Ayam Penyet Sumatera Makanan Popular Dari Jawa dan Sumatera Indonesia

Ayam Penyet Sumatera Makanan Popular Dari Jawa dan Sumatera Indonesia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kat Malaysia ni kalau sebut Ayam Penyet memang cukup popularkan. Dah banyak juga restoran dan kedai2 menyediakan Ayam Penyet tapi satu restoran ini Ayam Penyetnya sangat2 berbeza. Istimewa di bawakan dari Sumatera dan Jawa Indonesia kini berkembang di Malaysia.



Ayam Penyet Sumatera adalah antara restoran Ayam Penyet yang special menyediakan bukan sahaja Ayam Penyet yang menjadi menu utama malah banyak lagi makanan lain. Kata orang kalau nak tahu menu Ayam Penyet tu istimewa atau tidak adalah terletak pada sambalnya. Kat sini sambal tidak begitu pedas dan boleh di nikmati oleh semua peringkat usia. 



Restoran ini sudah mempunyai lebih 8 cawangan di sekitar KL dan Selangor sahaja. Yang Maha sempat cuba ini adalah di Nu Sentral yang baru sahaja di buka di Quizinn Food Court, Nu Sentral Level 3. Jadi kalau korang rasa nak makan Ayam Penyet yang memang asli boleh datang ker sini ok. 



Selain daripada Ayam Penyet yang menjadi signature dish di sini, ada banyak lagi lauk pauk lain yang juga di sediakan di sini. Di antara menu lain iaitu Udang Penyet, Empal Penyet, Lele Penyet, Bakso Penyet dan lain-lain. Sajian Penyet ini disediakan dengan bahan-bahan segar seperti ayam, udang, daging dan rempah-rempah asli seperti kunyit, jintan, buah keras, bumbu ayam, bawang, daun salam, lengkuas dan ketumbar.

Ayam Penyet
 
Udang Penyet


Empal Penyet

Bakso Penyet

Kalau korang order satu set menu penyet kat sini anda juga akan di berikan dengan nasi putih dan juga sup kosong. Dalam set penyet ini juga ada bersama selain daripada lauk pauk pilihan korang ada sekali sayuran segar seperti kubis putih, tempe, tauhu dan juga sambal penyet yang sedap.

Lele Penyet

Lele Berlado

Sotong Penyet

Ayam Berempah
 

So korang boleh buat banyak pilihan bila makan di Ayam Penyet Sumatera tak perlu risau kalau korang datang dengan ahli keluarga atau kawan2 yang ramai. Pastinya penyediakan makanan di sini di pantau dengan ketat dari segi kebersihan dan kualitinya. Bulan Ramadhan yang akan datang ini juga mereka menyediakan hidangan dengan pelbagai set yang istimewa buat anda berbuka puasa. Jadi bila lagi jom makan Ayam Penyet. Selamat menjamu selera.

AYAM PENYET SUMATERA