Rahsia Restoran Tersembunyi Di Sungei Wang Plaza Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Rahsia Restoran Tersembunyi Di Sungei Wang Plaza Yang Ramai Orang Tidak Tahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau 5 tahun lalu Sungei Wang Plaza yang terletak di Bukit Bintanglah yang menjadi lokasi Maha untuk beli belah. Kerana masa tu senang nak akses ke sana sebab ada Monoril dan juga banyak lagi tempat yang boleh dapat semua barang di satu kawasan.



Tapi korang mesti tak tahukan bahawa dalam Sungei Wang Plaza tu ada banyak tempat makan yang best dan menarik. Bukan tersorok tapi tak habis explore lagi, tak apa Maha tolong korang bagi mudah untuk tengok apa makana2 yang best di situ. Jom kita jelajah satu persatu kedai yang sempat Maha cuba.

Kopi Club



Restoran ni terletak di concourse level kalau korang masuk ikut pintu utama tu kena turun bawah satu level dan pergi ke arah hujung sebelah KFC jer. Nanti akan nampak signboard Kopi Club dan kedai ini nampak macam kecil tapi panjang sebenarnya. Dalam restoran ni menyediakan banyak makanan tempatan yang unik dan special.

Nasi Goreng Ayam Berempah (RM 14.20)

 Nasi Ayam Goreng Panas (RM 12.80)

Nasi IndoSiam (RM 12.80)

Kebetulan masa Maha cuba makanan kat sini mereka mengadakan promosi untuk makan tengahari dan makan malam. Maha pun cuba lah beberapa set makan ini yang datang bersama dengan Teh Ping / Kopi Ping. Paling banyak orang order adalah Nasi Goreng Ayam Berempah. Dapat rasa ayam goreng berempah yang bersama dengan herbanya. 

KopiClub Mee Goreng Mamak (RM 9.90)

Roti Bakar, Telur Separuh Masak dan Kopi (RM 13.50)*

Kemudian korang kena cuba KopiClub Mee Goreng Mamak, Nasi Goreng Ayam Panas dan Nasi IndoSiam. Kalau korang datang awal pagi nak sarapan kat sini pun ada sesuai set ini iaitu Roti Bakar, Telur Separuh Masak dan Kopi. Jada jangan risau nak makan enak2 kat sini Maha baru tunjuk satu jom tengok lagi banyak ni.

Ah Cheng Laksa



Bagi peminat laksa atau makanan yang lebih rasa utara boleh cuba di restoran Ah Cheng Laksa ni. Kat sini ada sediakan banyak juga menu untuk makan tengahari dan dinner yang berunsurkan makanan tempatan. Pastinya korang kena cubalah Asam Laksa di sini yang cukup popular. Kalau nak lain sikit cubalah Kari Laksa dan nak rasa lain lagi kena cuba Pan Mee.

Asam Laksa (RM 8.90)

Kari Laksa (RM 8.90)

Pan Mee (RM 8.90)

Semua ni Maha suka tapi kalau korang nak makan nasi kat sini ada juga jangan risau mereka sediakan Nasi Lemak Rendang, Kari Ayam dengan nasi putih dan juga Sup Ayam Herba dengan nasi putih.  Bila makan pedas2 dan panas2 ni kena minum dengan air Longan pasti lega sangat. Jadi boleh makan untuk seisi keluarga kalau datang shopping2 kat sini. Best tak Maha punya tempat makan jom kita tengok lagi apa ada kat sini.

Chicken Roll - Lobak (RM 6.90)

Kari Ayam dengan nasi putih (RM 9.90)

Nasi Lemak Rendang (RM 9.90)

Hui Lau Shan


Dah sarapan dan makan tengahari kita sebut pula restoran yang menyerdiakan hidangan pencuci mulut. Nama restoran ini unik sikitkan tapi ia adalah kedai yang menyediakan hidangan pencuci mulut yang berasaskan buah-buahan. Yang menjadi hero dessert kat sini adalah Buah Mangga. Nak cari restoran ni kat concourse level betul2 kat kawasan tengah2 Sungei Wang Plaza.

Mango Sago (RM 11.90)

Mango Feast (RM 16.90)

Heavenly Brew (RM 23.20)

Kalau menu tu korang boleh pilih apa yang Maha telah cuba ini iaitu Mango Feast atau Mango Sago. Yang besar tu Mango Sago memang kenyang kalau makan sorang2 hehehe. Tapi satu ni korang kena cuba rasa macam Coconut Shake tapi ia lain sangat kerana dapat rasa kesegaran buah kelapa muda dan juga isi kelapas tu. Nama menu ni adalah Heavenly Brew mesti cuba ok. Tapi mereka juga ada menyediakan hidangan makanan masakan Cina sebab tu dua menu ni pun ada kat sini iaitu Signature Curry Combo dan Signature Radish Cake.
  
Signature Curry Combo (RM 9.95)

Signature Radish Cake (RM 7.60)

U-Café 

Ni pun antara tempat makan yang popular juga bila korang jalan2 dikawasan syurga beli belah ini. Restoran ni ada di concourse level juga cuma kalau korang masuk dari pintu utama Sungei Wang Plaza restoran U-Café ini boleh dilihat berada ditepi kiri dan kalau lalu jalan Bukit Bintang melintasi plaza ini memang akan nampak restoran ni.




Kat sini katanya ramai celebrity datang makan dan juga orang2 ternama. Mereka menyediakan set Value Meal kalau korang tengok menu2 yang ada lebih daripada 40 menu pilihan disertakan bersama dengan minuman percuma. Di antara menu yang Maha dah cuba kat sini adalah Pineapple Seafood Fried Rice, Flying Fish with Rice, Stir Stewed Chicken with Three Cup Sauce, Chicken Chop with Black Pepper Sauce dan juga Fusion Kung Pao Chicken Spaghetti.

 
Chicken Chop with Black Pepper Sauce (RM 14.75)

 Stir Stewed Chicken with Three Cup Sauce (RM 14.75)

Flying Fish with Rice (RM 14.75)

Fusion Kung Pao Chicken Spaghetti (RM 14.75)

Pineapple Seafood Fried Rice (RM 14.75)

Tapi ingat semua set ini hanya disediakan pada masa makan tengah hari dari pukul 11.30 pagi hingga 3.00 petang sahaja. Jadi orang2 yang kerja atau kalau waktu hujung minggu korang jalan2 shopping boleh lah singgah untuk hilangkan lapar dan juga dahaga kat sini hehehehe.

CocoZ.Kr 

Last sekali kita sebelum pulang dari jalan2 kat Sungei Wang Plaza ni jangan lupa untuk singgah di restoran Korea ini. CocoZ.Kr yang terletak di lower ground floor dan restoran ini berada disebelah kanan sahaja pintu masuk utama plaza ni memang jelas terang dan nampak. Pecinta2 masakan Korea sini adalah terbaik terurama Kimchi dan juga Bingsu.



Buat pertama kali Maha makan Kimchi yang memang cukup2 pedas sekali suap jer menganga cari air hehehe. Tapi nasib ada Bingsu yang memang menyegarkan dan cukup manisnya. Korang leh pilih daripada Mango Bingsu, Chocolate Chips Bingsu, Red Bean & Mixed Fruit Bingsu dan juga Strawberry Bingsu. Wow memang puas makan sini tengok lah saiz besar gila hehehe.

Chocolate Chips Bingsu (Double @ RM18.00 / Single @ RM10.00)

Strawberry Bingsu (Double @ RM18.00 / Single @ RM10.00)

Mango Bingsu (Double @ RM18.00 / Single @ RM10.00)

Red Bean & Mixed Fruit Bingsu (Double @ RM18.00 / Single @ RM10.00)

Kemudian Maha suka makan Spicy Kalguksu sebab kat sini mereka menghasilkan sendiri mee yang ada dalam hidangan ini. Jadi rasa keanjalan dan juga keenakan hidangan ini. Korang leh tengok secara live mereka membuat mee kat sini. Lagi satu kalau korang turun ke tingkat bawah restoran ini mereka ada satu bahagian menjual cenderamata dan juga barang kemas dari Korea. Bukan setakat makan tapi boleh beli belah lak tu hehehe.
Spicy Kalguksu (RM 15.00)

Kalguksu (RM 15.00)

Pan Fried Mandu (RM 9.00)

Steamed Mandu (RM 9.00)

Ok lah puas tak rasanya korang tengok tempat2 makan yang menari ada di dalam Sungei Wang Plaza ini. Relax sebenarnya masih ada banyak lagi restoran yang Maha nak cite kat sini tunggu sambungan posting ini. Mesti korang tak sangka di Sungei Wang Plaza ni rupanya banyak tempat makan yang menarik dari serata dunia ada. Apa tunggu lagi mai2 makan di Sungei Wang Plaza dan jadikan ia lokasi makanan pilihan korang. Selamat menjamu selera semua.







4 comments.. read them below or add one

✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 07 May, 2016
Perrgghhh!!! Banyak tempat makan menarik kat sini.. Selalu lalu lalang kat sini tapi mesti tak tahu makan kat mana
Maha Mahu Maha Mahu 10 May, 2016
Heheh lepas ni ada idea dah kan mana nak singgah. yang ni ada sambungan ok ada lagi beberapa restoran yang menarik kat situ.
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 25 May, 2016
Baru tahu dalam tu ada makanan yang sedap2 juga. Almaklum la bukan selalu ke sana
Maha Mahu Maha Mahu 26 May, 2016
Tak apa dah tahu ni nanti boleh datang selalu shopping dan makan2 hehehehe..