Dapur Mahamahu Bongkar Kegilaan Jeruk Mangga Asam Boi

Dapur Mahamahu Bongkar Kegilaan Jeruk Mangga Asam Boi - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Selalu Mahamahu akan ajar cara nak memasak dalam segment Dapur Mahamahu kan. Tapi kali ni nak bongkar rahsian kesedapan yg menjadi kegilaan ramai sekarang di media social. Apa lagi kalau bukan Jeruk Mangga Asam Boi.


Mahamahu pernah makan rasa jeruk ni tapi tak pernah pulak buat, kali ni kita korek apa dia rahsia kesedapan yg menghantui peminat mangga muda dan jeruk masam ini. Bila tgk org buat dan post kat media social tegerak juga hati ni nak buat sendiri dan rasa mcm mana sebenarnya kesedapannya. Tgk ada kawn siap meniaga lagi jual satu bekas RM5 ramai pulak tu tempahan aduh tak boleh jadi ni.



Gigihlah ke pasar besar Selangor untuk pergi cari mangga muda yg tidak masam tapi rapuh sedap untuk di buat jeruk ni. Kalau mangga yg dah masak tak sesuai terlalu lembut dan manis, kalau mangga masam sgt pun tak sesuai nanti terlalu masam, Jadi cari mangga tgh2 kalau kat kedai di panggil Mangga Lemak Manis dari Siam. Beli sekilo untuk semata nak buat jeruk ni, bahan lain di perlukan mestilah asam boi yg tiada gula, cili padi dan cili merah serta gula dan garam saja.



Tak susah rupanya nak buat jeruk ni, paling simple and cepat tapi lamanya nak peram jeruk ni. Pastikan pertama kupas mangga dan potong memanjang atau ikut suka nak potong mcm mana. Lepas tu potong cili padi dan cili merah kecik2, tujuan cili merah adalah untuk menghasilkan warna merah yg mewarnai jeruk ini agar lebih menarik. Lepas tu campurkan semua bahan2 tadi mangga yg telah dipotong, cili potong, asam boi, gula dan garam.


Rahsia jeruk ni rupanya keseimbangan anda memasukan gula dan garam serta asam boi untuk dapatkan rasa yg sekata dan lemak. Ohh mcm tu rupanya! Lepas di gaulkan sekata baru peramkan jeruk ini selama lebih kurang 4 jam. Bila dah siap peram baru boleh makan, memang sedap rupanya Mahamahu rasa. Baru puas hati buat sendiri dapat makan banyak2 hehehe. Kalau sapa nak cuba boleh lah belajar mcm Mahamahu buat ni hehehe. Selamat mencuba semua.







0 comment... add one now