Dapur,

Resepi Sup Labu Berkrim Untuk Orang Sakit Mulut Di Dapur Mahamahu

Rabu, November 18, 2015 Mahamahu 0 Comments

Resepi Sup Labu Berkrim Untuk Orang Sakit Mulut Di Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebenarnya resepi ni Maha belajar buat setelah mengalami masalah sakit mulut ada ulser kalau orang kita panggil mata ikan. Sebab dah sakit tak boleh makan makanan keras jadi kena makan sup yang boleh hirup tapi mengenyangkan. Maklumlah nak makan ubat kena makan dulu baru leh makan ubatkan.


Maka dari pengalaman itulah Maha memasak sendiri sup yang mudah dan sedap juga ni. Sup Labu Berkrim sebab labu ni dapat memberi kekenyangan kepada sapa yang makannya. Untuk jadi makan sihat dan diet pun ok gak buat orang yang mencari altenatif makan seimbang. Sebab dalam ni ada buah labu yang kaya dengan Vitamin A yang mampu menambah ketahanan tubuh dari penyakit. Wow dah macam Dr lak hehehe, apa pun back to resepi yang Maha nak share dengan korang. Jom kita tengok bahan2 yang di gunakan untuk resepi ni.


Bahan2 untuk membuat Sup Labu Berkrim

1/4 Buah Labu
1/2 Biji Bawang Kuning
3 Ulas Bawang Putih
1 Batang Sadri
1/2 Cawan Susu Segar
1 Inchi Mentega
1/2 Sudu Herba Thyme 
1/2 sudu Lada Hitam
1 Cawan Air
Garam 

Cara2 penyediaan Sup Labu Berkrim

1) Kupas buah labu dan potong kecil untuk mudah memasak. Potong juga batang sadri menjadi kecil serta bawang kuning dan bawang putih.


2) Panaskan mentega dalam periuk dan masukkan bawang kuning, bawang putih dan daun sadri. Tumis sehingga naik bau dan jangan hangit.


3) Masukan air dan juga masukan labu, herba Thyme, lada hitam dan garam secukup rasa. Masak sehingga labu menjadi lembut.


4) Setelah lembut labu tadi sejukkan seketika dan tapi untuk di masukan dalam blender. Kisar semua bahan tadi sehingga hancur sepenuhnya.
5) Kemudian tapis bahan yang di kisar tadi dalam periuk untuk di masak sekali lagi. Selepas tu masukan susu segar perlahan-lahan sambil masak dengan api yang kecil.


6) Dalam 5 minit boleh di hidangkan panas untuk di nikmati bersama dengan roti atau makan kosong.


Ada beberapa tips yang Maha nak share untuk korang nak dapatkan rasa sedap bila buat sup ni. Pertama pastikan anda guna hanya bawang kuning kerana bawang ini mengembalikan rasa manis kepada hidangan ini. Jangan guna bawang lain tau. Kemudian bila masak labu kalau nak tahu labu tu sudah lembut atau tidak kena cucuk buah labu itu kalau lembut dan masak lah. Ok pada yang nak cuba nanti share pengalaman anda bersama Maha ok. Selamat memasak semua.








0 Pandangan: