Kek Pisang Gebu Dan Moist Dari Bakin' Bake Mesti Kena Cuba Kalau Tak Menyesal

Kek Pisang Gebu Dan Moist Dari Bakin' Bake Mesti Kena Cuba Kalau Tak Menyesal - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Last week Maha sempat datang ker EhEh Bazaar Hijra 2016 kat Mid valley Exhibition Centre, dan banyak dapat tengok produk makanan tempatan yang sedap. Termasuklah kek pisang ni yang Maha sempat dapatkan untuk dicuba. Terima kasih kepada pengusaha kerana sebiji kek yang enak ni.


Nak tanya lah kat sini sapa yang pandai buat kek pisang? Maha ni hanya pandai buat Cekodok Pisang jer macam yang Maha pernah tulis dalam resepi sebelum ni. Kalau tak pakar kek pisang ni nanti jadi keras dan tak rasa pisang sebab rasa banyak tepung. Lain sangat dengan kek pisang yang akak tu bagi hari tu memang gebu dan menarik.



Kek pisang ni nampak macam biasa jer tapi sebenarnya akak Normaya Mohd Sabran tukang masak dan juga pengusaha Bumiputera produk keluaran Bakin' Bake menghasilkan dengan penuh kasih sayang kot.
Sebab tu dapat rasa pisang yang cukup dan tidak seperti mana yang beli kat pasaraya lain. Korang leh tengok sendiri di atas kek pisang ini siap ada potongan pisang yang diletak jadi lebih rasa pisangnya.



Apalah resepi rahsia akak ni sehinggakan rasa nak lagi kek pisang dia ni. Di dalam kek ini lembut dan gebu korang leh tengok sendiri tekstur kek ini yang Maha sempat cuba ni. Makan dengan keluarga pun sesuai dan buat minum petang dengan Teh 'O' memang terbaik lah. Pastu kalau bawa pergi piknik ker atau pergi jalan jauh sebagai kudapan memang mudah sangat.



Apa pun korang nak order kek pisang ni boleh buat secara online kerana menurut akak ni dia tak ada lagi kedai yang tetap. Jadi semua urusan secara online atau pun whatapps teknologi dah canggih kena gunakan betul tak. Harga tak mahal berpatutan hanya RM6.00 sahaja termasuk penghantaran seluruh Malaysia. Selain tu juga akak ni ada buat bakery, pastry dan cake untuk tempahan lain. So rajin2 lah singgah ker laman sosial akak ni untuk detail dan juga tempahan. Selamat mencuba semua. 

Tempahan atau pertanyaan boleh hubungi Bakin' Bake :
Facebook : This Is Bakin Bake
Whatapps : 012 312 1462
Wechat : Mayasabran








0 comment... add one now