Menu Western Dan Asia Bergabung Meletop Hanya Di H Gallery Cafe @ Sunway Nexis

Menu Western Dan Asia Bergabung Meletop Hanya Di H Gallery Cafe @ Sunway Nexis - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau sebut Sunway Nexis mesti ramai tak tahu kat mana tu kan dan masih ada yang kata kawasan tak buka lagi. Sebenarnya Sunway Nexis dah dibuka cuma belum di rasmikan sebab sudah ada banyak juga kedai2 di dalam tu yang telah beroperasi.



Kat mana lak Sunway Nexis ini? Dekat dengan The Strand Kota Damansara atau Sunway Giza area2 tu juga lah. Dalam tu dah ada banyak restoran dan juga kedai2 yang dibuka. Salah satunya adalah H Gallery Cafe ini. Menyediakan hidangan Western dan Asia yang digarap dengan citarasa tempatan. Maksud Maha mereka ni banyak guna herba2 tempatan menggantikan herba import jadi rasa makanan di sini lebih unik.



Cafe ini baru sangat dibuka bulan Disember 2015 baru saja beberapa minggu beroperasi tapi sambutan agak hangat juga. Maha berkesempatan untuk makan kat sini bersama kawan2 lain dan merasai sendiri hampir semua hidangan yang di sediakan. Awas yer Maha bagi peringatan awal post kali lebih banyak gambar yang akan membuatkan korang terliur. Jadi pastikan korang sedia untuk pergi restoran ni kalau tengok makan2 kat sini ok. Jom Maha tunjuk antara menu2 yang menarik ada di cafe ini.

Sarapan pagi

Nasi Lemak Pak Man (RM 15.00)

Egg Benedict With Smoked Salmon And Side Fruits Salad (RM 26.00)

Big Breakfast Set (RM 22.00)

Pembuka Selera

Fried Calamari With Garlic Aioli (RM 15.00)

Spicy Hillbilly Wing (RM 15.00)

Salad Dan Sup

Grilled Seafood Salad (RM 25.00)

Caesar Salad - Grill Beef  (RM 18.00)

Wild Mushroom Soup (RM 10.00)

Green Peas Soup Top With Ricotta Espuma (RM 10.00)

Hidangan Utama

Pan Fried Salmon With Arugula Mix Salad (RM 29.00)

H Style Sirloin Steak 200-220 gram (RM 42.00)

H Style Beef Wellington (RM 45.00)

Braised Lamb Shank Pasamah (RM 59.00)

Grilled Chicken Chop (RM 22.00)

My Snapper Sandwich (RM 24.00)

Spaghetti

Grilled Seafood Aglio-Olio (RM 23.00)

Meetball Stuff With Mozzarella (RM 23.00)

Pimiento Rojo Seafood Spaghetti (RM 39.00) 
Hidangan Asia

Nasi Goreng Kampung (RM 15.00)

Mee Goreng Pak Man (RM 15.00)

Minuman

Passifloraceae (RM10.00)

Lychee Pomegranate (RM 10.00)

Green Apple

Morning Glory - Blueberry Mint Yogurt (RM 15.00)

Strawberry Banana Yogurt (RM 15.00)

Black Forest - Sipping Strawberry Chocolate Smoothie (RM 15.00)

Hot Tea (RM 7.00)

Korang boleh tengok kan betapa banyaknya menu yang ada tu masih ada lagi Maha tak masukan hehehe penuh entry ni. Mengikut Ketua Chef En Jazman di sini ada lebih kurang 50 menu yang boleh dipilih. Ada juga menu yang sesuai untuk kanak2 jadi cafe ini adalah untuk seisi keluarga. Dengan dekorasi yang menarik dan ruang yang luas ni mententeramkan jiwa untuk makan.


H Gallery Cafe ini di buka setiap hari dari pukul 9.00pagi hingga 10.00malam. So korang boleh makan bila2 masa yang nak dan kawasan ni banyak parking. Kalau nak buat event dekat cafe ini pun boleh sebab dia ada ruang tingkat 2 exclusive untuk korang buat acara tersendiri. So selamat menjamu selera buat semua.

H GALLERY CAFE
Alamat : D-GF-03A, Sunway Nexis, No. 1, 
               Jln PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya






0 comment... add one now