Buffet Ramadhan,

Air Zam Zam Istimewa Iftar Ramadhan Di Tonka Bean Cafe Impiana Hotel

Rabu, Mei 27, 2015 Mahamahu 0 Comments

Air Zam Zam Istimewa Iftar Ramadhan Di Tonka Bean Cafe Impiana Hotel - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Setiap hotel dan juga restoran akan mencari kelainan untuk Buffet Ramadhan mereka tahun ini. Dengan kelainan itu pasti akan memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang untuk bukan sekadar berbuka puasa malah menikmati pelbagai makanan yang unik. 


Kelainan yang jauh di tampilkan oleh Toka Bean Cafe Impiana Hotel kali ini adalah di mana setiap tetamu yang buka puasa di sini akan di hidangkan dengan secawan air Zam Zam yang di bawa dari Mekah. Selain itu juga segala menu yang ada di sini menggunakan bahan2 makanan Sunnah Rasullullah iaitu seperti Buah Delima, Buah Zaitun, Madu Lebah, Buah Tiin dan Buah Kurma. Jadi selain berpuasa anda juga akan dapat kebaikan makanan Sunnah Rasullullah bestkan.


Kalau anda nak tahu antara menu yang selalu ada di cafe ini adalah seperti Sup Gear Box, Roasted Whole Lamb dan juga Briyani Gam. Semua ini boleh di nikmati dengan makanan lauk pauk yang pelbagai seperti Ayam Goreng, Daging Masak Sambal, Rendang Daging, Udang Masak Butter, Sambal Sotong dan banyak lagi. Mesti tak menang tangan nak makan semua sekali tapi ingat kena makan secara berkhemah ok.


 






Selain itu juga kat sini ada makanan laut yang segar2 boleh di makan begitu sahaja. Bagi yang mahu makan saperti Satay, Apam Balik, Murtabak, Roti Canai dan macam2 lagi makanan tradisional. Kambing Golek tu tak tinggallah mesti ada di mana2 Buffet Ramadhan termasuklah di sini juga. Tapi special tahun ini pihak cafe telah menambah lagi perisa untuk aiskrim mewah Baskin Robbins bagi semua tetamu yang berbuka puasa di sini. Makanlah aiskrim ini puas2 ok Maha suka sangat hehehehe....


 




Seperti mana tahu2 sebelum ini juga ada di sediakan gerai buah-buahan untuk anda nikmati buah-buahan tempatan. Paling special ada mesti buah Durian kerana tahun ini bulan puasa jatuh pada bulan Durian jadi menurut kata chef di sni mereka akan dapatkan buah Durian jenis Musang King, Udang Merah dan macam2 lagi. Tapi gerai ni di sediakan di luar cafe untuk penggemar raja buah tersebut ok.



Kelainan tahun ini juga mereka menampilkan persembahan Ghazal yang akan memainkan Gendang dan Gambus semasa tetamu berbuka puasa. Jadi tahu ini tak bosan sangat makan sambil di hidangkan halwa telinga untuk berhibur secara sederhana. Tahun ini juga mereka menyediakan private dinning di Cedar on 15. Ini adalah exclusive restoran yang perlu di booking minima untuk 50 orang bagi majlis koporat yang mahu membuat majlis berbuka puasa.





Semua menu di Toka Bean Cafe ini lebih kurang ada 300 jenis hidangan bagi buka puasa dengan harga hanya RM148 nett seorang dan juga 50% diskaun untuk kanak2 di bawah umur 6-12 tahun. Bagi mereka yang berbuka puasa di sini pada 3 hari terawal dan 3 hari terakhir Ramadhan harganya hanya RM128 nett seorang. Wow specialkan semua ini akan bermula dari tarikh 18 Jun 2015 hingga 17 Julai 2015. Jadi tunggu apa lagi tempah sekarang juga. Selamat menjamu selera semua.

TOKA BEAN CAFE IMPIANA HOTEL
Tempahan Tel : 03 2147 1111 ext 3034, 3035 atau 3320