayi adalah dengan memberi susu ibu yang paling baik.


Sebenarnya menurut kata Dato' (Dr.) Anwar Fazal, Pengerusi WABA susu ibu mempunyai kuasa tersendiri dalam memberi pelindungan dalaman kepada bayi dari mula dilahirkan. Ada 5 kuasa yang dimaksudkan beliau ianya semulajadi dan boleh dilihat dalam faktor-faktor ini.

1) Ia merupakan kuasa semulajadi untuk memupuk hubungan yang erat di antara ibu dan anak di mana kita dapat melihatnya seperti suatu keajaiban!
2) Manfaat-manfaat kesihatan yang didapati daripada susu ibu sememangnya mengagumkan dan kita akan terus mendapat kebaikan daripadanya.
3) Susu ibu sememangnya tidak dapat disaingi oleh lain-lain formula gantian berdasarkan kandungan nutrisinya yang tinggi.
4) Penyusuan ibu sememangnya mesra alam. Tiada tin, plastik, atau air yang tidak bersih, tiada api dan tiada pembuangan tenaga menjadikannya produk terbaik tanpa sisa buangan!
5) ia menjimatkan, percuma dan tidak membazirkan duit dalam menjaga ekonomi sesebuah keluarga.

Namun bagi ibu yang kurang atau tiada susu sendiri jangan gusar kerana masih ada usaha boleh dilakukan untuk membaiki semua ini. Royal Qurma dihasilkan daripada bahan semulajadi seperti Kurma, madu, lutein , spirulina dan habbatussauda dapat meningkatkan kuantiti susu ibu.


Kenapa Royal Kurma yang menjadi altenatif terbaik buat ibu-ibu yang sedang menyusukan anak.
  • Membantu para ibu menghasilkan susu ibu yang pekat dan lebih berkualiti
  • Boleh menambahkan stok susu ibu
  • Beri tenaga tambahan buat ibu menjalani tugas tugas harian.
  • Menambah khasiat kepada susu yang dihasilkan
  • Pelawasan juga menjadi lancar. Kurang masalah sembelit
  • Fungsi lutein membantu penglihatan agar kembali normal disebabkan faktor usia yang semakin meningkat.
  • Bayi dapat tidur lena setelah mendapat susu ibu yang pekat secukupnya


Pengamalan mengambil 1 sachet Royal Qurma sehari adalah sebaiknya dan ia mampu memberi kebaikan kepada bayi yang menyusu juga kepada ibu yang memberi susu. Boleh dapatkan produk Royal Qurma ini secara dalam talian seperti di bawah. Amalkan menyusu anak dengan susu ibu untuk kebahagiaan dan perkembangan yang terbaik buat anak anda.

Pertanyaan tentang produk dan tempahan layari :-





4 ulasan:

  1. Nice sharing.

    Latest, http://lynk.my/55oX

    BalasPadam
  2. susu ibu sangat bagus untuk baby.. trust me sebab dah ada 3x pengalaman menyusukan anak. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju akak saya harap ramai lagi ibu kat luar sana ikut macam akak juga..

      Padam