Badan Halal Luar Negara,

Produk Sosej Dari Denmark Diragui Status Halal

Khamis, September 29, 2016 Mahamahu 7 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu lagi berita tentang keraguan status halal produk luar negara yang dibawa ke Malaysia. Kali ini berlaku di Sarawak


JAIS (Jabatan Agama Islam Sarawak) dan Bahagian Veterinar, Jabatan Pertanian Sarawak dalam proses untuk mengesahkan status Halal produk sosej jenama Rose Brand yang diimport dari Denmark. Pemeriksaan telah dilakukan tehadap pengimport produk tersebut dan beberapa perkara yang meragukan telah timbul.

Pertama produk ini tertera logo Halal daripada Pusat Kebudayaan Islam Denmark dan dikeluarkan oleh syarikat Rose Poultry Vinderup. Namun pemeriksaan pada pengkalan data Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mendapati nama syarikat tersebut tidak tersenarai dalam senarai Loji Rumah Sembelih yang diiktiraf di luar negara.

Kedua pula pusat Islam yang dinyatakan juga turut tidak tersenarai dalam Portal Rasmi Halal Malaysia di bawah senarai Badan Persijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM. Oleh yang demikian siasatan lanjut masih dijalankan dan buat sementara waktu orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati menggunakan produk tersebut.
 
Sebelum ni pun kecoh pasal status Halal satu produk daripada Thailand yang dibawa masuk ke Malaysia. Tiada isu penggunaan daging ular sawa tapi logo Halal yang dah tamat tempoh pengesahan daripada badan berwajib di sana. Jadi kalau kita was-was lebih baik tak ambil untuk kesucian dan keselamatan diri kita sendiri.





 

7 ulasan:

  1. Elakkan la daripada beli kalau diragui...banyak lagi sosej yang halal kan...hehe

    BalasPadam
  2. peliknya kenapa pasa raya tak check dulu sebelum jual

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasaraya just check ada logo ker tak jer..

      Padam
  3. Tanpa Nama07 Jun, 2019

    Eleh.. Memang halal pun. Tuyuk lu

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama09 Ogos, 2019

    Dia sendiri xdpt bagi keputusan. Buduh palui

    BalasPadam