Buah Rambutan,

Resepi Jeruk Rambutan Asam Boi Yang Menyengat Kepedasan Dalam Kemasaman

Selasa, September 20, 2016 Mahamahu 1 Comments

Salam sejatera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tak silap Maha lah tahun lepas viral pasal Jeruk Mangga Asam Boi memang ramai orang buat dan siapa ada yang buat business lagi jual satu bekas RM5.00.

Gambar dari Pixabay

Tapi tahun ni viral pulak Jeruk Rambutan Asam Boi. Tapi sebab buah ini bermusim jadi ia tidak sehebat sebelum ini. Cuma ramai yang buat untuk makan sendiri kat rumah lah. Macam Maha pula buat Rambutan Asam Boi ini sebab nak habiskan rambutan yang banyak kat kampung tu.


Minggu lepaskan cuti Raya Qurban dan juga bersamaan cuti Hari Malaysia jadi Maha ambil kesempatan untuk bercuti panjang di kampung. So minggu ni banyak cite pasal kampung Maha ok jangan marah.
Setiap hari lah makan buat Rambutan kebetulan tepi rumah dan belakang rumah ada pokok yang berbuah.


Belakang rumah tu Rambutan Budak Sekolah yang tepi tu tak pasti lak apa jenis. Jadi sebab terlalu banyak kena habiskan juga bila dah kait. Nak habis kalau makan macam tu jer memang akan batuk lah, jadi buatlah resepi simple ni. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan membuat Jeruk Rambutan Asam Boi

Buah Rambutan Masak
5biji Asam Boi
2biji Cili Padi Merah
2biji Cili Padi Hijau
2sudu Madu
1biji Limau Nipis


Cara-cara nak buat Jeruk Rambutan Asam Boi

1) Kupas buah Rambutan dengan buang biji dan bersihkan.
2) Masuk buah Rambutan dalam bekas dan masukan sekali Asam Boi, Cili Padi yang dipotong kecil, Madu dan juga perah Limau Nipis.
3) Gaulkan semua bahan-bahan tadi sehingga sekata.
4) Masuk dalam bekat bertutup dan simpan seharian dalam peti sejuk

Kemudian esoknya dah boleh makan bersama keluarga. Kalau nak lagi pedas korang leh letak banyak cili padi. Tapi ingat guna madu untuk kesihatan itu saranan kerajaan banyak makan madu hehehe. Sedap dan layan kalau makan time petang-petang atau makan tengah hari memang best. 


Setakat ni nak komersialkan Maha tak nampak potensi sebab mungkin buah ni bermusim. Tapi kalau nak buat jualan boleh jer semua bolehkan. Kalau Rambutan Kuning tu Maha tak pasti boleh ke tidak sebab yang penting rambutan ni manis dan juga masak. Selamat mencuba semua.




1 ulasan: