#AirAsiaMAKNA,

Kempen #AirAsiaMAKNA Mengumpul RM120,945.64 Terima Kasih Rakyat Malaysia

Jumaat, Oktober 23, 2015 Mahamahu 0 Comments

Kempen #AirAsiaMAKNA Mengumpul RM120,945.64 Terima Kasih Rakyat Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Begitulah rakyat Malaysia yang terkenal dengan keperihatinan yang tinggi dalam membantu mereka yang memerlukan. Melalui kesedaran itu AirAsia dengan inisiatif mereka mengadakan kempen #AirAsiaMAKNA dalam membantu mereka2 pejuang pesakit kenser seluruh Malaysia.


Kalau korang tengok pada #AirAsiaMAKNA di instagram dapat lihat lebih 900 keping gambar yang di upload tanda sokongan seluruh rakyat Malaysia dalam kempen ini. Ia adalah kempen di mana baju-T edisi istimewa dengan rekaan ikonik uniform krew penerbangan dan kapten juruterbang AirAsia dijual bagi meningkatkan kesedaran mengenai kanser. Baju-T edisi terhad ini, direka oleh AirAsia Allstars (kakitangan AirAsia) dijual pada RM30 sehelai. 


Pada 18 Oktober 2015 bertempat di Fahrenheit 88 Bukit Bintang terlah berlangsung majlis penyerahan replika check hasil kutipan dana yang telah berakhir pada tarikh tersebut. Semua kutipan berjumlah RM120,954.64 di serahkan kepada wakil MAKNA Puan Farahida Mohd Farid. Turut sama hadir pada majlis penyerahan tersebut adalah kakitangan AirAsia dan juga selebriti tempatan yang juga menjadi pendokong kepada kempen ini.




Antara selebriti yang bukan sahaja menyokong kempen ini juga turut sama menderma untuk kempen ini adalah seperti Maya Karin, Aizat Amdan, Shasha Saidin, Amelina, Ryzal Jaafar, Tam, pereka fesyen Amir Luqman, Masterchef Nik Micheal, dan Fahmie Mentor juga bekas kakitangan AirAsia serta ramai lagi. Mereka juga turut sama membantu pesakit kenser di Malaysia. 




Sebagai sebahagian dari kempen #AirAsiaMAKNA, syarikat penerbangan tersebut menganjurkan peraduan Instagram di mana orang ramai yang telah mendapatkan baju T boleh memuat naik gambar kreatif memakai baju T rekaan krew penerbangan dan juruterbang, dan hashtag #AirAsiaMAKNA dan boleh memenangi sepasang tiket penerbangan ke Maldives atau Sapporo! Pada hari penyerahan tersebut juga 2 pemenang utama di umumkan dan juga seorang pemenang saguhati . Tahniah buat semua.



Walaupun kempen ini sudah berakhir tapi AirAsia tetap komitet dalam meneruskan aktiviti membantu pesakit kanser ini melalui program Travelling Beruang bersama dengan Media Prima. Patung beruang comel 'Travelling Beruang' ini tersedia untuk pembelian dalam penerbangan AirAsia untuk hanya RM 65 sahaja. Hasil jualan juga akan akan disalurkan kepada MAKNA, Turut hadir sama pada hari tersebut adalah duta kempen ini iaitu Ungku Ismail dan ia mendapat sambutan dari orang ramai dengan hashtag #travellingberuang di sosial media.