Aduan,

Buat Mereka Yang Telah Menjadi Mangsa Skim Rumah Impian 1 Malaysia

Khamis, September 10, 2015 Mahamahu 0 Comments

Buat Mereka Yang Menjadi Mangsa Skim Rumah Impian 1 Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan rakan2 sekalian. Sebelum ni Maha ada update tentang satu skim yang mengelirukan pembeli melalui promosi mereka untuk mendapatkan rumah murah dan mudah. Kalau sapa2 dah baca mesti tahu tentang syarikat ini dan juga pakej yang mereka tawarkan untuk mendapat keuntungan mentah2 sahaja kepada pengguna terutama Melayu.


Ramai juga yang bagi respon tentang isu ini ada yang telah jadi mangsa tak kurang juga yang memang dah tahu tentang tipu helah mereka. Apa pun kalau anda ada telihat dan juga terjebak dengan mereka2 ini ada beberapa perkara yang korang boleh lakukan. Ini dapat membantu siasatan pihak berwajib iaitu KPKT dalam memastikan syarikat ini tidak melanggar undang2 yang di tetapkan.

Perkara yang korang boleh lakukan sekiranya terjebak :-

1) Kalau terlihat kakitangan yang berpakaian merah dan ada tulisan DIS CARD serta ada replikas rumah korang boleh ambil gambar situasi dan catatkan perkara penting seperti Masa, Tarikh dan Lokasi mereka buat jualan.
2) Lepas tu terus buat aduan secara online kepada KPKT 
3) Kalau korang telah terpedaya dengan terbayar sejumlah wang sepertimana yang mereka janjikan juga kena buat aduan kepada KPKT ini kerana ia akan memudahkan siasatan dan mengumpulkan bukti tentang aktiviti yang mereka lakukan.
4) Kepada mereka yang telah buat pembayaran juga korang boleh tuntut wang tersebut di syarikat ini dengan datang terus ke pejabat mereka.
5) Sekiranya gagal untuk buat tuntutan atau mereka tidak mahu membayar wang yang anda bayar tersebut boleh buat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) atau pihak polis.

Tindak2 yang Maha senaraikan ini adalah apa tindakan korang boleh buat mengikut undang2. Kadang2 orang kita suka bertindak mengikut nafsu tak bagus membahayakan diri. Kita salur pada mana2 saluran yang terbaik agar terus dapat di bendung tentang skim sperti ini sepenuhnya. 


Sebenarnya Maha telah buat aduan kepada KPKT secara online dan pegawai di KPKT telah menghubungi Maha melalui telepon dan menyatakan beberapa perkara. Hasil dari perbincangan antara KPKT dengan pengurusan pihak syarikat ini dan mereka telah mengesahkan bahawa syarikat ini hanya menjual kad diskaun sahaja. Sebab tu bila korang daftar akan dapat resit dan borang pendaftaran DIS CARD. Ini kerana ia adalah pembelian kad diskaun sahaja.

Mereka juga menyatakan bahawa mereka bukan menjual rumah tapi menjual kad diskaun. Rumah itu hanyalah sedikit strategi yang mereka gunakan untuk mengelirukan pembeli di luar sana. Mereka juga telah menyatakan akan memberhentikan semua promosi dan juga jualan di mana2 pasaraya. Mereka juga telah menyatakan bahawa semua pengguna yang telah membuat pembayaran boleh membuat tuntutan duit tersebut di syarikat mereka dengan membawa semua resit yang telah di berikan semasa pendaftaran.

Jadi korang kena ambil berat tentang isu ini kerana kebanyakan mangsa adalah orang Melayu sebab kebanyakan golongan ini sangat2 memerlukan rumah sekarang. Tambah lagi kalau ada promosi rumah murah seperti mana yang di janjikan. Jadi jangan jadi mangsa kalau anda dah jadi mangsa ambil tindakan sewajarnya ok. Semoga kita bebas dan terselamat dari semua perkara yang meragukan ini.









0 Pandangan: