Chef Ismail Perkenalkan Hidangan Melayu Sempena Ramadhan Di Rebung

Chef Ismail Perkenalkan Hidangan Melayu Sempena Ramadhan Di Rebung - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni buat pertama kali dalam tempoh seminggu ini akan Mahamahu cerita khas buffet Ramadhan sahaja tanpa ada post lain. So kalau nak tahu tempat makan buffet yg best dan terbaik bagi Ramadhan ini ikuti Mahamahu setiap hari dalam masa seminggu ini ok. 


Hari ini Mahamahu akan perkenalkan satu lagi konsep buffet Ramadhan dengan hidangan asli tradisional Melayu. Restoran Rebung milik Dato Chef Ismail dan angksawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor satu-satu di tengah Kuala Lumpur untuk anda mencari buffet 100% hidangan Melayu. Mahamahu berkesempatan untuk mencuba hidangan di sana dan memang menarik dan terbaik. 




Bermula dengan hidangan nasi yg pelbagai pilih memang menarik, ada nasi putih, nasi minyak, nasi kerabu, nasi tomato dan nasi beryani. Di tambah enak lagi di makan bersama lauk pauk tradisional seperti Daging Salai, Ayam Percik, Ikan Patin, Rebung Perut, Asam Pedas dan banyak lagi.

Ikan Goreng Berlada

Daging Goreng

Gulai Rebung

Masak Lemak Cili Pada Telur Masin

Masak Tempoyak Ikan Patin

Kari Daging

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Masak Lemak Siput Sedut

Kacang Goreng Berlada

Pari Asam Pedas

Sambal Udang Petai

Mahamahu paling suka makan kat sini adalah sebenarnya dessert yg di sediakan. Bila makan memang terasa sgt seperti makanan tradisional yg di sediakan oleh emak kita. Antara makanan pencuci mulut yg ada seperti Murtabak, Cucut Bawang, Roti Jala, Tauhu Goreng, Pulut, Karipap, Kuih Koci, Badak Berendam dan banyak lagi. Semua sedap dan manis yang cukup untuk di makan oleh semua peringkat umur. 



Menurut kata Chef Ismail paling ramai org suka dan hidangan menarik tetamu untuk dtg di sini adalah Dodol yang di hasilkan sendiri oleh chef. Dodol di sini boleh di nikmati pada setiap hari sepanjang buffet Ramadhan ini berlangsung. Malah ada juga tetamu yg membuat tempahan khan Dodol ini untuk hidangan Hari Raya mereka di rumah. So sapa2 nak tempah Dodol dan kuih raya juga ada di Restoran Rebung ni.


Kerabu Mangga

Kerabu Sayur

Kerabu Pucuk Paku

Pucuk Paku Masak Lemak

Sambal Ikan Bilis

Rendang Daging

Promosi buffet Ramadhan ini akan berlangsung dari 28 Jun 2014 hingga habis bulan Ramadhan selama sebulan. Harga juga berpadanan dengan hidangan dan suasana restoran yg selesa, bagi org dewasa RM70.00 nett dan untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun iaitu RM48.00 nett.

Maklumat lanjut layari laman web dan hubungi mereka di sini:-

RESTORAN REBUNG BANGSAR, KUALA LUMPUR
Laman Web: http://restoranrebungdatochefismail.com
Tel Restoran : 03-2283 2119
Tel Office : 03-2282 4776