Buah-Buahan,

Resepi Daging Masak Nanas Manis Menggunakan Nanas MD2 Special Dari Dapur Mahamahu

Selasa, Disember 15, 2015 Mahamahu 0 Comments

Resepi Daging Masak Nanas Manis Menggunakan Nanas MD2 Special Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni Maha tulis pasal perbezaan maksud perkataan Nenas dan Nanas. Kali ni nak buat resepi masakan berasaskan buah Nanas MD2. Pertama kali makan buah Nanas MD2 memang terpesona sangat. Teruja gila sebab sungguh manis dan boleh makan mentah2 begitu saja. Tak perlu pencicah lain sebab buah Nanas tu dah memang sedap dan manis.


Terima kasih kepada blogger Hazman Fadzil kerana hadiahkan 2 biji buah Nanas ini untuk Maha rasa sendiri kesedapan yang di gembar-gemburkan dalam laman social. Kalau korang nak dapatkan buah Nanas ini boleh order online malalui facebook atau instagram tokey Hazman. So Maha dah dapat buah ni jadi apa lagi terus ada idea untuk masak satu resepi ringkas dan special menggunakan buah Nanas.



Maha namakan resepi ini Daging Masak Nanas Manis, kerana kemanisan resepi ini datang bukan dari gula tapi dari buah Nanas ini sendiri. Dalam resepi ni memang tak masukan gula hanya menggunakan kemanisan asli. Bahan2 yang Maha gunakan pun campuran masakan Timur dan Barat hehehe. Kalau nak tahu jom tengok Bahan2 yang Maha gunakan ok.


Bahan2 untuk memasak Daging Masak Nanas Manis

250 gram Daging Lembu (potong kecil)
2 sudu besar Minyak Zaitun
1 batang Kulit Kayu Manis
2 biji Bunga Lawang
4 biji Buah Pelaga
4 biji Bunga Cengkih
1/2 biji Bawang Kuning (potong kecil)
3 ulas Bawang Putih (potong kecil)
1 sudu serbuk Kari Daging
1 sudu Cili Boh
10 helai Daun Kari
1 sudu Tomato Puri
2 sudu Sos Tiram
1 inchi Belacan
1/4 biji Cili Benggala Hijau (potong dadu)
1/4 biji Cili Benggala Merah (potong dadu)
1 sudu kecil Lada Hitam
1/4 biji buah Nanas Manis MD2
Garam secukup rasa

Walaupun korang tengok bahan2 untuk buat resepi ni banyak tapi sebenarnya tak banyak pun semua yang basic jer mudah nak dapat kat rumah sendiri. Memasak untuk resepi ini pun tak lama hanya makan masa 20 minit jer termasuk penyediaan bahan. Cara2 nak memasak Maha buat dalam video di bawah ni. Kalau korang nak cuba boleh tonton video special ini kejap jer video ini pendek ja.

Cara memasak resepi Daging Masak Nanas Manis...


Senang bukan nak sediakan resepi ini. Tak susah pun tapi rasa cukup sedap dan terangkat. Sebab dapat rasa rempah ratus dalam tu termasuk lada hitam dan juga cili benggala. Paling penting penggunaan Nanas ini dapat menggantikan gula dan memberi rasa yang seimbang. Resepi ini yang dah siap masak boleh di hidangkan untuk 3 orang makan.



Sesuai untuk makan dengan nasi kosong untuk makan tenghari atau makan malam mana2 boleh. Yang penting hidangan berasas Nanas ni banyak kebaikan untuk tubuh badan kita. Buah Nanas ini membantu proses pencernaan dalam usus. Selain tu juga kandungan vitamin C dan protein tinggi membantu menurunkan berat badan sesuai lah sapa yang nak berdiet. Buah ini juga kaya dengan Fibre, Thiamine, dan Vitamin B6. Paling best ia boleh menyebuhkan penyakit Gaut buat mereka yang ada penyakit tu. Selamat mencuba semua....









0 Pandangan: