Eye's Steak Mencari Selera Western Di Pantai Dalam KL

Eye's Steak Mencari Selera Western Di Pantai Dalam KL - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau anda yang berada di celah2 kesibukan kawasan Pantai Dalam KL tu ini adalah satu2nya restoran yang boleh anda singgah. Restoran ni pun tak susah nak cari ia berada betul2 dalam kawasan medan selera Bazaria Pantai.


Bazaria Pantai ini menempatkan pelbagai kedai2 dan juga tempat makan dan satu2nya di tengah2 ini adalah restoran Eye's Steak yang menyediakan hidangan western. Daripada makanan steak, chicken chop, spaghetti dan juga burger yang katanya di hasilkan sendiri. Semua di sediakan oleh pemilik restoran ini yang sebelum ini pernah bekerja di luar negara dan membawa ilmu masakan itu ke restoranya.




Buat pengetahuan semua sebenarnya restoran ini baru sahaja di bukan kurang dari 3 bulan. Jadi kalau tengok keadaan kedai ini ia nampak simple macam kedai dalam kawasan food court biasa. Jom kita tengok beberapa menu masakan yang ada di sini yang Maha telah rasa sendiri. Tapi kalau korang nak rasa kena datang restoran ini ok.

Aglio Olio Prawn Pasta

Mash Potatoes

RIB-EYE Steak (Medium rare)

Chicken Chop

Grilled Chicken With Butter Rice & Tumeric Sauce

Mixed Grilled

Grilled Chicken Breast

Chicken Chop Sizzling

Restoran  Eye's Steak ini di buka setiap hari dari hari Isnin hingga Ahad dari jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Nak tahu lebih detail tentang restoran ini korang boleh pergi ke Facebook dan laman web mereka. Jadi nak cari menu western mesti datang sini ok. Selamat menjamu selera semua.

EYE'S STEAK PANTAI DALAM
Alamat :  GM05-09 & GM05-10, 
Bazaria Pantai, Jalan Pantai Permai 2, 
Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur

Cawangan baru Eye's Steak kat Kinrara Puchong