Resepi Berbuka Puasa Sira Labu Dengan Yeo’s Minuman Kundur Dari Dapur Mahamahu

Resepi Berbuka Puasa Sira Labu Dengan Yeo’s Minuman Kundur Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bulan puasa tak lama jer lagi ada kurang lebih 10 hari jer lagi. Pasti risau kembali di kalangan ibu2 atau orang bujang ni nak masak apa bila bulan puasa ni. Nak masak yang rumit2 masa tak cukup maklumlah balik keje, redah jem lagi pastu nak masak lagi. Apa kata kita cuba resepi baru yang Maha buat ini menggunakan produk Yeo’s.


Sebelum ini Maha ada buat satu resepi minuman menggunakan produk Yeo's juga kalau korang pernah baca lagi resepi Yeo's Fruit Cocktail. Tapi kali ini pula maha nak buat resepi yang Maha namakan sebagai Sira Labu dengan Yeo’s Minuman Kundur. Resepi ini menggunakan bahan yang paling minima. Korang boleh tengok sendiri bahan2 yang Maha gunakan tak banyak pun.


Bahan-bahan:-
1 kotak 250ml Yeo’s Minuman Kundur
¼ buah Labu Kuning
1 ketul Gula Melaka
3 helai Daun Pandan
1 tea spoon Kapur Masak
Air Kosong 




Cara-cara buat Sira Labu dengan Yeo’s Minuman Kundur :-
1)    Kupas kulit labu dan potong memanjang kemudian rendam dalam air yang di campur kapur masak selama sejam.
2)    Sediakan periuk dan masukan gula Melaka yang di hancurkan, daun pandan yang di simpulkan dan juga buah Labu yang telah di basuh.
3)    Kemudian tuangkan Yeo’s Minuman Kundur dalam periuk dan panaskan periuk dengan api yang perlahan.
4)    Masak selama 10 minit dan terbalikkan buah labu itu untuk masakkan sebelah lagi.
5)    Kemudian masak lagi 10 minit dan biar sejuk untuk di hidangkan.

Sangat2 mudah untuk sediakan resepi ini orang bujang yang tak ada idea untuk memasak bukan puasa boleh cuba resepi ini. Kalau kurang faham cara penyediaan resepi ini Maha ada sediakan video khas untuk buat resepi ini korang boleh tonton kat bawah ini.


Kenapa Maha gunakan produk Yeo’s Minuman Kundur dalam resepi ini. Sebab Maha percaya kepada produk Yeo’s ini yang telah mendapat pensijilan Halal daripada JAKIM. Selain tu air kundur dapat memberikan kesegaran kepada kita setelah seharian berpuasa jadi bila masuk dalam resepi ini ia akan menaikan keenakan resepi ini.


Ramadan adalah bulan yang dipenuhi dengan amalan-amalan mulia seperti bersedekah dan beramal dari segi memberi kepada yang memerlukan. Sebagai peneraju minuman dan makanan, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), meneruskan Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya musim kedua.


Kempen kali ini menampilkan ramai barisan celebrity tempatan seperti Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar dan Faiz Dickie. Macam mana korang nak menjadi sebahagian daripada kempen ini hanya dengan beli produk Yeo’s dan sumbangan akan disalurkan kepada 6 rumah anak yatim terpilih. Oleh sebab Maha buat menu khas berasaskan minuman Kundur ni, so Maha nak sokong Faiz Dickie untuk Rumah Bakti Nur Syaheera Cheras dalam Yeo's Ceria Ria Ramadhan, korang pilih sapa? Untuk maklumat lanjut boleh layari www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828. Selamat berpuasa dan selamat mencuba resepi ini.






6 comments.. read them below or add one

Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 27 May, 2016
Hebat MM sekarang ni, dah pandai memasak la
I N A  A I N A A I N A A I N A A 27 May, 2016
Dah la pandai masak, foodblogger lak tu.. Huaaaaaa my idolaaa sungguuhhhh
Maha Mahu Maha Mahu 27 May, 2016
Hehehe mana ada akak baru belajar je ni.. kita buat yang simple2 jer..
Maha Mahu Maha Mahu 27 May, 2016
Ni nak kata puji ke atau sebaliknya hehehe kita tak hebat lagi baru belajar tak masuk paper lagi opppsss..
Iena Eliena Iena Eliena 30 May, 2016
menarik, nmpk sedap. iena nak buat lah nanti :)
Maha Mahu Maha Mahu 30 May, 2016
Hehehhe Iena buat lagi sedap kot huhuhu...