Food,

Nasi Ayam Singapura Begitu Popular Di Kota Kinabalu

Selasa, Oktober 27, 2015 Mahamahu 0 Comments

Nasi Ayam Singapura Popular Di Kota Kinabalu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sambung lagi aktiviti makan Maha di negeri bawah bayu ni. Memang banyak makanan cuma kita suka atau tidak jer. Seperti Nasi Ayam Singapura yang memang cukup popular kat bandar KK ni.



Betul kebanyakan pengusahan kedai makan kat sini kalau tak jual seafood mesti nasi ayam dan bukan nasi ayam biasa semua di panggil Nasi Ayam Singapura. Maha sempat singgah satu restoran ini terletak di Tingkat Pertama Blok C, Kompleks Karamunsing di Jalan Tuaran. Memang nampak klasik restoran ni simple dan tak ramai orang.




Jangan risau restoran ni ada logo halal dan di jamin halal. Restoran ni ada banyak menu lain tapi sebab namanya Restoran Nasi Ayam Singapura jadi Maha terpanggil nak cuba nasi ayamnya. Apa beza dengan nasi ayam biasa kita makan kat semenanjung ni. Tak jauh beza pun nasi ayam ni semua sama ada ayam dan juga nasi serta sup. Cuma beza sari segi sos yang di gunakan lebih masam dan pedas. Serta ada sos halia yang juga membangkin nafsu makan anda.


Tapi kalau nak hilangkan lapar maka tenghari nasi ayam ini pund dah cukup lengkap. Maha pun tak rugi nak cuba sesuatu yang lain dari lain. Kalau korang jalan2 kat KK ni mesti akan jumpa Restoran Nasi Ayam Singapura dan cuba lah. Mana tahu lain dari yang lain restoran ni Maha pilih kerana ia adalah antara yang terawal di buka di sini dan paling lama. Tengok kedailah hehehe apa pun nantikan lagi pengembaraan Maha di Kota Kinabalu ni masih banyak lagi. Selamat menjamu selera.