Mencari Hotel Terbaik Di Tengah-tengah Syurga Membeli-belah Starpoints Hotel Kuala Lumpur

Salam sejahtera kepada Semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mana hotel pilihan korang kalau datang KL ni untuk sebarang urusan kerja atau juga bercuti? Nak cari yang senang akses ke public transport seperti LRT, Teksi dan sebagainya. Juga lokasi yang banyak tempat beli-belah juga tempat makan serta juga tempat menarik dalam KL ni.


Maha pun mula-mulanya tak tahu juga mana yang paling strategic tapi bila dapat tahu pasal Starpoints Hotel Kuala Lumpur ni baru dapat solve semua problem tadi. Memang betul hotel ni berada di tengah-tengah syurgamembeli-belah di KL ni. Kalau Maha sebut jer Jalan Masjid India mesti korang tahu kat manakan.


Kawasan yang memang popular dengan pelbagai tarikan menarik terutama mereka yang memang kaki shopping dan juga betul-betul nak rasa KL. Hotel ni letak diatas bangunan Haniffah Mall di Jalan Masjid India. Nak datang ke sini sangat mudah kerana boleh turun di LRT Masjid Jamek atau LRT Bandaraya, juga berhenti stesen bas dan teksi di tepi SOGO.



Paling best kalau menginap kat hotel ni adalah korang boleh akses kesemua tempat-tempat ikonik dan bersejarah di sekitar Kuala Lumpur yang hanya kurang beberapa minit jer.Boleh naik teksi, uber atau juga berjalan kaki sahaja.

1.    Bukit Bintang – 10 minit
2.    BalaiSeniLukis Negara – 12 minit
3.    Putra World Trade Centre (PWTC) – 12 minit
4.    Menara KL – 10 minit
5.    Kuala Lumpur City Centre (KLCC)- 10 minit
6.    Menara Berkembar Petronas – 15 minit
7.    DataranMerdeka– 5 minit
8.    Bangunan Sultan Abdul Samad – 5 minit
9.    Chinatown – 5 minit
10.    Muzium Negara – 10 minit


Sebab tu ia begitu strategik untuk korang yang dari luar KL nak menginap dengan segala kemudahan yang ada. Hotel ni bertaraf 3 bintang yang di iktiraf oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan juga dianugerahkan Travellers Choice Award 2012 daripada TRIPADVISOR serta Platinum Award Winner- Kuala Lumpur Mayor’s Tourism 2014. Jadi memang kalau sebut pasal penginapan memang ia dijamin memuaskan.


Maha cite sebab bukan saja-saja nak promote tau tapi sebab Maha dah duduk sendiri kat hotel ini memang ia sangat-sangat selesa. Hotel ini diuruskan oleh BINTANG HOSPITALITY yang dengan ciri2 timur tengah yang ditampilkan dalam bentuk hiasan dinding dan hiasan dalaman hotelnya.


Maha hari tu dapat duduk kat bilik Deluxe Room yang luas dan juga katil queen yang besar dan selesa. Ada juga bilik yang Double Single Bed untuk mereka yang datang bercuti ngan kawan-kawan.


Hotel ini berkonsepkan penginapan Islamik dimana dalam bilik menyediakan arah kiblat untuk pengunjung yang beragama Islam juga dalam bilik tak boleh hisap rokok atau bawa minuman beralkohol. Tetapi, kepada perokok tega, korang boleh juga merokok di kawasan terbuka yang disediakan di tingkat 7 and tingkat 14. Antara kemudahan lain yang memberi kepuasaan kepada korang bila menginap kat sini seperti:




1.    WIFI percuma
2.    Cermin Panjang
3.    TV satelit
4.    Kemudahn Membuat teh dan kopi
5.    Mini Peti sejuk
6.    Meja menulis dan lampu meja
7.    Telefon dail terus antarabangsa
8.    Mandian pancuran
9.    Pengering rambut
10.    Plug Shaver
11.    220V / 240V plugelektrik
12.    Sistem pintu kunci elektronik
13.    Almari pakaian
14.    Mini Bar
15.    Kawalan aircond
16.    Akhbar tempatan percuma (atas permintaan tertakluk kepada ketersediaan)
 

Tengok bilik mandi pun kemas dan menarik dimana mereka mengekalkan hygienically Cleaned untuk mereka yang sensitif kepada kebersihan bilik mandi ni. Dalam tu pulak ada tuala mandi, Shower gel, Conditioning Shampoo, Moisturizer, sabun, tooth brush, shaver dan juga shower cap.


Apalagi yang korang nak kalau nak selesa lagi pilihlah bilik Executive Deluxe (Suites). Yang ni Maha dapat masuk jer tapi tak dapat tidur. Bilik ni memang besar dan luas. Kalau datang satu keluarga pun boleh duduk dalam bilik ni. Ada ruang tamu sendiri dan ruang meja kerja yang special. Maha cite pun tak guna korang tengok sendiri gambar bilik yang sempat Maha snap ni.




Harga rate bilik kat sini pun sangat berpatutan dan mampu untuk Semua peringkat. Kalau korang yang datang dengan transport sendiri mereka ada sediakan kawasan parking kat bawah hotel jadi semuanya free saja. Kalau yang datang jauh naik flight ada kemudahan shuttle dari airport ker hotel hanya bagi tahu sahaja pihak hotel.


Puaslah Maha duduk kat sini walaupun sekejap kerana dapat pergi merata-rata tempat yang best terutama mereka yang nak beli-belah. Sebab kalau keluar pintu hotel jalan kaki boleh sampai ke Lulu Hypermarket, Jakel Mall, Mydin, SOGO, Semua House dan banyak lagi. Semua tu betul-betul dekat kalau jalan kaki tak sampai 5 minit sahaja.


So lepas ni mana hotel pilihan korang kalau nak datang KL. Mestilah pilih Starpoints Hotel Kuala Lumpur memang puas dan seronok. Berbaloi dengan harga dan juga akses yang mudah untuk kesemua tempat. Jadi tak salah pilihan korang. Selamat bercuti dan beristirahat. 

Harga bilik hotel bermula dari RM150.00 bersih semalaman.

Tempahan dan maklumat lanjut berkaitan hotel boleh hubungi:-
Lamanweb: www.starpointshotel.com
Facebook: www.facebook.com/Sass3
Tel: 03 2698 1866
Fax: 03 2698 3866
Email: reservations.spkl@starpointshotel.com






6 comments.. read them below or add one

Nurol Huda Nurol Huda 18 January, 2017
Kalau mencari hotel terbaik di tengah-tengah Kuala Lumpur memang patut cuba Starpoints Hotel Kuala Lumpur. Paling penting lokasinya yang strategik tu.
Perawat Islam Perawat Islam 19 January, 2017
Terima kasih Maha atas ulasan tentang Star Point Hotel ini. Saya sememangnya kadang-kadang akan turun ke KL atas urusan berniaga. Tapi berniaga kecik-kecik je :)

Saya sebenarnya memberikan khidmat perubatan Islam untuk mereka yang terkena sihir. Jadi, atas keperluan yang berkaitan dengan perkhidmatan saya itulah, saya akan turun ke KL.

Bolehlah lepas ni try bermalam di Star Point Hotel ni.
Maha Mahu Maha Mahu 19 January, 2017
Betul Nurol Huda duduk pun selesa dan nyaman.
Maha Mahu Maha Mahu 19 January, 2017
Moga dapat sharekan pada kawan2 lain tentang hotel ni ok selamat maju jaya.
Maha Mahu Maha Mahu 19 January, 2017
Hehehehe kena pertimbangkan.