Aiskrim,

Honey Creme Aiskrim Premium Lembut Dari Bahan Organik Korea Kini Di Malaysia

Jumaat, Januari 01, 2016 Mahamahu 0 Comments

Honey Creme Aiskrim Premium Lembut Dari Bahan Organik Korea Kini Di Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha nak tanya sapa sini peminat aiskrim angakat tangan. Mesti ramai yang tengah baca ni akan angkat tangan termasaklah Maha seorang yang memang gila aiskrim. Kali ini ada pula satu lagi aiskrim lembut organik yang datang dari Korea dan telah berada di Malaysia.




Inilah dia Honey Creme yang dihasilkan dengan bahan-bahan organik premium dari seluruh dunia termasuk susu organik dan krim terbaik dari Korea. Ais krim lembut Honey Creme boleh menjadi pilihan yang lebih sihat dengan bahan tambahan berkhasiat seperti indung madu asli, bijirin campuran organik, coklat gelap yang baik untuk kesihatan jantung atau pilihan mudah lagi enak iaitu bertih jagung atau gula kapas.



Maha berkesempatan untuk merasai sendiri semua jenis aiskrim yang di hasilkan sendiri. Asasnya sama iaitu aiskrim vanila dari susu cuma topping di atasnya sahaja yang buat ia rasa lain dan memang unik. Korang pernah ker makan aiskrim dengan popcorn karamel di atasnya. Sungguh sedap sebab kelembutan aiskrim bersama dengan kerangupan bertih jagung di atasnya, ini di panggil Aiskrim Popcorn.

Popcorn

Kemudian Maha suka adalah aiskrim dengan madu yang dituang atasnya. Ada dua jenis iaitu Combo Honey dan Honey Combo dan dua2 ini boleh di pilih untuk dalam cup atau con. Lepas tu yang best lagi adalah Dark Chocolate buat peminat2 rasa coklat. Memang ini best juga Maha makan banyak kali kot hehehe.

Combo Honey

Honey Combo

Dark Chocolate

Last yang Maha cuba adalah Organic Cotton Candy Affogato yang di atasnya ada manisan gula kapas memang satu2 yang menarik sebenarnya. Sebab tu kat sini Maha kata semua aiskrim dihasilkan dengan kreativiti untuk memenuhi kemahuan korang. Satu lagi yang buat peminat coklat suka adalah aiskrim dengan kacang coklat atau namanya Chocolate Beans

Organic Cotton Candy Affogato

Chocolate Beans

Puas hati kalau korang nak datang makan aiskrim di Honey Creme yang sihat dan diet ini bila2 masa sahaja. Korang boleh datang di cawangan Hartamas ini dan nikmati semua jenis aiskrim kat sini baru puas. Kalau nak dapat info boleh layari laman facebok dan instagram mereka seperti di bawah.

HONEY CREME
Alamat : 20, Jalan 27/20A Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Isnin hingga Khamis 12pm – 10pm
Jumaat hingga Ahad 12pm – 11pm









0 Pandangan: