Bangsar,

8 Menu Terbaru Dan Terbaik Daripada Teh Tarik Place Wajib Anda Cuba

Isnin, November 30, 2015 Mahamahu 0 Comments

10 Menu Terbaru Dan Terbaik Daripada Teh Tarik Place Wajib Anda Cuba - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mesti ramai teruja nak tahukan kenapa tiba2 Teh Tarik Place lancarkan 10 menu baru buat peminatnya. Bukan saja2 tau tapi ini adalah untuk memberikan variati citarasa Malaysia kepada semua penggemar yang mencinta makanan Malaysia. Sebab restoran ni mengiktiraf makanan jalanan yang popular di Malaysa dengan cara di fusionkan untuk mengikut citarasa semua rakyat tapi masih mengekalkan ciri2 keaslian makanan tu.

Nasi Lemak Ayam Sambal Strawberry (RM 12.50)

Ahhh tak guna Maha ceritakan tapi korang tak dapat banyangkan jom Maha perkenalkan semua menu2 terbaru yang di perkenalkan di restoran ini. Paling menarik perhatian Maha adalah Nasi Lemak. Paling special tiada di tempat lain dan yang paling rare lah orang selalu cakap iaitu Nasi Lemak Sambal Strawberry. Mesti ramai tertanya-tanya macam mana rasa sambal strawberry yang memang tiada orang lakukan. Tapi Maha cakap memang satu gabungan terbaik yang menjadikan sambal tu pedas, masam dan manis yang melengkapi hidangan Nasi Lemak ini. Nak tahu betul2 rasanya korang kena cuba sendirilah.

Nasi Lemak Ayam Rendang (RM 9.50)

Nasi Lemak Basmati (RM 5.50)

Kedua pula adalah Nasi Lemak Ayam Rendang yang menyediakan lauk ayam yang besar dan cukup memuaskan. Rasa rendang asli Melayu memukau korang bila menikmatinya. Last tapi juga menarik untuk dicuba di sini bukan Nasi Lemak biasa yer ia menggunakan beras Basmati bermutu tinggi. Paling menarik ia di datangka dengan 3 jenis variasi yang berbeza rasa sambalnya iaitu Nasi Lemak Basmati dengan sambal original ciptaan chef mereka sendiri. Ini kalau korang makan memang lemak2 pedas tapi tetap upmhhhh.

Sizzling Yee Mee (RM 9.90)

Kacang Pool Set (RM 9.90)

Lepas tu yang keempat adalah Sizzling Yee Mee atau korang boleh pilih dengan pilihan yang lain mengantikan mee tu iaitu dengan kuey teow dan nasi putih. Macam biasa korang mesti pandai makan sizzling nikan, dalam ni ada telur mata, daging ayam dan sos yang menyempurnakan hidangan ini. Kemudian yang juga menjadi kegemaran Maha adalah Kacang Pool Set. Buat penggemat kacang pool yang berasal dari Johor kat sini korang leh dapatkan hampir sama dengan yang ada di sana. Rasa kacang yang lembut dan juga daging hancur di dalamnya memukau juga. Tambah lagi telur dan cili potong memang terangkat hebat. Tak perlu pergi jauh2 kat restoran ni pun dah ada kacang pool.

Asam Pedas Salmon Set (RM 14.90)

Buat penggemar Asam Pedas pula, kat sini juga tidak kurang hebat mempunyai Asam Pedas Salmon Set. Ini juga rare kan memang tak dapat kat mana2 hanya di restoran ini sahaja. Selalu asam pedas pari dan asam pedas ikan merah, tapi ini menggunakan salmon sebagai bahan utama. Rasa asam dan kepedasan dalam ni seimbang untuk penggemar kerana ia mempunyai ciri2 seperti Asam Pedas Johor. Sapa orang Johor tahulah asam pedas macam mana, jadi buat penggemar asam pedas jom pakat serbu kat sini ok.

Kuey Teow Cantonese (RM 9.50)

Kalau nak makan kuey teow di sini ada special punya di panggil Kuey Teow Cantonese. Meriah yer hidangan ini kerana penuh satu pinggan dengan segala bahan2 yang ada tengok sendirilah. Maha tak nak cite lebih nak korang datang dan nikmati hidangan ni sekarang juga hehehe. Penggemar keropok leko haaaa ni lagi satu Maha bagi tahu keropok leko sini asal daripada Terangganu tapi telah di improvise untuk memenuhi kehendak masa kini. Di mana korang boleh nikmati keropok leko dengan pelbagai topping di atasnya.

Keropok Leko Cheezy Rainbow (RM 6.00)

Ada lebih kurang 5 jenis keropok leko pilihan yang nakal menambat hati korang bila datang ker sini dan yang Maha telah cuba adalah Keropok Leko Rainbow. Namanya macam tu sebab di atasnya ada 3 jenis sos yang terbaik iaitu cheese, mayonis dan blak papper. Gabungan mantap dan meletop bila di kunyah dalam mulut terbaik sangat. Jadi tunggu apa lagi boleh santai2 kat restoran ni bila korang free tambah hari minggu sambil jalan shopping leh datang sini yer.




Tapi Maha nak jelaskan kat sini untuk semua menu baru ini hanya boleh di dapati di restoran cawangan Teh Tarik Place Menara UOA Bangsar dan juga di cawangan Teh Tarik Place Emerald Avenue Selayang sahaja. Ini kerana cawangan lain tiada menu2 baru yang Maha cite tadi sebelum ni ok. Jangan marah Maha lak nanti bila cari tak jumpa. Paling mudah dan dekat korang nak akses untuk pergi cuba semua menu baru ni adalah cawangan Bangsar kerana ada kemudahan LRT station Bangsar yang betul2 berhenti di depan restoran ni tau.



Selain dari menu2 baru ni juga mereka di restoran ni menawarkan promosi untuk sapa2 yang bercadang mengadakan aktivit hujung minggu di restoran mereka. Alah pada yang plan nak buat harijadi ker, sambutan anniversary ker, meraikan rakan sekerja ker atau naik pangkat ker, atau juga nak belanja kawan dan ahli keluarga besar-besaran. Mereka menyediakan pakej2 seperti di bawah ni:-

1 - Sewa untuk acara (2 jam) - RM1000 (tanpa makanan)
2 - Sewa untuk acara (2 jam) - RM1500 (dengan 20 pax makanan dan minuman)
3 - Tambahan tetamu - RM25 per pax 
*Termasuk wifi percuma

Jadi lepas ni tak ada lagi alasan susah untuk korang mencari lokasi bagi mengadakan majli2 yang besar2 di lokasi yang menarik dan exclusive seperti ini. Hubungi sahaja pihak Teh Tarik Place cawangan Bangsar dan Selayang untuk segala tempahan ini. Caranya seperti yang tertera di bawah ini ok. Lepas ni Maha nak datang lagi hujung minggu bagi jalan-jalan cari makan hidangan terbaru di restoran ini ok. Selamat menjamu selera semua.

TEH TARIK PLACE @ BANGSAR
Alamat : Unit 2-7, 2nd Floor, Menara UOA Bangsar, 
               Jalan Bangsar Utama 1, Taman Bangsar, 
               59000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : Isnin - Jumaat : 7.00am – 9.00pm
                           Sabtu : 8.00am - 9.00pm
                           Ahad : Tutup
Tel : 03-22011888

TEH TARIK PLACE @ SELAYANG
Alamat : Unit A8 & A9, Emerald Avenue Lebuhraya Selayang - Kepong,
               68100 Selayang, Selangor 
Waktu Operasi : Isnin - Khamis : 9.00pm – 11.00pm
                           Jumaat - Ahad : 9.00pm – 12.00am
Tel : 03-61275560









0 Pandangan: