Restoran Putera Ayu,

Program WALLA TV1 Pengalaman Baru Di Televisyen Buat Mahamahu

Isnin, Oktober 12, 2015 Mahamahu 0 Comments

Program WALLA TV1 Pengalaman Baru Di Televisyen Buat Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Alhamdulillah telah selesai semua program yang di nanti2kan dekat berbulan2 ni. Tu lah dia pengalaman Maha shooting sebuah program makan yang di tayangkan di TV1. Sapa2 yang sempat tonton Sabtu lepas jam 10.30pagi dalam program WALLA yang menampilkan Maha sebagai blogger jemput bersama pengacara Masterchef Malaysia Abang Brian


Satu pengalaman yang memang sangat2 membantu dan juga memberi ilmu kepada Maha tentang dunia pengacaraan ni. Walaupun penampilan hanya sekejap jer tapi ia satu yang menyeronokan dan membahagiakan. Mula2 dapat whatapps dari penolong penerbit program ni kalau tak silap, jgn marah akak, memang teruja sangat sebab buat pertama kali nak tampail dalam tv. Sebelum ni cuma buat video syok sendiri jer tapi bila dapat peluang macam ni sangat2 seronoklah.


Hari shooting tak silap Maha bulan Mach tahun ni tak ingat bila tapi restoran Putera Ayu Kampung Jawa tu memang Maha yang decide nak pergi sana kerana mereka menyediakan hidangan seafood. Bila pertama kali jumpa crew team WALLA ni termasuk penerbit memang sangat2 sporting mereka ni dan sangat2 membantu. Sedikit cite tentang nama program ni semasa shooting program ni di beri nama Menu Kita tapi bila nak tayang kena tukar nama untuk lebih international jadilah program WALLA.


Semua berjalan lancar walaupun ia adalah pertama kali Maha shooting dengan camera dan juga crew2. Tapi gementar mesti ada walaupun rakaman sahaja boleh tengok dalam video Maha tu sendiri suara getar dan sangkut2 hehehe. Pengalaman pertama Maha yang sangat2 tak ternilai dan berharga untuk diri ini. Sekali lagi terima kasih Maha ucapkan kepada semua crew dan RTM kerana sudi menjemput Maha menjadi sebahagian daripada program ini WALLA.


Sapa yang tak sempat tonton rancangan tu sini Maha sediakan rakaman amatur yang sempat Maha rakam walaupun tak berapa clear. Korang jangan gelak tau malu sangat tengok diri sendiri dalam tv. Tapi kesan dari program ni sangat2 memberangsangkan di mana dapat tengok peningkatan pembaca blog Mahamahu dan juga ada dapat jemputan review daripada pemilik restoran lain. Wow tak sangka ye sangat2 besar kesan kepada blog Mahamahu. So pada semua selamat menonton ok.

Program WALLA
TV : RTM TV1
Waktu : 10.30pagi
Hari : Setiap Sabtu








0 Pandangan: