Dinner,

Makan Malam Mewah Meraikan Hari Keluarga Di Sky 360

Selasa, Mei 26, 2015 Mahamahu 0 Comments

Makan Malam Mewah Meraikan Hari Keluarga Di Sky 360 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Meraikan keluarga tercinta sekali sekala dengan hidangan makan malam yang mewah dan meriah apa salahnyakan. So kali ni di Sky 360 One City USJ memberi peluang itu kepada anda untuk bersama keluarga tercinta.
 

Paling best sekali makan di tempat tinggi di roof top yang dapat melihat panorama sekeliling yang cukup luas dan menarik. Kat One City USJ ini cukup terkenal dengan ruang Sky Walk yang terbuka dan memberi anda pandangan mata yang lebih jauh untuk melihat sekitar kawasan yang berhampirannya. Kalau berada pada waktu petang nak menjelang malam tu anda boleh lihat mata hari terbenam di sini.
 

Tapi bukan itu yang Maha nak jelaskan di sini tapi hidangan special yang di sediakan di Sky 360. Menu sempena meraikan keluarga korang ini di sediakan special bagi korang peluang bersama keluarga dengan ruang yang lebih exclusive dan mewah. Tapi set2 makanan kat sini semua padan dengan harga dan juga rasanya jangan risau. Ada dua set menu yang anda boleh pilih iaitu Set A dan Set B yang mengandungi 3 makanan iaitu pembuka selera, menu utama dan juga pencuci mulut.
 

Jom tengok beberapa menu set yang ada untuk anda pilih, sebab Maha dah cuba menu ni memang puas hati dengan rasa dan juga hidangan menarik sangat. Pertama sekalai paling Maha suka adalah Soup iaitu hidangan Wild Mushroom Soup With Garlic Bread. Kalau anda suka rasa cendawan yang meriah dan banyak dalam sup ini adalah pilihan tepat. Memang berkrim dan penuh dengan cendawan dalamnya.
 
Wild Mushroom Soup With Garlic Bread

Kemudian kami di hidangkan dengan menu utama yang di nanti-nantikan iaitu Garlic Chicken Chop With BBQ Sauce. Rasa ayam yang enak bersama dengan sos BBQ special memang sedap. Kemudian kami makan Grilled Lamb Shoulder With Black Paper Sauce. Bagi menu ini korang boleh pilih nak daging ni di masak bagaimana kalau nak half cook, atau well done semua boleh just bagi tahu jer.
 
Garlic Chicken Chop With BBQ Sauce

Grilled Lamb Shoulder With Black Paper Sauce

Kalau nak makan ada nasi dalam menu anda kat sini ada Special Sky 360 Fried Rice. Dalam hidangan ini ada kepak ayam goreng, telur goreng dan acar jelatah. Bagi yang suka spaghetti kat sini ada  Spaghetti Aglio Olio Seafood. Dalam ni ada banyak seafood yang pelbagai di masak dengan minyak zaitun.
 
Special Sky 360 Fried Rice

Spaghetti Aglio Olio Seafood

Last sekali dessert ada dua pilihan yang anda boleh pilih iaitu Ice Cream Per Scoop dan juga Mango Pudding With Fruit Salad. Kedua2 ni memang menarik dan sedap tak berapa manis tapi sesuai untuk kanak-kanak yang memang suka aiskrim. Jadi tak rugi datang untuk makan meraikan keluarga tercinta sekali sekalakan. 
 
Ice Cream Per Scoop

Mango Pudding With Fruit Salad

Jadi datang ker Sky 360 One City kat roof top yang paling tinggi sekali ada sign board kat sana ok. Ia di buka setiap hari dan tempahan untuk menu ini boleh di buat dari pukul 7.00 malam sehingga 11 malam. Semua harga makanan tertakluk kepada GST.  Korang bukan setakat datang untuk makan sebelum tu korang boleh shopping2 dulu bersama keluarga tercinta dalam One City USJ ini banyak kedai2 menarik. Selamat menjamu selera semua ok. 

SKY 360 ONE CITY 
Tempahan Tel : 603-5115 1111 ext. 7301