Dorsett Grand Subang Memperkenalkan Aroma Segar Berkonsepkan Kopitiam Serendah RM4.00

Dorsett Grand Subang Memperkenalkan Aroma Segar Berkonsepkan Kopitiam Serendah RM4.00 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Grand Dorsett Subang sapa tak kenal hotel bertaraf 5 bintang yang cukup popular dengan hidangan western. Kini telah muncul pula konsep baru di Cafe Aroma iaitu 'kopitiam' bersama-sama dengan suasana yang segar dan hidangan yang menarik. Di antara menu yang boleh menjadi pilih korang adalah Mee Rebus Mak Limah dan Nyonya Curry Laksa.

 Nyonya Curry Laksa (RM 25.00)

Mee Rebus Mak Limah (RM 12.00)

Semua hidangan di sini diilhamkan oleh Chef Shabani Md Akhir bagi memenuhi kehendak dan citarasa kopitiam yang cukup popular sebelum ini. Selain daripada menu2 tersebut ada juga Hong Kong French Toast dan juga Home-Made Egg Curry Puff. Juadah Makanan kuih muih ini cukup kena dengan konsep ini dan juga minuman kopi sambil berbual bersama rakan2 membincangkan hal keluarga mahupun business.

Hong Kong French Toast (RM 12.00)

Home-Made Egg Curry Puff (RM 12.00)


Bagi yang nak menikmati hidangan berat sikit di sini tersedia Nasi Lemak Bungkus with Squid, Claypot Loh Shi Fun dan Asam Laksa Penang. Jangan risau possion untuk nasi lemak memang cukup untuk alas perut anda dan tidak terlalu kenyang tapi lengkap semua ada telur, kacang, sambal sotong dan juga timun. Kari laksa pula ia mempunyai kepekatan tersendiri dan bahan2 yang menyegarkan untuk makan petang korang.

Nasi Lemak Bungkus with Squid (RM 9.00)


Claypot Loh Shi Fun (RM 15.00)

Asam Laksa Penang (RM 18.00)

Jika anda sedang mencari untuk mempunyai secangkir teh yang baik dengan rakan-rakan menu kopitiam terdiri daripada pilihan minuman teh atau kopi panas dan sejuk. Pilih daripada Hailam Teh atau Hailam Kopi 'O' yang kaww sambil makan roti bakar bersama mentega dan kaya atau telur separuh masak. Memberangsangkan deria aroma dan rasa anda di waktu petang mahu pun malam dengan seleksi pelbagai kopi dan teh yang menarik.

Roti Apollo with Kaya & Butter (RM 7.00)

Deep Fried Spring Rolls (RM 12.00)

Kopitiam dengan sentuhan 5 bintang untuk disajikan setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam. Hujungnya dengan sentuhan kecil hiasan kopitiam dan muzik 'kedai kopi', Cafe Aroma merupakan tempat yang ideal untuk berehat sambil menikmati perkara-perkara yang mudah dalam kehidupan makanan yang baik, suasana yang baik dan yang paling penting luas selesa.




Jangan marah tau kalau korang order telur separuh masak baru RM4.00 tau hehehehe. Buat anda yang dah berangan nak minum kopi dan makan roti bakar boleh buat tempahan sekarang. Selamat menjamu selera semua.

CAFE AROMA @ DORSETT GRAND SUBANG

Tel : 03-5031 6060 ext. 1919







0 comment... add one now