Hati-hati Menggunakan Perkataan Nenas Dan Nanas Lain Maknanya



Hati-hati Menggunakan Perkataan Nenas Dan Nanas Lain Maknanya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ni perkongsian info mudah dan simple jer dari Maha buat semua pembaca. Mula2 Maha pun tak tahu tentang isu ini tapi bila kawan dah tegur dan dah cek sendiri di cari Google memang jauh beza maksud dua perkataan ini.


Nenas dan juga Nanas adalah dua perkataan yang berbeza dan membawa maksud yang jauh sekali. Kalau kawan2 buat carian di laman Google apa itu Nenas mesti terkejut, terutama bila tengok bahagian imej. Maha sendiri tak sangka rupanya maksud begitu nak print screen nanti korang kata Maha ni tunjuk yang tidak sepatutnya jadi Maha tak letak lah korang tengok sendiri.

Nanas Manis MD-2 yang viral di media sosial

Kemudian kalau cari perkataan Nanas baru jumpa apa yang sebenarnya orang Malaysia kita sebut. Dalam Wikipedia Malaysia sendiri pun tiada maksud Nenas yang ada Nanas sahaja. Nanas adalah tumbuhan tropika yang asala dari Brazil. Tapi kini telah mula di komersialkan tanaman di Malaysia dan telah menjadi perusahaan makanan yang berpotensi tinggi.


Kalau cari dalam laman web Dewan Bahasa Pustaka juga ada menerangkan lebih detail tentang ejaan Nenas dan Nanas. Print screen di bawah di ambil dari laman web DPB sendiri menyataankan kebenaran ejaan yang sepatutnya di gunakan. Tak kira penulisan harian atau pun penulisan dalam karangan sekolah. Jangan salahkan Maha ok kerana memang telah tertulis dalam kamus kita orang Malaysia. 


Jadi lepas ni walaupun kita sebut seakan2 bunyi seperti Nenas tapi jangan sekali2 eja sebegitu rupa ok. Ejaan yang betul adalah Nanas dan dan di bahagian kerajaan sendiri menggunakan Nanas iaitu tengok di laman rasmi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Yang mana Maha dah salah eja tu minta maaf dan telah di betulkan pun. 









0 comment... add one now