Local Food,

Memang Murah Nasi Kukus Ayam Goreng Cincang Panas Kg Melayu JB

Selasa, September 22, 2015 Mahamahu 0 Comments

Memang Murah Nasi Kukus Ayam Goreng Cincang Panas Kg Melayu JB - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Maha nak bawa korang ker satu tempat makan yang kebetulan ada urusan kat situ dan singgah makan rupanya memang sedap makanan Nasi Kukus Ayan Goreng kat sini. Ehhhh tapi bukan kat JB tau ni kat KL cuma menu ni sahaja asalnya dari Kg Melayu JB.



Sebenar tak ada restoran tapi gerai ni berada dalam Restoran Uncle K di Taman Tun Dr Ismail KL. Gerai ni kecil jer dalam restoran tu kalau korang nak makan Nasi Kukus Ayam ni boleh order kat waiter tu dan air boleh order kat restoran tu. Maha pertama kali makan kat sini sebab tertarik dengan nama menu ni dan juga harga. Kalau korang baca nama menu ni macam kejam sikit sebab Nasi Kukus Ayam Goreng Cincang Panas



Kenapa nama Ayam Goreng Cincang Panas kerana kalau makan nasi kukus selalu akan dapat ayam seketulkan tapi kat sini ayam ni dicincang dan digoreng garing. Memang sedap ayam goreng ni garing dan ada rasa rempah sikit pulak tu di hidang panas2 untuk korang makan tengahari. Kemudian disedapkan lagi dengan kuah kari dan juga sambal cili yang memang pedas terangkat. Kalau tak kuat pedas ambil sikit jer ok. 




Paling best pula harga tak mahal kalau tengah2 KL ni mana ada dah satu nasi kukus hanya RM5.00. Sebab tu Maha tertarik nak datang sini harga memang bebaloi dan rasa memang sedap. Tak rugi nak cuba bagi Maha sini memang ok untuk korang nak makan sedap dan jimat. Kalau order air tu jangan lah yang mahal order air kosong sudah hehehe. Apa pun kalau orang area Damansara atau Bandar Utama nak jimat boleh datang makan sini ok. Selamat menjamu selera.