Food,

Santai Makan Bersama Kawan Di Kluang Station

Khamis, November 12, 2015 Mahamahu 0 Comments

Santai Makan Bersama Kawan Di Kluang Station - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali lebih relax dan lebih santai bila Maha bersama kawan2 blogger lain makan di Kluang Station. Masa tu kami tengah tunggu untuk tonton movie jadi sebelum tayangan mula parut lapar maka singgah makan kat dalam mall tu jer.


Nak cari makan yang lebih cepat dan mudah jadi kami pilihlah Kluang Station. Kata orang kalau datang sini kena minum kopinya kerana ia adalah signature restoran ini. Sapa tak kenal Kopi Kluang, tapi Maha ni bukan pecinta kopi sangat jadi kami hanya makan beberapa menu yang sempoi tapi masih mengenyangkan.


Maha telah pilih Nasi Ayam yang mudah dan cepat sebab tak nak tunggu lama2 nanti takut terlepas tayangan pula. So Nasi Ayam kat sini boleh tahan ada rasa dan ayamnya juga besar yer tgk lah saiznya boleh memberi kekenyangan. Kemudian kawan Maha pula telah pilih makanan Nasi Goreng Kampung menarik jugakan rupa nasi goreng ni.


Sorang lagi kawan pula pilih Nasi Lemak dengan Ayam Goreng. Nasi Lemak mereka membuat hidangan yg menyenangkan dalam memuaskan nafsu orang Malaysia makan. Menggunakan beras wangi yang popular datang dengan ayam goreng dan dihidangkan dengan cara yang tradisional sama sambal, kacang, telur rebus dan ikan bilis. Boleh lah untuk makan malam yang sempoi tapi mengenyangkan.


Ada sejarah tentang Kluang Station ini kerana memang ada kafe ini betul kat stesen keretapi Kluang yang cukup popular zaman penjajahan dulu. Unsur-unsur tradisional seperti landasan kereta api, tiang dan tiang elektrik, serta perabot kayu, sengaja dipasang untuk membawa rasa nostalgia dan direka khusus untuk menekankan sejarah yang kaya budaya kopi tempatan yang telah lalu. So boleh lah untuk pilih nak makan kat sini tapi kalau nak rasa yang benar boleh pergi station Kluang kat Johor. Selamat menjamu selera semua.